Baii: Gua Dah Cuba Proton Satria Neo Lotus Racing!

Proton Satria Neo Lotus Racing

Gua rasa dalam kebanyakan kereta-kereta Proton pasca Mitsubishi, satu-satunya kereta yang boleh gua terima secara konsepnya, ialah Neo. Waja mungkin kereta pertama Proton, tapi masih lagi berkongsi platform dengan Mitsubishi dan Volvo. Gen2 dan Persona memang gua tak puji dan tak kutuk, biasa-biasa sahaja, Exora? Susunan lampu belakangnya macam tak kena dengan garis bahu dan kontur tepi, depannya sempurna. Saga BLM? Walaupun Proton cenderung kepada keEropahan, pada pandangan peribadi gua, kereta ni nampak keKoreaan. Design yang gua tak pasti samada disedari atau tidak.

Proton Satria Neo Lotus Racing

Neo? Satu-satunya kereta yang gua rasa macam nak beli. Tapi seperti mana-mana orang tua yang kini berumur 75 tahun dengan anak 15 orang dan gaji RM1500, mana mungkin gua nak beli kereta ni. Kecuali satu hari nanti gua jadi penulis/pengacara macam Clarkson atau Hammond. Tapi masa tu mungkin umur gua dah menjangkau 134 tahun.

Cerita pun tak guna, blog nampak macam gempak, geartinggi konon. Orang lain dan lama post test drive Neo ni, sekarang baru gua nak tulis. Seperti yang lu orang semua tahu, sesi awal pandu uji kereta ni terpaksa ditunda ‘ke satu tarikh yang akan ditetapkan’ yang mana tarikh tersebut ialah minggu lepas. Khamis ke Rabu, gua tak ingat. Lepas sehari dua macam tu, adik gua telefon, mak gua pitam masa tengah masak, masuk hospital dan injap jantungnya didapati lemah. Gua jadi tak keruan, mood nak menulis lenyap entah kemana.

Proton Satria Neo Lotus Racing.020

Nasib baik kat tangan Ahmad Syukran Zainuddin masa tu ada sebijik Hyundai i30 test drive unit. Bergegas gua rembat balik kampung, nasib baik segalanya terkawal. Gua dah nak pos artikel ni minggu lepas lagi, tapi bila taip-taip artikel dan baca balik, gua rasa macam Mastika pun ada. Lebih baik gua gelakkan diri gua sendiri sebelum digelakkan dek Mak UIA, Matpon dan setan-setan kat sini [terutama sekali Sepat Myvi Siam].

Amacam? Dah 300 perkataan, haram satu pun gua tak sentuh lagi pasal pandu uji ni. OK. Kita melencong tempat lain dulu. Proton. Setiapkali artikel gua kelar dalam paper, mesti berduyun emel yang masuk. Yang puji, yang keji, yang optimis, pesimis, nasionalis, termasuklah emel dari budak-budak dalam Proton yang mendakwa gua memang anti Proton. Ada sekali tu siap kata Perodua bagi gua rasuah suruh kutuk Proton. Amacam? Kalau betul, lu rasa apasal gua beli Modenas Akademi Fantasia dan bukan ER6?

Proton Satria Neo Lotus Racing.049

OK. Pada hari yang penuh bersejarah tersebut. Tinggal tak sampai 10 orang lagi pengamal media yang belum test kereta ni. Di sebabkan pagi itu ada event BMW 7 series yang mana gua dan ‘Superman’ tidak menemukan tempatnya di Ampang, kitorang terus bergerak ke USJ, sebab hendak mengambil foto i30. Seperti yang dijangka, Ahmad Syukran Zainuddin khuatir sampai lewat di kilang Proton, baru pukul 1 dah ajak gerak, jadual pukul 2. Apa barang, ikut Hicom tak sampai 10 minit dah terpacak di lobi Proton.

