Kereta Proton Anda Mempunyai Masalah? Hubungi Nombor Ini.

Proton Hotline 2016.03

Pada majlis pelancaran logo baharu Proton baru-baru ini, syarikat pengeluar kereta nasional itu mengakui tentang kelemahan mereka di dalam khidmat lepas jualan. Menyedari kelemahan itu Proton telah dan akan mengambil beberapa langkah seperti pengenalan model baharu, rasionalisasi rangkaian, menaiktaraf pusat khidmat seperti 4S (jualan, servis, stok alat ganti, cat dan pembaikan kemalangan), 3S dan 1S + 2S dan bekerjasama dengan JD Power, sebuah firma yang membuat kajian kepuasan pelanggan. Secara ringkasnya, penambah baikan khidmat selepas jualan adalah seperti berikut:

Proton Hotline 2016.01

1. Outlet servis dibuka 7 hari seminggu

Khidmat ini ditawarkan di 50 outlet servis Proton di seluruh negara. Memandangkan kebanyakan pelanggan Proton terikat dengan jadual kerja, operasi pusat servis ini dijangka dapat menyelesaikan masalah di mana pelanggan tidak perlu mengambil cuti atau keluar pada waktu pejabat. Untuk temujanji, pelanggan boleh menghubungi talian 03-80269 333.

Proton Hotline 2016.05

2. Khidmat pengambilan dan penghantaran 5 km dari pusat servis terpilih

Menambah keselesaan kepada pelanggan, Proton turut menawarkan khidmat pengambilan dan penghantaran kenderaan ke pusat servis. Khidmat ini terbuka kepada pelanggan yang berada sekitar 5 km dari pusat servis Proton dan setakat ini hanya terhad kepada kawasan sibuk sahaja seperti cawangan Mutiara Damansara, Setapak, Bukit Maluri dan Seksyen 13, Petaling Jaya. Proton turut merancang untuk meluaskan lagi khidmat ini di tiga lagi cawangan iaitu COE USJ, Puchong dan Sri Damansara.

3. Servis pantas 80 minit dan jika lebih masa, caj upah adalah percuma!

Servis ini hanya terhad kepada khidmat penukaran minyak hitam sahaja (servis minor) tanpa pembaikan tambahan seperti servis penyaman udara, tayar dan lain-lain. Untuk mendapatkan servis pantas ini, pelanggan perlu membuat temujanji terlebih dahulu sebelum kenderaan di bawa ke pusat servis. Masa 80 minit akan mula dikira sewaktu pendaftaran pelanggan di pusat servis hinggalah kepada pengeluaran invois selepas kenderaan siap diservis. Jika masa melebihi waktu yang ditetapkan, Penasihat Servis akan memaklumkan kepada pelanggan masa baharu dan tiada caj upah dikenakan. Khidmat ini ditawarkan di kesemua 44 cawangan servis Proton Edar Sdn Bhd.

4. Kereta gantian untuk kerja pembaikan melebihi 3 hari

Jika kereta anda mengalami masalah dan memerlukan pembaikan melebihi 3 hari, Proton akan menawarkan kenderaan gantian sementara masalah diselesaikan. Kriteria pemberian kereta gantian adalah seperti di bawah:

  • Masalah enjin, transmisi, sistem brek, sistem elektrikal dan yang berkaitan dengan keselamatan.
  • Kerja pembaikan semula iaitu masalah berulang yang disebabkan oleh produk atau mutu kerja.
  • Kereta baharu dengan perbatuan di bawah 1000km atau berusia di bawah sebulan.

