Author's posts

F1: Fairuz Fauzy Di Litar Barcelona!

Fairuz Fauzy berjaya menamatkan 76 pusingan pada hari pertama ujian Lotus T127 di litar Barcelona. Pada cuaca yang panas dan litar yang kering tim Lotus Racing berjaya mencapai kesemua objektif dan kini menunggu Jarno Trulli untuk ‘memulas’ stereng hari ini dan esok.

Continue reading

Kereta Konsep Bandar Proton!

Rumah desain Itali, Italdesign Giugiaro telah meriliskan imej terbaru kereta bandar konsep Proton. Model tersebut menggunakan chasis yang sama dengan kereta konsep sebelum ini cuma imejnya lebih ranggi dengan 2 pintu tanpa tiang B. Selain dari itu, turut disertakan adalah gambar dalaman kereta tersebut yang mana ruang kaki dikatakan setara dengan kereta segmen C, D …

Continue reading

MAM Kart Slalom & Autokhana Series 2009 Pusingan Akhir!

MAM Kart Slalom Series 2009 Rd 4 [27 Feb 2010] MAM Autokhana Series 2009 Rd 4 [28 Feb 2010] Pusingan Akhir, Kawasan Parkir Kereta, Giant Superstore, Tambun, Ipoh. MAM Autokhana Series 2009 Kejayaan penganjuran MAM Autokhana Series & MAM Kart Slalom Series 2009 dalam 3 pusingan sebelum ini di Ipoh telah membuktikan bahawa sukan autokhana …

Continue reading

Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!

Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Continue reading

Proton Untung RM 83 juta Suku Ketiga 09/10!

Proton Holdings Berhad mencatatkan keuntungan pra-cukai suku ketiga berakhir 31 Disember 2009 [Tahun Fiskal 09/10] berjumlah RM 83 juta. Berbanding suku sebelumnya, keuntungan susut 18% daripada RM 101 juta. Penurunan keuntungan adalah kerana penurunan jualan domestik dan kos promosi sebelum penghabisan tahun 2009. Untung kumulatif pra-cukai sehingga suku ketiga 2009/10 adalah RM 248 juta, 4 …

Continue reading

Lotus Elise 2011!

Masa mula-mula dapat siaran media dari Lotus mengenai model Elise 2011 saya agak pening juga nak fahamkan apa yang Lotus cuba nak beritahu. Sebabnya dia tulis Lotus Elise model 2011. Tak tahu dia nak beritahu model baru sepenuhnya atau model angkatmuka [facelift]. Berkali-kali juga saya baca emel dan akhir sekali saya tutup sahaja. Tak faham …

Continue reading

Giorgetto Giugiaro: Kita Sembang Sikit Pasal Dia!

Rasanya nama Giugiaro atau Italdesign sekarang ini lebih banyak disebut orang kita berbanding setengah tahun lalu. Semuanya gara-gara kereta konsep terbaru yang direka secara kerjasama dengan firma dari Itali tersebut. Bagi penggemar kereta buatan Eropah atau pengikut desain automotif nama Giugiaro adalah tidak asing bahkan beliau adalah lagenda yang masih hidup. Sepanjang kariernya, beliau telah …

Continue reading

Mazda MX-5 LE

Untuk makluman sekutu semua kereta 2 tempat duduk paling laku sekali atas muka bumi ialah Mazda MX-5. Dan untuk meraikan produksinya yang ke 20 tahun, Mazda memperkenalkan edisi terhad MX-5. Nama panjangnya ialah Mazda MX-5 20th Anniversary Limited Edition. Punyalah panjang kalau nak isi dalam geran silap-silap 2,3 baris baru cukup. Sejak tahun 1990, Mazda …

Continue reading