Honda BeAT – Skuter Pertama Diiktiraf Kenderaan Cekap Tenaga

honda-beat-2016-10

Peminat skuter kini boleh memiliki sebuah motosikal yang mengabungkan ciri-ciri keselesaan, gaya dan keselamatan melalui Honda BeAT yang baru dilancarkan. Pengeluar motosikal terulung Malaysia, Boon Siew Honda kini menyempurnakan gaya hidup generasi muda dengan model skuter terbarunya.

Menurut Pengarah Urusan Boon Siew Honda, En. Nobuhide Nagata, “Pada bulan Jun lalu, kami telah menyatakan untuk memperkenal produk ciptaan terbaharu bagi pelanggan rakyat Malaysia. Selepas pelancaran RS150R, model yang menepati gaya hidup generasi muda, kini kami dengan bangganya memperkenalkan Honda BeAT.”

Tergolong sebagai Active Lifestyle Device (Gaya Hidup Aktif), Honda BeAT direka untuk menyokong dan memudahkan kehidupan serba pantas generasi muda masa kini.

honda-beat-2016-05

Sistem Brek Combi atau CBS (Combi Brake System) adalah antara ciri paling menonjol dan unik bagi model BeAT keluaran Boon Siew Honda. Sistem canggih menggunakan teknologi keselamatan lanjutan ini membolehkan jarak brek yang lebih pendek, bermakna lebih kawalan kenderaan serta mengutamakan keselamatan di jalan raya.

Honda BeAT juga dilengkapi sistem Tuas Penguncian Brek (Smart Lock System) yang mengunci brek bagi memastikan permulaan atau parkir yang selamat serta mengelak ketidaksengajaan memecut ketika dalam trafik. Terdapat juga ciri keselamatan Suis Tongkat Sisi, yang menghentikan enjin secara automatik apabila tongkat sisi digunakan.

Mengulas mengenai standard pematuhan EEV, Nagata berkata, “Boon Siew Honda adalah pengeluar kenderaan beroda dua pertama di negara ini yang menerima status pengiktirafan (EEV) ini. Inilah cara kami memastikan pembangunan itu selaras dengan usaha memulihara alam sekitar. Adalah mustahak untuk kita mengurang kesan karbon, sejajar dengan Polisi Automotif Kebangsaan (NAP) 2014 yang digariskan oleh kerajaan Malaysia. Kami menyokong matlamat kerajaan supaya Malaysia muncul sebagai hab regional EEV menerusi adaptasi teknologi tinggi.”

honda-beat-2016-06

Boon Siew Honda optimistik dengan penerimaan pasaran kepada Honda BeAT dan menjangka jualan tahunan sebanyak 12,500 unit.

Terdapat empat warna pilihan untuk skuter bergaya ini, termasuk Vital Metallic Blue, Pearl Magellanic Black, Viva City Red dan khusus untuk wanita, Angel Pink.

Harga bilik pameran untuk skuter ini adalah RM 5,565, termasuk GST. Model ini dilengkapi dengan dua tahun atau 20,000km jaminan pengeluaran (yang mana berkenaan).

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.