Honda EX5 Dream Kini Kembali! – EX5 Dream Fi Edisi Terhad, RM4,875

honda-ex5-dream-fi-limited-edition-2016-07

Boon Siew Honda Sdn Bhd telah memperkenalkan Honda EX5 Dream Fi Limited Edition (Edisi Terhad) di Boon Siew Honda di Batu Kawan, Pulau Pinang. Model edisi terhad itu didatangkan dengan pelbagai ciri menarik seperti roda dengan tayar tanpa tiub, logo, pemegang belakang krom dan pelindung lampu utama khusus untuk pelanggan yang mahukan ciri moden dan gaya hidup eksklusif.

Honda EX5 merupakan sebuah motosikal yang popular sejak dilancarkan 29 tahun lalu dengan 2 juta unit terjual di seluruh Malaysia sejak ianya diperkenalkan. Dengan pelancaran Honda EX5 Dream Fi Limited Edition ini Boon Siew Honda percaya ia akan memenuhi hasrat penggemar model EX5 untuk menjadikannya sebagai sebuah koleksi.

Harga bilik pameran Honda EX5 Dream Fi Limited Edition ialah RM4, 874.94 termasuk CBP. Model itu didatangkan dengan waranti selama 2 tahun atau 20,000km yang mana dahulu dan ditawarkan di kesemua pengedar Honda seluruh negara.

Silakan kongsi: