Author's posts

BMW Group Malaysia jadi Rakan Automotif Rasmi Le Tour de Langkawi Malaysia 2017

BMW Group Malaysia dan Le Tour de Langkawi (LTdL) mengumumkan bahawa pengeluar kenderaan premium itu dilantik sebagai Rakan Automotif Rasmi perlumbaan Le Tour de Langkawi Malaysia bagi tahun 2017. Berucap pada majlis pengumuman tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif LTdL, Emir Abdul Jalal berkata, “Pertandingan Le Tour de Langkawi berada di kedudukan paling tinggi dalam kalendar perlumbaan …

Continue reading

SHELL BUAT LAWATAN KE GARAJ DUCATI DI SIC SERTA SESI BERTEMU JORGE LORENZO

Shell Advance baru-baru ini telah menjemput 200 tetamu istimewa untuk merasai pengalaman unik menjelang musim MotoGP™ 2017. Kumpulan tetamu bertuah ini terdiri daripada para mekanik yang telah membantu meletakkan Shell Advance sebagai jenama minyak enjin motosikal yang terkemuka di Malaysia, ahli Kelab Pemilik Desmo Malaysia dan media terpilih.

Pusat 3S KIA kini dibuka di Jalan, Pahang, Kuala Lumpur

Naza KIA 3S

Kepada mereka yang berminat dan pemilik kenderaan KIA, sebuah pusat Jualan, Servis dan Alat ganti (3S) kini dibuka di Jalan Pahang, Kuala Lumpur. Pusat 3S itu bersaiz 16,200 kaki persegi yang mampu mempamerkan empat buah kenderaan, empat ruang servis dengan kemampuan penyelenggaraan sebanyak 14 buah kenderaan sehari. Outlet tersebut terletak berdekatan bulatan Jalan Pahang, Kuala Lumpur.

(18 Foto) Galeri Gambar BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport

BMW 330e M Sport

BMW 118i M Sport dan BMW 330e M Sport dilengkapi pakej M Aerodynamics, Suspensi M Sport dan rim aloi ringan M bersaiz 18 inci memberikan kedua-dua jentera itu penampilan sporti dan berprestasi tinggi.

Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad kini di pasaran – RM 5.7K dan RM 6.0K

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda Wave Dash Fi Edisi Terhad dengan penampilan santai dan motosikal itu sudah pun berada dalam pasaran hari ini. Model Edisi Terhad itu adalah kesinambungan kepada sambutan menggalakkan yang diterima Honda EX5 Fi Edisi Terhad beberapa bulan lepas.

MForce Bike Holdings kini pengedar baharu Benelli – Perkenal super moped pada bulan April 2017!

Benelli, pengeluar motosikal berkuasa tinggi dari Itali mengumumkan syarikat tersebut dengan rasminya melantik Mforce Bike Holdings Sdn. Bhd. sebagai pengedar baharu untuk motosikal Benelli di Malaysia mulai 1 Februari 2017. Dengan perlantikan tersebut, Mforce Bike Holdings akan memasang, mengedar dan membekalkan perkhidmatan selepas jualan termasuk alat ganti bagi produk Benelli di pasaran Malaysia. Perkhidmatan sedia …

Continue reading

Pandu Uji Proton Perdana 2.0L – Ringkas itu anggun

Proton Perdana adalah model kemegahan (flagship) Proton. Ia mula diperkenalkan kepada umum pada tahun 1995 di mana model yang berasaskan Mitsubishi Eterna itu bersaing dalam segmen kereta eksekutif seperti Toyota Camry, Nissan Cefiro dan Honda Accord. Pada tahun 1998, model itu diberi rupa, enjin dan karakter pengendalian baharu dengan tambahan nama iaitu Perdana V6. Sejarah …

Continue reading

Isu inflator beg udara: Honda Malaysia panggil semula lebih 24 ribu kenderaan untuk gantian sebelah penumpang

Honda Malaysia mengumumkan panggilan semula 24,962 unit model kenderaan tahun 2012 untuk penggantian beg udara Takata bahagian penumpang sisi (sebelah pemandu). Model yang terlibat dalam panggilan semula ini ialah Accord, Jazz, Jazz Hybrid, City, Freed dan Insight yang kesemuanya model tahun 2012. Setakat ini tiada kecederaan atau kehilangan nyawa yang berlaku akibat kegagalan beg udara …

Continue reading