Toyota Auris 2010: Kegemaran UK!

59594toy-

Di Eropah sana, pengguna tak berapa nak into dengan kereta sedan, diaorang lagi suka kereta hatchback. Berbanding dengan Amerika, diaorang lagi suka dengan kereta sedan manakala untuk pasaran tempatan pula tak boleh nak kata sedan atau hatchback, senang cerita 2-2 pun orang kita suka. Sebabnya Myvi dan Viva adalah dua kereta paling laris dan lepas itu barulah secara kumulatif datangnya Saga, Persona, Accord, Camry, City, Vios dan lain-lain.

Di UK, Toyota memperkenalkan Toyota Auris, model baru 2010.

59594-a-toy-

Toyota Auris ini bukanlah model baru sepenuhnya tapi diperbaharui dengan beberapa aksesori dan ciri-ciri tambahan. Pada bahagian depan ada bampar baru, bonet baru dan lampu baru. Bahagian belakang pun lebih kurang juga, ada kluster lampu dan bampar baru.

Pelanggan juga diberi dua pilihan rim, kalau beli model TR dapat yang 16 inci dan SR pula dapat 17 inci. Satu hal dengan model ‘kebanyakan’ dari Jepun ialah pengendalian yang memang gagal walaupun diaorang ni dah lama buat kereta. Dengan pembuat kereta Eropah dan Proton pun diaorang tak berapa nak sedap. Jadinya Jurutera Toyota telah mengambil maklumbalas dari pelanggan seterusnya memperbaiki kelemahan pengendalian Auris ni. Diaorang tambahbaik suspensi dan juga stereng. Katanya lepas tu kereta ni lagi stabil semasa pemanduan laju dengan stereng yang lebih responsif.

Ada 3 jenis enjin ditawarkan, 1.33 liter Dual VVT-i manual, 1.6 manual dan juga 1.4D-4D Diesel.

Kalau berminat, sori sekutu, kereta ni tak jual kat tempat kita. Toyota Vios TRD dan Yaris ada lah.

Sumber: Newspress/Toyota.

-Mak Uia-

ps: moshiwake shi wa aikido. watashi wa toyota ga suki ni shi masu. shikashi, mondai wa, kuruma wa taikutsu da!

Muhammad

15 Comments

  1. depan mcm vios baru… blkg mcm vios lame punye lampu… pastu body mcm yaris… ni buat facelift besar2an ke hape???

  2. entah le labu..
    sume cam pakat nak buat facelift sama je utk model lain2..
    cam hampeh..

    proton jugak yg ok..

  3. wa minat gak h/back ni…
    tp wa ada family.. mesti wat 1 choose je..
    duit pun 1 saluran je…
    itu sbb wa pilih sedan saje…

  4. Hi-Ace gua lagi best dari Alphard & Vellfire. Compact ke, hatchback ke, tak masuk list. Anak wa 7 orang, campur maid & wife, mana cukup Alphard.

  5. depan sempat copy yg baru,belakang xsempat,2 pasal ambik yg lama..hahhaa
    matpon:aku nk join parti atas pagar ko lah..dapt jd tok gawa pon jd lah..hahaha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *