Author's posts

F1 2011: Lotus Racing Guna Enjin Renault!

Berita yang ditunggu-tunggu kini menjadi kenyataan, Lotus Racing menggantikan enjin Cosworth dengan Renault. Bernard Rey, Presiden Renault Sport mengumumkan semalam yang mereka akan membekalkan enjin kepada LR bermula musim 2011 ke atas dan ini adalah siri berita perkembangan positif selepas pengumuman kotak gear serta hidraulik Red Bull dan pembinaan terowong angin mereka sendiri. Nampaknya tiada …

Continue reading

Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010

Sekarang ini di Las Vegas sedang berlangsung SEMA, pameran peralatan kereta yang katanya nombor satu di Amerika. Senang cerita pameran kereta-kereta modifikasi dan paling menarik bukan sahaja disertai oleh penala tetapi juga oleh pembuat kereta. Toyota tidak ketinggalan kapal dengan mempamerkan model yang telah diubahsuai seperti Urban Cruiser, Yaris dan Prius.

Continue reading

Motor: Ducati Diavel dan Monster 1100EVO

Saya rasa peminat Ducati 1Malaysia memang goyang lutut tengok model terbaru Diavel. Dilengkapi pelbagai teknologi seperti ABS, Ducati Traction Control dengan kuasa enjin 162hp. Desain Diavel ini pelik, memang selari dengan gayaan Itali yang jauh dari kelaziman tetapi masih kekal cantik. Ini adalah kebolehan ‘ukiran’ yang tidak boleh ditiru oleh mana-mana pereka lain. Diavel mempunyai …

Continue reading

SsangYong Korando: Giugiaro Punya Rekaan!

Saya boleh jamin berita mengenai SsangYong memang jarang disiarkan dalam GT, bukan apa, sebabnya tidak ada bahan yang hendak disiarkan. Selain daripada Hyundai dan Kia, SsangYong adalah produk Korea dan khabar angin terbaru syarikat ini bakal dibeli Mahindra dari India. SsangYong boleh dikatakan sebagai syarikat automotif Korea yang tidak menjadi. Satu lagi ialah Daewoo yang …

Continue reading

SUPERGT Motegi 2010: Petronas Tom’s SC430 Juara!

Perlumbaan pusingan kelapan dan terakhir SUPER GT yang dilangsungkan pada 24 Ogos lepas di Litar Motegi dimenangi oleh kereta nombor 1 Petronas Tom’s SC430 yang dipandu oleh Juichi Wakisaka dan Andre Lotterer. Di tempat kedua ialah kereta nombor 18 Weider HSV-010 yang dipandu oleh Takashi Kogure dan Loic Duval manakala di tempat ketiga ialah sebuah …

Continue reading

Baii: Gua Dah Cuba Proton Inspira!

Sebelum dilancarkan secara rasmi pada 10hb November akan datang, Proton telah menjemput pihak media menguji pandu model Inspira dalam satu sesi khusus. Bertempat di Aman Rimba Janda Baik,  Bentong, Pahang. Sesi ini telah memberi peluang kepada pihak media untuk mencuba sendiri model yang dijangka menggantikan Waja. Sebenarnya, ia tidak menggantikan Waja. Proton mensasarkan sebagai segmen …

Continue reading

MRC Kenyir 2010: Lohitt Urs Juara!

Pasangan India-Malaysia, Lohitt Urs dan Manohar Menon yang memandu Mitsubishi Lancer menjuarai pusigan ketiga Kejohanan Rali Malaysia [MRC] di Tasik Kenyir semalam dengan masa total 1jam 39minit dan 40.0saat. Di tempat kedua pula Muhammad Rafiq Udhaya dan Sean Gregory dari MRU Motorsport yang memandu Subaru Impreza dengan masa 1jam 43minit 22.2saat. Menambahkan lagi kegembiraan MRU …

Continue reading

Hyundai ix20: Model Baru, Lagi.

Hyundai mengganas lagi kali ini dengan model ix20, memang serangan bertubi-tubi dari mereka dengan desain agresif dan paling menarik harga yang lebih murah dari kereta Jepun. Di UK ix20 dipasarkan dengan tiga varian; Classic, Active dan Style yang katanya dibangunkan mengikut citarasa tinggi pengguna di sana. Versi Classic dipasang standard ESP, ENAM beg udara, kerusi …

Continue reading