Test

  • Pertama kali gua duduk dan pegang stereng Neo Lotus ni, gua tak impress pasal sterengnya masih standard Neo. Stereng ni bagi gua memang tak boleh blah, teksturnya tidak cukup bagus untuk digenggam, kalau bawak kereta bersiar-siar kat Titiwangsa mungkin sesuai. Tapi untuk sebuah kereta sport, patutnya dipasangkan dengan stereng Momo atau setidak-tidaknya stereng macam Satria Gti dulu yang ada airbag tu.

Handling

  • Gua bukanlah pandai sangat resing-resing ni. Tapi gua amat sensitif dengan kualiti pengendalian. Kalau nak komen yang betul-betul 100 peratus tepat, gua rasa tak munasabah sebab sesi pandu uji ni sangat singkat. Total up gua rasa tak sampai 10 kilometer pun. Tapi bila diuji di trek ujian, maksudnya kereta ni boleh dilenjan secukupnya.
  • Seperti biasa, gua tak lenjan pun. Gua cuba dapatkan di mana peak tork dan kalajuan stabil untuk enjin yang dah dibuat aci sesondol, komputer dan ekzos ni. Kalau nak dibandingkan dengan versi standard CPS, memang lu orang boleh rasa momentum kereta ni lagi cepat. Walaupun di atas kertas 145HP, revvingnya boleh dikatakan sedikit linear, mungkin sebab masih kekurangan tork. Sekitar 15kg, kalau dapat dalam 2-3 kg pada 3k rpm, rasa gua lagi kick. Sebabnya? Suspensi kereta ni terlalu bagus.
  • Orang putih kata overkill. Ohlins Dual Valve System ni memang sejenis suspensi bolehlaras yang pelik. ‘melekat’ masa selekoh, tapi boleh hantar SMS lagi masa lalu dijalan yang tak rata. Pada istilah street racer, masa korner macam TEIN Flex tapi masa langgar lubang macam Monroe Sensatrac. Gua paling kagum ialah bagaimana stereng kereta ini boleh duduk tetap dan sangat mudah nak jangka tindakbalas stereng.

Proton Satria Neo Lotus Racing.018

Kalau lu orang ingat RM115K boleh dapat power macam FD2R lebih baik lupakan baik beli Evo 7 sekenhen. Amacam? Ayat komentar yang popular di kalangan mereka yang berasa dirinya adalah pakar automotif. Pendapat peribadi gua, kereta ni dicipta untuk enthusiast. Untuk orang yang tahu menilai dari sudut perspektif Lotus dan eksklusiviti 25 buah yang dibina. Macam orang beli jeans Evisu RM2K. Mereka mampu dan bukan sahaja mampu, tapi tahu nilai apa yang dibeli.

Ini bukanlah sebuah kereta. Ini adalah rekaan ikonik. Maksudnya lu orang beli sebuah ikon. Kalau beli kereta ni lepas tu nak titik semua kereta atas Highway, baik lupakan, baik beli keranda terus. Beli kereta ni sebab lu orang rasa ia adalah nilai tersendiri yang padan dengan RM115K itu. Hari-hari bawak pergi ofis, jumpa client, dating dengan isteri. Hujung minggu layan track day dan jangan harap nak parking saja, atau berembat di federal highway, bila kereta dah terlungkup, baru ingat mak bapak. Bila bagi nasihat suruh beli life insurance, keluar cerita agama.

Proton Satria Neo Lotus Racing.031

Gua tak nafikan, lu orang boleh beli Neo pekak, sumbat dengan enjin Evo lapan dan Brembo 19 pot sekalipun, tak ada siapa marah. Tapi sekali lagi, ia bukan tentang kelajuan semata-mata, ia adalah tentang dinamik kuasa dan pengendalian. Kalau tidak tak kan Neo S2K ralli tu berjuta harganya. Ia perlukan kejuruteraan dan penyelidikan yang bukannya boleh digoogle dalam internet sahaja. Perlu ada field test, angka-angka, nisbah dan juga reliabiliti jangkapanjang.

