Daniel Sordo Pandu Untuk MINI WRC Team

Mini WRC 2011.01

Pemandu Sepanyol, Daniel Sordo telah dipilih untuk menyertai seorang lagi pemandu, Kris Meeke dalam menyahut cabaran MINI WRC Team dalam WRC musim 2011 .

Dani Sordo yang berusia 27 tahun adalah pemandu berpengalaman dan sudah berlumba di peringkat tinggi sejak beberapa tahun lepas. Setakat ini beliau telah memenangi 29 podium dalam WRC dan pernah berkongsi pasukan dengan Sebastien Loeb untuk beberapa musim. Sebelum itu Dani adalah juara Junior WRC pada tahun 2005. Pada 2007 beliau menduduki tangga keempat kategori pemandu WRC, ditempat ketiga pada tahun 2008 dan 2009 dan kelima pada musim 2010.

Untuk musim 2011, MINI WRC tidak akan bersaing dalam kesemua pusingan tetapi sekurang-kurangnya enam pusingan yang akan memberi peluang kepada Dani dan pemandu arahnya, Diego Vallejo untuk sama-sama membangunkan kereta Mini dengan Prodrive. Penala yang bertanggungjawab membina MINI WRC dan prototaip Proton Putra rali beberapa tahun lepas.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • strokeboi on 07/01/2011 at 12:21 PM
    • Reply

    besttt….

  1. Prodrive?…bagusss

    • kereta baracuda on 07/01/2011 at 9:17 PM
    • Reply

    Wooo…
    Mr.bean mesti suke..

    • belalang_kontot on 08/01/2011 at 2:24 PM
    • Reply

    “Penala yang bertanggungjawab membina MINI WRC dan prototaip Proton Putra rali beberapa tahun lepas.” hoho…info baru…tq mak…

  2. Sesunggunya mini ini tiada kaitan dengan bas mini. Sekian.

    • belalang_kontot on 08/01/2011 at 8:13 PM
    • Reply

    eh matpon, lu ni berapa banyak sesungguhnya daa….

  3. Sesungguhnya gua memang rajin bekerja. Sekian.

    • belalang_kontot on 09/01/2011 at 4:44 PM
    • Reply

    sesungguhnya, adalah lebih baik jika lu belanja gua buku honda civic baii satu.sekian.

Leave a Reply to kereta baracudaCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.