Kereta yang terlampau niche susah nak cari makan, hakikatnya pembuat kereta perlu realistik, kalau Proton buat Gen.2 dan Neo sahaja boleh jadi dah lama syarikat nasional ini bungkus, begitu juga dengan Porsche dan BMW yang masing-masing mengeluarkan SUV. Sekarang ini kecoh pula mengenai projek baharu Lotus, di forum-forum kita boleh baca kononnya Lotus dah lain, tidak asli dan pelbagai lagi kritikan, walaupun yang mengkritik boleh dianggap sebagai peminat sejati tetapi kita jangan sampai sokong membawa rebah. Tambahan pula sudah berbelas tahun Proton menanggung kerugian Lotus.
Tebaharu Ferrari turut tampil dengan model empat penumpang dan ini bukan isu besar kerana mereka pernah mengeluarkan model seperti itu. Namun yang membuatkan Ferrari FF menarik ialah pacuan empat roda, teknologi yang memecah tradisi kereta jenama Itali ini. Nama FF adalah akronim Ferrari Four, empat tempat duduk dan pacuan empat roda dan bentuk badannya dipanggil GT sports car concept. Direka oleh Pininfarina, bentuk dan perkadarannya [proportion] menterjemahkan adunan DNA sporty dengan penggunaan harian.
Sistem pacuan empat roda FF dibangun dan dipatenkan Ferrari [4RM], beratnya 50kg lebih ringan daripada sistem 4WD konvensional dan juga mengekalkan agihan berat yang sempurna iaitu 53 peratus pada gandar belakang. Diintegrasikan dengan electronic dynamic control system, 4RM mengekalkan prestasi kereta dalam pelbagai jenis bentuk jalan dan keadaan melalui sistem agihan tork berterusan dan pintar kepada keempat-empat roda. FF juga dilengkapi dengan sistem suspensi SCM 3 [magnetorheological damping system] dan brek seramik terkini daripada Brembo.
Enjin FF bersesaran 6262 cc suntikan terus dan digabungkan dengan kotak gear transaxle dual-clutch F1 dan kelajuan pecutannya boleh mencapai 0 – 100km/j dalam masa 3.7 saat sahaja. Keupayaan ini memastikan pemandunya menikmati prestasi dalam pelbagai jenis pemanduan seperti di dalam bandar, bersalji dan pastinya di atas trek perlumbaan.
Di dalam dunia komersil sekarang, tradisi ditolak tepi yang penting ada duit nak makan esok dan lusa.
-Mak/d Uia-
Spesifikasi:
Engine | |
Type | 65-degree V12 |
Overall displacement | 6,262 cc |
Maximum power | 660 CV @ 8,000 rpm |
Maximum torque | 683 Nm @ 6,000 rpm |
Dimensions and weight | |
Length | 4907 mm |
Width | 1953 mm |
Height | 1379 mm |
Dry weight* | 1790 kg |
Weight distribution | 47% front, 53% rear |
Weight/power ratio | 2.7 kg/CV |
Performance | |
Maximum speed | 335 km/h |
0-100 km/h | 3.7 sec |
Fuel consumption and emissions (ECE+EUDC) | |
Fuel consumption** | 15.4 l/100 km |
Emissions** | 360 g/km |
* European market version
** With HELE system
12 comments
Skip to comment form
kalau gua sama sepat masuk kereta ni, macam tak celuih aja
jap g nk oder
rodtek jer udah RM16,809.00……..
lotus dah xleh kekalkan tradisi..nnt xleh cri mkan.
kena wat kategori lain gak cam mpv ke suv ke sedan ke.
klo wat mpv konpom laku cam porsche cayene.
tak selera gua tgk kereta ni (bajet tak cukup) keh keh keh
eh cilap cayene tu suv kot..
klo wat mpv mesti laku cam exora(dah edit)…hehe
mahal nak mati…
dpt nengok je la,..
Steady lah!
slagi tak buat main rally gua xde la nk respek mane kat bnda alah ni…..
klu aku yg bos ni pn pkai klisa,guane nk mrase?bek men halfcut.rase gak teruja jmp bnd rare.(ps:lg rare klu jmp halfcut perari)
kita jumpa bila rakyat m,sia berpendapatan tinggi..
bila entah pun tak tau…
camne nak booking ni…duit dlm poket penuh dgn gunung kinabalu jer..