Ferrari Cakap Jepun.

59583fer-

Percaya atau tidak saya pernah menghantar emel kepada Datuk Syed Zainal mencadangkan supaya laman web Proton dibuat dalam dwi bahasa. Sekarang ini laman web tersebut sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan laman web automotif antarabangsa yang bukan berasal dari negara Inggeris mempunyai 2 versi iaitu dalam bahasa ibunda dan juga Inggeris. Bukalah laman web Peugeot, Toyota, Honda dan lain-lain saya yakin anda dapat sahkan benar atau tidak kenyataan saya ini.

Saya yakin DSZ tidak menerima emel saya kerana alamatnya diperolehi dari Encik Google dan bukan dari sumber sah.

Pada 21 Januari, Ferrari secara rasminya melancarkan versi bahasa Jepun di laman web sediada mereka, Ferrari.com. Versi bahasa Jepun tersebut merupakan tambahan kepada bahasa Inggeris dan ITALI. Tujuan kemudahan terbaru tersebut adalah supaya Ferrari lebih dekat dengan peminat dan bakal pelanggannya. Ferrari di Jepun memang kuat dengan kehadiran sulung sejak 1965 lagi. Mereka ada 5 pengedar iaitu di Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka dan satu lagi yang bakal dibuka pada tahun ini. Kelab Pemilik Ferrari Jepun pula ada 600 keahlian. Satu lagi perkara yang menarik adalah Ferrari kini sedang membangunkan versi bahasa Cina pula.

Akhir sekali untuk pengetahuan sekutu, bukan Proton sahaja yang tiada laman web versi BM tetapi semua laman web pembuat/pemasang/pengedar automotif tempatan memang tiada versi BM!

Yeahhh…1Malaysia!

Sumber: Newspress/Ferrari

-Mak Uia-

Muhammad

23 Comments

  1. apa la yg pak menteri wat kat m,sia ni..
    isu mcm ni pun wat tak tau jee…
    nasib mat UIA jenis peka..
    wa tabik sama lu MAT..

  2. bahasa jiwa bangsa…
    patutla kite slalu kne kutuk dek org luar…
    bahase sendiri pon dianak tirikan…
    1malaysia…yeah!!!

  3. apa benda awak cakap ni ….empangan……..(alih bahasa untuk teks dari pendita_gila)

  4. Achtung! Das isk perfect. I came from New Zealand can talk Kiwi and also play All Blacks. I also can dance Haka. All of you want see me?

  5. argghhh…..ckp kt paper nk nek kan bhse melayu, tp yg kt atas berebut nk speking….. parking sheet a…

  6. orang-orang ‘pandai’ mane pakai bahasa melayu… untuk puak-puak ni,hanya bahasa inggeris sahaja yang digunapakai… sebab bahasa inggeris kan bahasa antarabangsa… haiii… apalah nasib bahasa melayu…

  7. tu la psl. Produk tempatan sndri xmau angkat BAHASA MELAYU.cmnner?
    SPEAKING bru ade STANDARD kut.
    huhu

  8. camne org kite nk beli brg buatan malaysia, tp bahasa kite….??
    pikir`h sndri…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *