Author's posts

Advertorial: Baucar Diskaun Wasiat AmanahRaya

Sekutu semua tentu ada terbaca dalam akhbar baru-baru ini yang melaporkan bahawa sejumlah RM42 billion nilai harta pusaka yang masih lagi terbeku dan membeku di negara kita. Nilai-nilai ini berbentuk sama ada wang tunai, saham, bangunan dan tak lupa juga tanah-tanah di kampung mahupun tanah yang tak berapa nak kampung [Kampung Baru]. Bukankah ada eloknya …

Continue reading

Petrol RON 97 Kini RM2.90 Seliter

Berita-berita di dalam media sekarang menyesakkan dada. Kes lucah, sumpah dan pengganas yang mendakwa kumpulan lain sebagai pengganas. Di dalam negara pula harga petrol RON 97 dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2.90 seliter. Petrol gred itu tidak disubsidi oleh kerajaan dan harganya ditentukan berdasarkan pasaran semasa. Mereka yang menggunakan kereta-kereta biasa tidak terjejas dengan kenaikan …

Continue reading

Teknologi SKYACTIV Mazda: Mesra Alam Tanpa Hibrid!

Dalam menghasilkan kenderaan mesra alam dan jimat bahan api, menjadi kegemaran pengeluar kereta global untuk menggunakan teknologi hibrid. Namun ada beberapa pengeluar yang lari daripada kebiasaan dan arus perdana dengan hanya menambah baik teknologi sedia ada. Antaranya ialah VW dengan teknologi BlueMotion, Daihatsu dengan teknologi PMfLFC dan Mazda melalui teknologi SKYACTIV. Mazda yang terkenal dengan …

Continue reading

Teknologi DIG-S Nissan

Anak-anak muda yang bermain kereta lewat tahun 90an dan awal 2000 pasti teringat akan populariti Nissan March SuperTurbo. Kereta kompak itu sebaris dengan Daihatsu Charade, Toyota Starlet dan Suzuki Swift GTi. Nissan March SuperTurbo dengan hanya dua pintu adalah paling sukar diperolehi atau bahasa glamornya ‘rare’, uniknya March terletak pada teknologi enjin yang mengabungkan pengecas …

Continue reading

Honda Tampil Dengan Kapcai Baru Yang Sporty

Kuala Lumpur, 28 April 2011 – Boon Siew Honda Sdn Bhd hari ini memperkenalkan motosikal baru, Honda Wave Dash yang terus menawan hati golongan pencinta motosikal yang mengutamakan prestasi termaju, keselesaan, keselamatan dan reka bentuk pada sebuah motosikal. Honda Wave Dash merupakan produk kedua dalam rangkaian model “All Mode Mighty Series”. Ia menambah tawaran produk …

Continue reading

Honda Jazz Wajah Baru

Honda Malaysia Sdn. Bhd. [HMSB] pada Rabu melancarkan Jazz wajah baru. Model baru itu didatangkan dengan gayaan sporty, keselamatan dan utiliti yang dipertingkatkan serta warna baru. Sejak pertama kali diperkenalkan pada 2001, Jazz telah banyak memenangi hati peminat di serata dunia dengan rekaan ikonik dan ruang yang luas, serbaguna serta hemat minyak yang menjangkaui tanggapan …

Continue reading

VW Beetle: Model Baru Yang Klasik

Baru-baru ini Volkswagen (VW) memperkenalkan kepada umum model terbaharu tetapi klasik dalam sejarah penubuhannya, Beetle. Kereta ‘kumbang’ ini begitu mayshur hinggakan apabila ditanya mereka yang tidak arif hal-ehwal kereta pun berkemungkinan tinggi akan mengenalinya. Salah satu faktor popularitinya ialah rekabentuk yang pelik dan hampir-hampir tidak berubah sejak dari mula diproduksi pada tahun 1938. Generasi terbaru …

Continue reading

Peningkatan Kualiti Kereta Proton Mengukuhkan Penerimaan Pengguna

SHAH ALAM, 22 APRIL 2011 – PROTON melancarkan Kempen Kualiti 2011 bagi menggalakkan seluruh kakitangannya agar terus melipatgandakan usaha untuk menambahbaik tahap kualiti dalam operasi dan perkhidmatan demi menghasilkan produk-produk yang berkualiti tinggi dan kompetitif samada di pasaran tempatan mahupun antarabangsa. Dengan tema ’Kualiti Berlandaskan Inovasi’ untuk tahun 2011, kempen yang merupakan acara tahunan PROTON …

Continue reading