Author's posts

VW Golf24 Untuk Nurburgring

VW  akan kembali bersaing di dalam perlumbaan siang dan malam [24 jam] Nurburgring dengan kereta serba baharu, Golf24. Dilengkapi 4WD dan berkuasa 440ps, Golf24 telah menjalani ujian awalan sebelum perlumbaan sebenar pada 23 hingga 26 Jun akan datang. Golf 24 dikuasakan oleh enjin 2.5 liter lima silinder turbo berkuasa 440ps dan tork maksimum 540 Nm. …

Continue reading

Honda Civic [UK] Limited Edition

Penampilan kereta lumba dan digabungkan dengan peralatan interior spesifikasi tinggi, inilah dia Civic Ti, model edisi terhad Honda. Model terhad ini diasaskan daripada dua varian iaitu 1.4 dan 1.8 i-VTEC SE. Civic 5 pintu ini diinspirasikan daripada kereta lumba Honda dalam British Touring Car dan didatangkan dengan roda 17 inci Pro Race daripada Team Dynamics …

Continue reading

Etherea, Kereta Konsep Kompak Mewah Infinity

Etherea – nama yang diberi untuk kereta konsep Infiniti terbaru. Kereta ini berada di dalam segmen kompak mewah yang juga membayangkan rekaan kereta entry-level Infiniti masa depan. Direka dibawah seliaan Timbalan Presiden Kanan Rekabentuk, Shiro Nakamura, Etherea adalah kereta dengan elemen coupe, sedan, hac dan juga crossover. Walaupun kompak tetapi ruangnya efisyen dan praktikal yang …

Continue reading

VW Tiguan Wajah Baharu

Sebuah lagi model yang patut VW pertimbang untuk dipasang di Pekan ialah Tiguan. Di dalam segmen SUV sederhana tempatan Honda CR-V sudah lama bermaharajalela tanpa saingan sengit daripada pembuat lain. Tentangan yang ada hanya suam-suam kuku sama ada daripada Nissan X-Trail, Hyundai Tucson atau Kia Sportage. Setelah beberapa tahun dipasaran VW kini memberi rupa baharu …

Continue reading

Suzuki Swift S-Concept

Suzuki Swift Sport adalah kereta yang dipuji tinggi oleh media, pemanduan dan pengendalian terbaik dengan kuasa enjin yang bagus. Apabila Suzuki mengumumkan model gantian Swift yang menarik perhatian saya ialah bukan model biasa tetapi model gantian Swift Sport. Pada Mac nanti Suzuki akan mempertontonkan kepada umum Swift S-Concept yang saya jangka model terbaharu Swift Sport. Konsep …

Continue reading

Mazda MX-5 Miata Special Edition

Sempena produksi MX-5 Miata sebanyak 900 ribu unit Mazda Amerika Utara mengeluarkan MX-5 Miata Special Edition dengan unit terhad 750 unit. Menjadikan MX-5 ini istimewa ialah interior dengan kulit pintu berwarna kelabu, kerusi sulaman kelabu dengan fungsi pemanas, stereng dan brek tangan dibalut kulit berwarna hitam, corong penyaman udara dan kluster instrumen berwarna krom dan …

Continue reading

BIASISWA PROTON UNTUK 13 PELAJAR MELANJUTKAN PENGAJIAN IJAZAH

SHAH ALAM, 11 Februari 2011 – 13 orang pelajar hari ini menerima biasiswa daripada syarikat pengeluar kereta nasional PROTON untuk melanjutkan pelajaran dalam jurusan kejuruteraan, perakaunan dan teknologi maklumat di beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang terpilih di seluruh negara. Penyampaian biasiswa tersebut telah disempurnakan oleh Penasihat PROTON, YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamad …

Continue reading

LFA: Lexus Paling Eksklusif

Lexus yang paling eksklusif dibina iaitu LFA akan lebih rare dengan varian Nurburgring Package yang akan membuat penampilan umum pertama di Geneva pada Mac ini. Kereta yang difokuskan pada trek ini lebih ekstra kuasanya iaitu 10 bhp lebih daripada enjin V8 552 bhp LFA normal. Perbezaan lain ialah pada bahagian aerodinamik dan transmisi 6 kelajuan …

Continue reading