Seperti biasa, kita akhiri dengan point-point ala Chedet

  1. Lotus Neo tak dipasangkan dengan turbo sebab ia masih lagi sebuah Proton yang dijual secara sah dengan waranti. Maksudnya, letih nak ganti parts itu dan ini kalau rosak. Dalam industri, ia masih diistilahkan mass production. Tak caya, cuba beli E90 M Sport/Golf Gti lepas tu remap ECU tengok, senang-senang je dapat 20-30hp. Tapi kalau ada masalah, agak-agak manufacturer nak bagi waranti tak?
  2. Penambahan turbo sangat kompleks dan mengakibatkan perubahan struktur yang mana kosnya tidak padan dengan kereta yang nak dijual. Orang putih kata retrofit. Budak-budak muda sekarang kata hybrid. Terlalu banyak parts yang terlibat dan memandangkan Campro bukanlah sebuah enjin yang dicipta untuk divariasikan dengan force induction (kecuali Exora akan datang) jadi R3 tak nak ambil risiko tersebut.
  3. Offset rim Advanti ni 40mm, offset asal Neo 46mm. Sebab tu bila lu orang tenung betul2 kereta ni, nampak gagah sebab rimnya berada outer line dari model Neo lain yang nampak tempang sebab rim duduk terperosok dalam arch yang lebar.
  4. Clearance AP Racing antara caliper dengan bibir spoke ialah 4mm. Dari segi teorinya, rim yang boleh dipakai pada Neo ialah 44mm minimum. Tapi apa ada hal kalau bubuh TE37 ET35 ye dok?
  5. Bukan setakat Ohlins, ukuran caster kereta ini juga telah disesuaikan semula. Maksudnya, bila kita ambil selekoh, tayar akan beri kecondongan yang lebih.

Proton Satria Neo Lotus Racing.013

Soalan-soalan lazim gua yang jawapannya didapati meragukan

  1. Kenapa tak pakai stereng lain? – jawapan ‘jurucakap’ Proton – stereng asal ni dah direka homolagated dengan airbag
  2. Kenapa tak pakai seat Recaro? – jawapan – seat homolagated dengan airbag
  3. Kenapa tak pakai forged rim – jawapan – kos

Jawapan gua untuk diri sendiri

  1. Kos. Lu orang rasa masalah besarkah bagi Momo nak buat engineering research stereng apa yang sesuai untuk kereta apa dan bagaimana?
  2. Kos. jawapan gua sama dengan soalan nombor 1.
  3. Gua terima

Teks: Baii Foto: Baii & Mak Uia

-Baii-


Silakan kongsi:

49 comments

Skip to comment form

  1. fuh! gua nak ucapkan tahniah buat proton.. cuma macam baii cakap, kalau ada stereng Momo dgn sear Recaro, lagi mashhhh…

    • Rizal on 28/04/2010 at 8:55 AM
    • Reply

    Gua suka ayat nie… “Ini bukanlah sebuah kereta. Ini adalah rekaan ikonik.”. Padat dan tepat sekali. Lu punya penerangan lagi best dari orang lain tulis. Syabas inspektor Shahab…syabas!!!

    • on 28/04/2010 at 9:01 AM
    • Reply

    Baii…buat pertama sekali gua suspek la dgn post artikel lu….syabas…I like that…

    • Podeh on 28/04/2010 at 9:10 AM
    • Reply

    ramai yang kat luar sana tahu cakap kosong kat mapley je…”buat ape beli neo r3 baik beli type r” gua duk sebelah sengihkan aje…pakai kancil rupenye…sembang macam dah pakai type r 5 tahun.

    • proton's on 28/04/2010 at 9:11 AM
    • Reply

    btol2 gua pon rse nak bli kete neh tpi kalu dpkirkan hage die..hmmm…gua trpaksa nyani stu lgulah ‘duit duit dimana kau duit’..hehehe…tpi btol kalu ada steering momo ngan seat racaro kat dalam neo neh sure gmpaklah…

    • on 28/04/2010 at 10:31 AM
    • Reply

    ini mcm mane mau kire ni baii?nk angkat 5ibu jari wa de 4 je ibu jari ni?terbaik ni..patut bg 5bintang ni..
    neo ni memang tbaik lar..harap2 sape nk jual 2nd hand bg tua eh?i love proton..

