Author's posts

Proton Cars [UK] Potong Harga Satria Neo

Bermula 28 Februari 2011, Proton Cars [UK] memotong harga Proton Satria Neo sebanyak GBP 1,700. Satria Neo versi UK didatangkan standard dengan roda aloi 16 inci [model GSX], tingkap kuasa, sensor undur, dan spoiler bumbung. Ciri keselamatan standard pula terdiri dari ABS, EBD dan dua beg udara. Model Previous price New price Satria Neo1.6 GSX …

Continue reading

Smart Fortwo Nightorange Edition

Trend kereta sekarang ini boleh dikatakan berwarna terang-benderang. Kereta warna lembut dikombinasikan dengan rim warna kontra seperti oren betik atau hijau daun pisang. Walaupun trend ini diikuti oleh kaki kereta nampaknya pengeluar seperti Smart tidak mahu tertinggal kapal dengan memperkenalkan edisi terhad Smart Fortwo Nightorange Edition. Interior Smart ini turut tidak kalah dengan luaran yang …

Continue reading

Nissan Tangguh Pengeluaran di Jepun

Nissan menangguhkan buat sementara waktu kesemua operasi kilang produksinya di Jepun sehingga 16 Mac 2011. Keputusan selanjutnya akan dibuat selepas Nissan selesai mentaksirkan kerugian pada kilang dan vendor mereka. Sementara itu, Nissan tempatan tidak terjejas kerana mereka mempunyai inventori kenderaan CKD dan CBU. Nissan Motor Co., Ltd akan mendermakan sebanyak 30 juta yen [RM1.11 juta] …

Continue reading

Swift S Concept: Awak ni Suzuki Swift Sport ke?

Suzuki Swift adalah lembu perahan [cash cow] untuk DRB Hicom, di dalam barisan produk Suzuki memang tidak boleh dinafikan yang model ini paling laris. Golongan muda dan berjiwa muda sukakan Swift sama ada untuk berulang alik ke tempat kerja, kolej atau universiti dan bersiar-siar dalam bandar. Selain dari Swift biasa, DRB turut membawa masuk model …

Continue reading

Video: Ujian Pra Musim Proton Satria Neo S2000 di San Remo

httpv://www.youtube.com/watch?v=fgihGiCsPJ4&feature=player_embedded Gua ni memang dah rindu dengan bunyi kereta rali. Haih. Video di atas ialah Giandomenico Basso, juara musim pertama IRC. Proton panggil dia untuk ujian di San Remo sebagai persedian rali musim 2011. Basso adalah juara musim pertama IRC. -Mak/d Uia-

Proton Tandatangani MoU Dengan Nissan

Pada 2 Mac lepas Proton mengumumkan mereka telah menandatangani Memorandum Persefahaman [MoU] dengan Nissan bagi mengkaji peluang-peluang baharu dalan mengukuhkan kebersaingan bersama dalam pasaran global. Berdasarkan kajian ini yang akan mengambil masa selama 3 bulan, kenderaan generasi baharu Proton akan menggunakan teknologi dan kepakaran pembuatan terpilih Nissan. “Kerjasama ini akan mengurangkan masa pembangunan produk baharu …

Continue reading

Proton R3 Satria Neo – Pandu Uji Singkat

Tengah hari semalam dalam cuaca mendung saya ke kilang Proton Shah Alam untuk pandu uji Proton R3 Satria Neo. Ikutkan skru GT boleh tahan sibuk tetapi memandangkan ramai yang teruja dan hits carian R3 Satria Neo tinggi tak sampai hati rasanya nak lepaskan kereta ini, tambahan pula kereta hac memang sentiasa di hati. Baru-baru ini …

Continue reading

Toyota Prius+: Wish Hibrid

Diikutkan Toyota Wish bukanlah MPV bersaiz penuh sebab kerusi barisan ketiga boleh tahan sempit. MPV ada 2 kategori, bersaiz penuh atau sederhana. Saiz penuh ialah konfigurasi kerusi selesa untuk 7 atau 8 penumpang, MPV sederhana pula jenis kerusi 5 + 2, maknanya selesa untuk 5 penumpang dan azab untuk penumpang barisan ketiga. Kalau kanak-kanak macam …

Continue reading