Ferrari Cakap Jepun.

59583fer-

Percaya atau tidak saya pernah menghantar emel kepada Datuk Syed Zainal mencadangkan supaya laman web Proton dibuat dalam dwi bahasa. Sekarang ini laman web tersebut sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan laman web automotif antarabangsa yang bukan berasal dari negara Inggeris mempunyai 2 versi iaitu dalam bahasa ibunda dan juga Inggeris. Bukalah laman web Peugeot, Toyota, Honda dan lain-lain saya yakin anda dapat sahkan benar atau tidak kenyataan saya ini.

Saya yakin DSZ tidak menerima emel saya kerana alamatnya diperolehi dari Encik Google dan bukan dari sumber sah.

Pada 21 Januari, Ferrari secara rasminya melancarkan versi bahasa Jepun di laman web sediada mereka, Ferrari.com. Versi bahasa Jepun tersebut merupakan tambahan kepada bahasa Inggeris dan ITALI. Tujuan kemudahan terbaru tersebut adalah supaya Ferrari lebih dekat dengan peminat dan bakal pelanggannya. Ferrari di Jepun memang kuat dengan kehadiran sulung sejak 1965 lagi. Mereka ada 5 pengedar iaitu di Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka dan satu lagi yang bakal dibuka pada tahun ini. Kelab Pemilik Ferrari Jepun pula ada 600 keahlian. Satu lagi perkara yang menarik adalah Ferrari kini sedang membangunkan versi bahasa Cina pula.

Akhir sekali untuk pengetahuan sekutu, bukan Proton sahaja yang tiada laman web versi BM tetapi semua laman web pembuat/pemasang/pengedar automotif tempatan memang tiada versi BM!

Yeahhh…1Malaysia!

Sumber: Newspress/Ferrari

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to gunners Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.