    • lokmanes on 28/04/2010 at 11:13 AM
    • Reply

    terbaik dr proton…walaupun aku tak pakai proton tp kalau benda baik kita ckp baik…kalau tak baik ckp tak baik..jgn nak kutuk tak tentu pasal..yg ada duit boleh beli buat koleksi…

  2. —>ok turn gua mengulas.. huhu gua pun teringin nak bukak kaunter kat geartinggi.com tapi baii nampak potensi gua boleh kacau periuk nasi so wa diletakkan sebagai tetamu aje isk isk.. tapi takpe.. gua ulas gak hahaa

    [Gua rasa dalam kebanyakan kereta-kereta Proton pasca Mitsubishi, satu-satunya kereta yang boleh gua terima secara konsepnya, ialah Neo. Waja mungkin kereta pertama Proton, tapi masih lagi berkongsi platform dengan Mitsubishi dan Volvo. Gen2 dan Persona memang gua tak puji dan tak kutuk, biasa-biasa sahaja, Exora? Susunan lampu belakangnya macam tak kena dengan garis bahu dan kontur tepi, depannya sempurna. Saga BLM? Walaupun Proton cenderung kepada keEropahan, pada pandangan peribadi gua, kereta ni nampak keKoreaan. Design yang gua tak pasti samada disedari atau tidak.]

    —>yang ini gua setuju.. gua pun bukan laa berduit nak rasa semua keter tu tapi satu hari.. di stadium paroi kebetulan kawan gua pakai dc5 dan sebiji lagi EP3 dtg melepak minum ptg.. tak semena kawan tadika ABIM gua sape tgh kami minum.. fuhh lagipanjang borak sebab ketiga2 pakai kete power (kecuali myvi gua ..ok baii lu jgn nak ulas nnt wa pulas lu haha)

    lps minum.. pergi kete.. tgk kawan setadika ni pakai NEO ranggi gak beb.. rim 17 off set wa tak pasti tapi dalam 40 lebar kat 7 .. rim apa (lu teka saje la nak kasi kuiz) tu tak yah cerita sbb bazir jari wa eksasais lebih.. so di pendek citer.. wa suruh laa NEO berbaris dgn ep3 dan dc5.. dia punya pun kaler putih dan buat petama kali dalam idup wa.. ati gua ckp.. “not bad eh proton neo ni.. headlight dia dan tep r ada konsep tersendiri…begitu juga side body dan rear tail light.. NEO mmg ada kelas tersendiri utk jadi sport car.. dan boleh jadi gak jinjang car kalau kena kat ah beng jinjang haha.. tapi diakui.. kalau kena gaya dan tune.. tep r stended bole gigil jugak.. myvi gua?? nyorok belakang pokoklaa ajehehe

    [Neo? Satu-satunya kereta yang gua rasa macam nak beli. Tapi seperti mana-mana orang tua yang kini berumur 75 tahun dengan anak 15 orang dan gaji RM1500, mana mungkin gua nak beli kereta ni. Kecuali satu hari nanti gua jadi penulis/pengacara macam Clarkson atau Hammond. Tapi masa tu mungkin umur gua dah menjangkau 134 tahun.]

    –> alaa baii lu bole aje beli.. nanti gua ckp koleksi keter lu sejak gua kenal lu (sejak bile eh) tak macam wa setia dgn GSR buruk kaler putih tu hahaha tapi wa pun ada citer nak pakai conti .. time will tell

    [Nasib baik kat tangan Ahmad Syukran Zainuddin masa tu ada sebijik Hyundai i30 test drive unit. Bergegas gua rembat balik kampung, nasib baik segalanya terkawal. Gua dah nak pos artikel ni minggu lepas lagi, tapi bila taip-taip artikel dan baca balik, gua rasa macam Mastika pun ada. Lebih baik gua gelakkan diri gua sendiri sebelum digelakkan dek Mak UIA, Matpon dan setan-setan kat sini [terutama sekali Sepat Myvi Siam].