Untuk khidmat ini, Proton menawarkan sebanyak 74 kereta gantian di seluruh negara

5. MY TAXI – Khusus untuk pemandu teksi

Anda mempunyai teksi Proton? Khidmat istimewa ditawarkan untuk anda seperti Penasihat Servis dan hari servis khusus iaitu pada setiap Ahad bermula Mac 2016. Pemandu TEKS1M pula mempunyai kelebihan istimewa seperti di bawah:

  • Diskaun 25% untuk alat ganti (kecuali minyak pelincir).
  • Caj upah sebanyak RM35/sejam berbanding RM60/sejam.
  • Servis prioriti iaitu di dalam tempoh 2 jam (kecuali pembaikan tambahan).
  • Waranti lanjutan selama 2 tahun atau 150,000 km berbanding 100,000 km.
  • Waranti mutu kerja selama 6 bulan atau 10,000 km

Proton Hotline 2016.04

6. Kereta anda rosak secara tiba-tiba? Proton ke tempat anda.

Proton Mobile Breakdown Assist Team telah dilancarkan dan tugasnya ialah membantu jika kereta anda mengalami kerosakan luar jangka. Tim ini akan ke tempat anda dan mendiagnos punca kerosakan dan lebih istimewa ianya tanpa had waktu, selama 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Buat permulaan, sebanyak 24 kenderaan bantuan akan digunakan di seluruh negara dan tambahan 64 lagi kenderaan pada penghujung May 2016.

Proton Hotline 2016.06

7. Proton anda mempunyai masalah, hubungi nombor ini.

Pihak Proton komited untuk menyelesaikan masalah khidmat lepas jualan dan untuk itu Proton menyediakan talian bebas tol sebagai talian utama bagi pengaduan masalah dan temu janji servis. Sebagai bonus, Proton akan membuat peringatan tarikh servis melalui dua kaedah iaitu sms 3 hari sebelum dan panggilan telefon sehari sebelum. Sebagai pelanggan Proton, anda harus menyimpan nombor ini di dalam telefon anda iaitu:

1-800-888-398 

@muhd_gt

Silakan kongsi:

9 comments

Skip to comment form

    • SHAHROM BIN ZAINUDDIN on 11/08/2018 at 6:46 PM
    • Reply

    Assammualaikun tuan,
    Saya orang pesara.
    Kereta saya apabila bergerak dalam kelajuan biasa secara tiba-tiba RPM dan pergerakan kelajuan saya ada sedikit menurun dan apabila saya menekan pedal minyak saya terasa berat. sebagai contoh jika kereta bergerak dalam kelajuan 100 kmj ia akan turun kepada 90 kmj – 95 kmj. Jika saya pelahankan kenderaan ia akan berlaku perkara yang sama.
    Ada kah kereta saya mempunyai masalah TROTTLE BODY ?
    Apa perlu saya buat.
    PROTON IRIZ 1.3 E
    Keluaran 2016.
    mileage 1855

    Harap bantu saya, Sekian terima kasih

    • Fauziah ismail on 30/10/2018 at 3:25 PM
    • Reply

    Saya memiliki kereta proton saga flx. Kini sering keluar ‘sign’ asertive walaupun baru 60244km trip meter

    • ANUAR BIN ABDILLAH on 16/06/2020 at 4:47 PM
    • Reply

    Saya pemilik proton saga vvt,kereta saya mempu yai masalah apabila saya banyak menggunakan pedal minyak ketika dalam bandar,kereta saya akan sendiirinya akan free gear semasa memandu .saya terpaksa berhenti sehingga rpm turun ke angka satu baru blh jalan semula,sudah byk kali saya hantar ke SC.tetap benda yg sama berlaku.
    Kereta tahun 2018.mohon penjelasan

    • ANUAR BIN ABDILLAH on 17/06/2020 at 8:58 AM
    • Reply

    Tak ada feedback.buang masa?

    • Zaidi on 09/12/2020 at 3:42 PM
    • Reply

    Part utk new persona terlampau lambat dr bln 7 smpi skrg x smpi lg..

