Author's posts

Vauxhall Corsa: Macam Biasa Tengok?

Dalam persaingan perniagaan ayat yang biasa kedengaran ialah kalau kita tidak boleh lawan pesaing, samakan atau ikut mereka [match or follow them] dan sebab itu banyak rupa kereta menyerupai satu sama lain. Perhatikan kereta kebangsaan kita, pada suatu masa saya tidak boleh menerima langsung rupa baru Proton Persona dan Saga, terlalu hendak menjadi VW, begitu …

Continue reading

Produk Rasmi GT: Pelekat GearTinggi.com [5]

Buat sekutu yang belum beli lagi pelekat GT kitaorang ada pegang stok lagi, tak banyak tinggal, ada dalam 10 set lagi. Dengar kata pelekat ini dah sampai ke Singapura pun ada, boleh tahan jauh. Sekutu yang berminat butirannya seperti di bawah dan belilah lebih sikit, dua tiga set ke, cepat habis, cepat kitaorang boleh pesan …

Continue reading

Honda CR-Z Mugen

Saya selalu teruja dengan kereta hibrid, bukan apa sebab ianya jimat minyak dan mesra alam sekitar. Yang penting kita dapat mengurangkan pembaziran dan turut tidak menyumbang ke arah kerosakan muka bumi. Baru-baru ini bila Baii maklumkan yang Honda akan membawa masuk Insight saya terus bertanya mengenai CR-Z dan Jazz Hibrid. Jawapannya negatif, keputusan Honda bergantung …

Continue reading

Ducati dan AMG Saling Berkerjasama

Ducati dan AMG akan berkerjasama dengan lebih erat lagi pada masa hadapan. Tujuan utama hubungan ini ialah untuk membina aktiviti pemasaran bersama. Langkah pertama ialah AMG akan menjadi kereta rasmi pasukan MotoGP Ducati bermula tahun 2011 dan ini bermakna pelumba baru Ducati iaitu Valentino Rossi akan dibawa ke sana-sini dengan Merc talaan AMG.

Continue reading

Minggu Lotus: Elise 2015

Lotus Elise adalah model yang sangat ikonik, bila bercakap tentang Lotus pastinya model ini yang akan muncul dalam fikiran. Elise tidak mesra pemandu dan penumpang, pergerakan keluar masuk sukar dan kalau yang tidak biasa pasti menyumpah. Dan ciri-ciri tersebut akan digantikan pada versi baru yang lebih mesra penumpang di samping mengekalkan sifat utama Elise sebagai …

Continue reading

Subaru Impreza Design Concept

Subaru yang sahamnya kini dimiliki Toyota telah memperkenalkan Impreza Design Concept dengan desain dan strategi penjenamaan baru Confidence in Motion pada Pameran Kereta Los Angeles baru-baru ini. Para pereka mengabungkan dua idea untuk model ini iaitu ‘dynamic flow dan ‘confident stance’ di samping mengekalkan trademark Subaru iaitu Symmetrical AWD, keselamatan, keseronokan dan kualiti. Impreza Design …

Continue reading

Minggu Lotus: Eterne 2015

Pernah dengar Lotus Carlton? Kereta ini dilancarkan pada tahun 1989 dengan enjin turbo berkembar berkuasa 377bhp, sangat kuat dan menariknya ialah Carlton adalah kereta sedan empat pintu. Ini menunjukkan Lotus pernah mengeluarkan kereta penumpang dan tidak mustahil untuk mereka mengeluarkannya lagi.

Continue reading

Proton: Beli Renault F1 & Kerjasama Strategik?

Terdapat khabar-khabar menarik mengenai Proton sepanjang minggu ini antaranya: 1. Pembelian Saham Renault F1 Dengar kata perjanjian pembelian akan dimuktamadkan sedikit masa lagi. Proton akan membeli saham dalam pasukan F1 Renault dan akan pam duit sebanyak RM100 juta setahun untuk tempoh lima tahun. Bukan untuk Proton tetapi Lotus dengan nama baru pasukan akan dikenali sebagai …

Continue reading