    –> cirakak … kutuk myvi gua.. lu mmg dah terpengaruh dgn matpon & mat uia.. berapa punya byk mat laa gua pun konpius!@

    [Amacam? Dah 300 perkataan, haram satu pun gua tak sentuh lagi pasal pandu uji ni. OK. Kita melencong tempat lain dulu. Proton. Setiapkali artikel gua kelar dalam paper, mesti berduyun emel yang masuk. Yang puji, yang keji, yang optimis, pesimis, nasionalis, termasuklah emel dari budak-budak dalam Proton yang mendakwa gua memang anti Proton. Ada sekali tu siap kata Perodua bagi gua rasuah suruh kutuk Proton. Amacam? Kalau betul, lu rasa apasal gua beli Modenas Akademi Fantasia dan bukan ER6?]

    —> setuju! sebab kemampuan kita takat tu aje.. pakai myvi pun dah syukur beb.. sbb dulu wa pikir wa mampu pakai sekenhen car sampai ketua.. rezeki masing2 laa yg penting kena usaha.. tapi sbg editor bebas lu boleh komen apa aje sebab lu bukan terikat apa pun.. kalau boleh bashing sekali mcm jeremy buat haha.. nak cun lu hayun tukul besi kat badan2 kereta tunjuk betapa ikhlas lu menilai keter tu.. ngeh ngeh ngeh .. (jgn marah baii)

    [Pertama kali gua duduk dan pegang stereng Neo Lotus ni, gua tak impress pasal sterengnya masih standard Neo. Stereng ni bagi gua memang tak boleh blah, teksturnya tidak cukup bagus untuk digenggam, kalau bawak kereta bersiar-siar kat Titiwangsa mungkin sesuai. Tapi untuk sebuah kereta sport, patutnya dipasangkan dengan stereng Momo atau setidak-tidaknya stereng macam Satria Gti dulu yang ada airbag tu.]

    –>setuju!! kadang tang ni aku takleh terima benda yang menjadi perkara penting pada pemanduan ialah keselesaan mengemudi dan salah satunya ialah stering..kalau ohlins tu beribu mahal apasalahnya touch sikit kek stering masuk momo race pun dah ok .. estetikal value kat situ aje dah ilang 15%^ pada aku laa.. setuju dgn aku?

    [Penambahan turbo sangat kompleks dan mengakibatkan perubahan struktur yang mana kosnya tidak padan dengan kereta yang nak dijual. Orang putih kata retrofit. Budak-budak muda sekarang kata hybrid. Terlalu banyak parts yang terlibat dan memandangkan Campro bukanlah sebuah enjin yang dicipta untuk divariasikan dengan force induction (kecuali Exora akan datang) jadi R3 tak nak ambil risiko tersebut.]

    —> setelah tinggalkan dunia perturoboran (haha bunyi mcm tooooot jer) aku feels more attached, syncronized with NA .. semua gara2 layan civic dulu.. sampai skrg pun cuma pendam hasrat kesumat nak pakai NA atas 180HP ..kalau kampeni aku appoint aku jadi GM baru aku pikirkan lah!

    [Offset rim Advanti ni 40mm, offset asal Neo 46mm. Sebab tu bila lu orang tenung betul2 kereta ni, nampak gagah sebab rimnya berada outer line dari model Neo lain yang nampak tempang sebab rim duduk terperosok dalam arch yang lebar.]

    —> yup.. rim dia nampak penuh ..nicely fitted under arch.. kalau laa proton design rim tak lawa tapi physically the width and offset is properly covered kan cantik.. bagi rim spendar pun allright tapi kalau offset tak kena kan nampak macam gajah berjalan dgn kaki turtle?

    [# Clearance AP Racing antara caliper dengan bibir spoke ialah 4mm. Dari segi teorinya, rim yang boleh dipakai pada Neo ialah 44mm minimum. Tapi apa ada hal kalau bubuh TE37 ET35 ye dok?
    # Bukan setakat Ohlins, ukuran caster kereta ini juga telah disesuaikan semula. Maksudnya, bila kita ambil selekoh, tayar akan beri kecondongan yang lebih.]