    • Amil on 22/09/2021 at 9:24 PM
    • Reply

    Kreta saga vvt 2020 baru guna 11 bulan da problem,hantar bengkel proton dari bulan 8 sampai skarng xda cerita asik coll cakap pehak waranty xda coll lagi,jadi apa permalahan nya di situ

    • Amil on 22/09/2021 at 9:37 PM
    • Reply

    Servis proton kat lahad datu sanggat² teruk tak tau la apa mau cakap lagi tak ada yg terkecuali,rasa menyesal ambil proton pun ada…harap ada layanan la saya comen kat sini HARAP²

    • getha on 14/12/2022 at 2:53 PM
    • Reply

    Hi everyone. I would like to share my experience in PROTON within this 3 YEARS. I bought my car PROTON PERSONA at IPOH BRANCH. Since later I get job at Penang I was at PNG for this 2 years 2020 – 2022 so I started to bring my car to near by service. From here I started to face alot of issues regarding proton services. Every time I bring my car for service I wait for soo long till I need to take leave for my job and bring my car there but, I cant see what are they doing in my car. Enough time they said ( SIAP BLH BAYAR). But the SIAP its not means my car in good condition. Guys can u imagine this 3 years car can give alot of problem in high temperature even at night heavy rain this car can start to alarm because of high temperature everything happend after the service. Another big issue this car timing belt is almost want to break its because the nut which broke half and rows at time belt. Its sunday evening my car started to gave a teribble sound from enjin till I fell scared to drive it, i already in panic my dad advice me to bring nearest car workshop. once I there the workshop guy said I need to change the timing belt if not its be soo dangerous for me. so i change it and i also bring my car to check in PROTON. HERE IS THE HIGHLIGHT THINGS HAPPENED WHEN I BRING MY CAR AT PROTON THAN I STARTED TO EXPLAIN THE DIFFICULITIES I FACED N WHAT THE WORKSHOP MAN REPAIR, THE PERSON INCHARGE IN PROTON SAID OKEY WE TRY TO SETTLE IT FOR U PUT YOUR CAR HERE N WE UPDATE FOR U. ALMOST 1 WEEK THERE IS NOWANT CALL ME, I TRY TO CONTACT THEM ATLAST THE PERSON INCHARGE SAID WE ALREADY ORDER SPARE PART ONCE ITS RECEIVED WE CAN DO FOR U THAN U CAN PAY. THEY NEVER INFORM EARLIEF THAT CAN CLAIM OR NOT. THE PERSON IN CHARGE SAID TO ME THAT HIS BOSS SAID CANNOT CLAIM. HERE I START TO ASK THE BOSS NUMBER BUT HE NEVER REPLY FOR MY MSG. NO WORDS TO DESCRIBE MY PAINS N ANGRY TOWARDS THIS ISSUE. I REALLY DO KNOW WHEATER I NEED TO BLAME PROTON OR THE SERVICE CENTRE BUT I REALLY UNHAPPY WITH PROTON PRODUCT N SERVICES.
    TRY CONTACT HQ AROUND 1 HOUR STILL CANT GET LINE BUSY.

    • Huzaifah Mohd hussaimi on 30/12/2022 at 3:02 PM
    • Reply

    Bohong la kata sediakan kereta ganti sekira ya masalah enjin, saya pakai exora baru setahun tarikh daftar 31/10/21…dah 3 kali rosak,pertama och bocor,buat di proton ipoh hanya sehari, untuk kali kedua di penang tapi minyak hitam kering terus..padahal baru je servis lebih kurang 10 hari…hantar proton servis jalan ayer itam, 7/11 terima kereta dan 19/12 baru siap kereta bayar mcm biasa dan langsung tak disediakan kereta ganti…ni baru keluar lbih kurang smnggu 26/12,minyak enjin dgn air dah bercampur..jd overheat….sy telefon proton care cm talian di atas tu…dia kata tak ada kuasa untuk suruh proton sediakan kereta ganti, bila tanya centre lagi la teruk,dia kata memang tak ada….bulan2 kena bayar tapi kereta tak ada..duduk bengkel proton…kereta baru sgt,baru setahun

Leave a Reply to AmilCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.