    —> AP racing no komen sebab myvi aku pun rancang nak cari wilwood punya hehe.. (in my dream) .. tapi kenapa yea dari dulu kalau dari sentuhan R3 sampai laa ke Lotus rim mesti kaler gelap.. takmo tuka kaler ker??

    kesimpulan nya..kalau ada uwang.. gua pun beli sbb wa sbg rakyat marhaen sentiasa melaungkan “support rawang product” although this product born in proton city hehe.. takpelaa asal kita support produk msia dah laa.. tapi serius.. selepas tgk neo lotus ni.. wa dah berkira nak beli neo std 1.6 nak upgrade kosmetik lawa2.. dari jauh kalau dia lalu sebelah dc5 pasti wa terdetik kejap ‘NEO ker tu?’

    sekian – sepat gearauto.com

  3. fuhh..panjang aku tulis heheh

    • carragher27 on 28/04/2010 at 1:16 PM
    • Reply

    ah..gilalah sepat ni…nanti gua suruh derang offer lu join GT..amacam??

  4. tu ..gearauto.com tu sape nak sara hehehe

    • basikal on 28/04/2010 at 1:36 PM
    • Reply

    bagus……

    • whaiiiiii on 28/04/2010 at 1:37 PM
    • Reply

    makk!!!bli la….nk!!!

    • whaiiiiii on 28/04/2010 at 1:37 PM
    • Reply

    nak yang ni la!!!!!!!!!!KERETA X BAIK PNYA

    • on 28/04/2010 at 6:07 PM
    • Reply

    Sepat…hebat gak ko ek..?

  5. CZ

    kopi pes ..sambung sikit.. style kewartawanan aku muahahah

    • pendita_gila on 28/04/2010 at 8:04 PM
    • Reply

    sepat

    lu dah berubah sejak balik kampung hari 2 hahahah

    min

    lu jangan puji sepat sangat

  6. baii mmg bijak tak mcm mat pon…..

    quote-
    Lotus Neo tak dipasangkan dengan turbo sebab ia masih lagi sebuah Proton yang dijual secara sah dengan waranti. Maksudnya, letih nak ganti parts itu dan ini kalau rosak. Dalam industri, ia masih diistilahkan mass production. Tak caya, cuba beli E90 M Sport/Golf Gti lepas tu remap ECU tengok, senang-senang je dapat 20-30hp. Tapi kalau ada masalah, agak-agak manufacturer nak bagi waranti tak?

    maknenye insuran dan roadtax masih lagi state neo cps 1.6….?…mcm tu….?

    • slimershine on 28/04/2010 at 9:29 PM
    • Reply

    review yang terbaik. kipidup!

    • crazeecar on 29/04/2010 at 12:55 AM
    • Reply

    gua xde kete laju..gn sunny standed pekak badak je…gua peminat handling more to power.sbb ms kecik2 smpi la bsr nie…gua bile blk kg nenek gua ikut jln2 bengkang bengkok.cantik cket je dr bukit putus..sape tau jln jelebu tau r..jln yg dl..sblm potong bukit.gua dok kl..tp mak bapak gua nk gua beranak kat kg..ha..lam berut pon mase mak wa dah sarat..bapak wa rally jln bukit 2..sbb 2 kot kot minat handling..kire same la gak konsep ngan lotus..handling lg penting dr output power..br cicir skyline kat selekoh.hehehe.ouput power engine lotus rsnyer jarang yg lbh 300hp…tp ley tapau yg hp lebih..sbb??handling..nilai neo lotus nie dr segi handling….yg lain…body ke ape ke..lantak luorg nk buat..jd skyline pon ok…tp satu je….atp dier rendah ar..gua tggi 159cm…lalu bumper..konpem langgar bumbng..2 je….gla pnjng komen….ade mcm lu la mat pon gua nyer komen..kot2 mau freelance writer nissan sunny..contek aku..wahahaha

    • on 29/04/2010 at 10:08 AM
    • Reply

    Ok Sepat, lu komen banyak maknanya kena bayar wang perlindungan. Kalau merayu gua bagi can naik komisyen 500 rat ok.

    • speed on 29/04/2010 at 7:45 PM
    • Reply

    respek ! artikel yg amat cun dan padat!!! semua org kena baca post ko matpon baru faham sikit!

    Kalau beli kereta ni lepas tu nak titik semua kereta atas Highway, baik lupakan, baik beli keranda terus.

    ayat ni palin best haha ! :salute :

  7. woi keranda tu idea aku!@ptui!

    • on 01/05/2010 at 1:08 AM
    • Reply

    Sepat, pinjam mag Mempelam ok. Buku teorem pitagoras gua jgn lupa ok.

    • uncle circle on 01/05/2010 at 8:30 PM
    • Reply

    bkn kete ni da kene tapau dgn kete saga arobek mase kat ukm bangi ke??

    • avtomat kalashnikov on 01/05/2010 at 10:24 PM
    • Reply

    power is nothing without control… bleh merembat 250km/j pun x gune gk kalo hendeling mcm sampan ( gua petik kate2 ni dr majalah kereta) hahahahah

    • azwan nbs on 02/05/2010 at 5:25 PM
    • Reply

    proton is the best…!!!!

    • naqib on 02/05/2010 at 11:01 PM
    • Reply

    ikhlas wa nyata kan, NEO adalah design terbaik proton yg paling wa kagum… satu hari wa nak beli satu jugak, tapi setelah harge nye jatuh mcm satria 1.3 kabereter skrg laa… hehehe

    • jaz on 03/05/2010 at 12:52 PM
    • Reply

    wa layan j beb,pape pn kita ada personality tersendirikan???? e2 lbh penting

    • kenari kunimg on 05/05/2010 at 11:43 AM
    • Reply

    nak laju beli lancer,apa susahhh….ada duit semua jd

    • cg din on 05/05/2010 at 4:20 PM
    • Reply

    ne0 r3 mmg cun..suspention mantap..tapi skrg ni tahun 2010, cube korang compare teknologi dah 15 atau 20 tahun dulu, honda b15a 160 hp, toyota blacktop 160hp..jadi proton ketinggalan sekitar 20 tahun teknologi..bile sebut neo r3 lotus ni tentulah kereta sport..jadi padan ke 145hp??? kalu campro 145hp dok pada waja, persona ok la sebab sedan for family..pk2 lah..

    • cg din on 05/05/2010 at 4:21 PM
    • Reply

    sori diatas typing error ” honda b16a”

    • Bird on 05/05/2010 at 7:33 PM
    • Reply

    caster ke camber?

    caster ni untuk force ‘balasan’ steering masa corner..
    untuk adjust steering punye self-aligned…or centering force..
    mmg ada effect pada camber..tapi..

    • Baii on 05/05/2010 at 9:52 PM
    • Reply

    caster, seperti yang dibagitau oleh Faidzil. sampai dia pun muka blur2 pasal gua banyak tanya. dari segi pemahaman gua yang tak ada ijazah kejuruteraan/fizik ni, apa yang gua dapat tau, caster kereta ni kena ubah bukan sahaja untuk dapatkan angle masa selekoh, tapi penting juga masa straight line. memang dah jadi lumrah kereta FF yang mana stereng tidak bebas sebab banyak sangat komponen suspension melekat di situ, jadi dengan angle ball joint yang dibackwardkan sikit pada ukuran yang betul, positive caster yang cun, lepas tu camber dengan betul dan toe yang tepat, dapatlah handling yang cun. apa yang gua paham bila kita turn, camber akan condongkan tayar dari segi paksi tegak, caster akan condongkan lagi sikit tetapi pada paksi backward. kalau gua salah, ketuk kepala matpon.

    tapi pengalaman gua, gua haram tak reti setting yang betul2 cun. kejap masa masuk apex rasa stereng ketat dan sedap, tetiba rasa tak best masa straight line. kesimpulannya, gua tetap respek sapa yang berjaya buatkan R3 Lotus ni jadi sedap. kalau lu orang nak tau, mi Sedaap tu made in indo, indomie dah tukar jadi ibumie.

    • on 09/05/2010 at 1:41 PM
    • Reply

    ape2 pon,NEO Lotus R3 ni tebaek bg aku….145hp tu da cukup pe…laju2 nak g mane?tapi line kuneng pth tu cam xkena je…

    • apai on 09/05/2010 at 9:14 PM
    • Reply

    gua mmg ske gle ngan neo r3 lotus nie…tpi gua budk sklh lgi,mmg x kn dpt ah…dpt dlm mimpi pn jdi lh..

    • WajaR3 on 02/06/2010 at 8:12 AM
    • Reply

    Aku rasa stereng 2 lu org pilih sendiri la stereng mana lu org suka…seat pun sama lu org mau cari bride ka sparco ka recaro ka cap ayam utan ka lu org punya pasal…Sapa beli Neo ni mesti ada wang maa…mau cari seat taste sendiri petik jari lo….

    • WajaR3 on 02/06/2010 at 8:27 AM
    • Reply

    Ada mamat pakai Wira sumbat GSR sekor member aku…macam sial kutuk Neo ni..berlagak dgn enjin kete dia yg secara standard dpt 200++hp…Neo LR ni 145hp je…mamat sial ni kutuk sampai muntah…So aku pun nak bagi tunjuk ajar sikit la kat member aku ni yang dah sesat pedoman tentang kete..ajak la mamat ni naik highway merembat dgn waja aku…memang bertiang la aku kena…ajak test lagi & akhirnya aku berjaya ajar dia…enjin kete mamat tu berkecai jugak akhirnya…so ape beza korang sendiri mau tau la..

    • megat putra kuning on 10/06/2010 at 2:52 PM
    • Reply

    apa2hal pon satria gti…terbaik!!!pandai2 le cari info psl gti….

    • megat putra kuning on 10/06/2010 at 2:54 PM
    • Reply

    elok sgt ko ajr member ko yg berlagak tu…asyik tarik memang berkecai la enjin gsr tu…ckp kat dia sumbat rb26 laaa……..hahahaha.pengajaran>>>>>>>>jgn berlagak nak riak!!

    • gaman on 22/06/2010 at 9:27 AM
    • Reply

    info yg best bai..

    • jack on 09/08/2010 at 1:16 AM
    • Reply

    Wa maw beli neo klu wa da jadi psyarah nnt..hahaha

    • joe372 on 05/09/2010 at 12:26 PM
    • Reply

    Baii…pertama sekali aku respek post artikel kau….memang terbaik punya…bunyinya matang huhu!!! btul tu bai, kereta ni dicipta bkan utk laju semata2, tp ia adalah IKON!!…tahniah!!

    • joe372 on 05/09/2010 at 12:30 PM
    • Reply

    aku rasa seat ngan Logo Lotus Racing ni lg mahal rasanya banding ngan recaro, sebab nilai ikonik dan limitednya…kalau ada jual, carilah kat kedai!!!

    • tuan farhan on 21/10/2010 at 8:26 PM
    • Reply

    antara gti r3 ngan neo r3 mana lg best?dua2 limited edition.dua2 handling lotus.baii.blh tlg huraikan?

    • mayo on 19/03/2011 at 10:35 AM
    • Reply

    mahal gilo keto nie..baik beli RX7

    • ayien on 29/08/2013 at 3:27 PM
    • Reply

    Memg sporty sbb akupun pkai wlupn bkn r3 pnye..hahahhaha

    • ayien on 29/08/2013 at 3:29 PM
    • Reply

    Majulah MK utk tahun2 mendatang wlupun negara matahari trbit xkuakn raksasa ataupun godzilla yg hebat mcm dlu.

    • krol on 19/08/2014 at 10:36 AM
    • Reply

    tq ni info berguna untok handling

Leave a Reply to megat putra kuningCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.