Peugeot 308 GT 200 Bhp!

Peugeot 308 GT 200.004

Antara kereta Conti yang saya selalu perhatikan ialah Peugeot. Walaupun ada macam-macam cerita negatif yang saya dengar tetapi itu tidak bermakna saya terus tak berminat, kereta Conti ada sesuatu yang mungkin kereta Asia tiada. Memang harga alat ganti lebih mahal dan alat ganti susah nak cari berbanding buatan Asia tetapi kalau ramai mekanik yang arif dan barang-barang dilambakkan pastinya persepsi terhadap kereta Conti akan berubah.

Peugeot 308 pada mulanya bukanlah saya suka sangat tetapi bila pertama kali duduk dalam kereta ini dan dengan bumbung panorama, enjin turbo, ruang dalaman yang luas dan harga yang agak ok saya rasa kereta ini patut dipertimbangkan kalau ada yang berkira-kira hendak membeli Honda Civic, Altis, Lancer dan lain-lain.

Peugeot 308 GT 200.003

Terbaru sekali sempena meraikan 200 tahun, Peugeot memperkenalkan Peugeot 308 versi 200 bhp. Dikuasakan enjin turbo 200 bhp THP petrol yang dipadankan dengan kotak gear enam kelajuan, pakej sama seperti model RCZ, kereta ini mempunyai prestasi yang bagus dengan emisi rendah. Dan sememangnya trend sekarang ini pembuat memasang enjin kapasiti rendah dengan pengecas turbo. Pembeli membayar harga rendah untuk lebih kuasa dan nilai membuatkan saya tak sabar hendak menguji enjin Phoenix Proton.

Peugeot 308 GT 200.005

Pada bahagian luaran model ini menampilkan imej sporty yang membezakannya dengan 308 biasa seperti paip ekzos berkembar, spoiler bumbung, diffuser bumper belakang, panel depan dari 308 CC dan lencana GT pada sisi dan belakang kereta. Bahagian dalamannya pula menampilkan kerusi baru, pedal alumunium, stereng bersalut kulit dengan perincian aluminium dan panel hitam kilat.

Dari segi keselamatan pula kereta Conti memang juara, antara kelengkapan standard model ini ialah ABS, EBFD, EBA dan 6 beg udara pintar. Ada 5 warna yang ditawarkan iaitu Bianca White, Nera Black, Aluminium, Shark Grey, Ipanama Blue dan Babylon Red dan kesemua warna ini dipadankan dengan interior separa kulit Payerne. Pembeli di UK pada bulan ini juga dihadiahkan telefon Nokia 5230.

Peugeot 308 GT 200.001

Kereta ini memang patut diberi perhatian serius. Dan untuk pengetahuan sekutu baru-baru ini baru saya dapat tahu kenapa Toyota Yaris mahal sangat di tempat kita.

Jawapannya ialah Yaris dibina mengikut pasaran Eropah. Spesifikasi kedua benua tidak sama, bermakna kereta spesifikasi Eropah lebih mahal untuk dibina.

Sumber & Foto: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

13 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 15/07/2010 at 8:03 AM
    • Reply

    sepot tuh…..

    • C27 on 15/07/2010 at 8:19 AM
    • Reply

    semenjak diambil alih oleh Naza, barulah bernyawa kembali kereta berlogo singa ni

  1. brape rege kete ni mak?….

  2. berapa CC ni

  3. Sepat…gua rase CC dier lebih skit drpd MYviTec lu jer kot…maybe 1.6..1.8..2.0..

  4. kalau 1.6 utk 200BHP .. wow.. sudah cukup bagus.. kalau rega sekitar rm110K aaa .. worth to buy

  5. CZ

    myvi gua 1.3 ajer laaa.. mana nak sama si kucing belang!

    • h369 on 15/07/2010 at 11:28 AM
    • Reply

    kalo si hidung belang sama tak??? hahahahaha……….

    1. Ala u ni semua, main pantun, i suka taw, i bg ok, u beli taw, stripe zebra putih atas hitam ke hitam atas putih

      ok..jwb taw hadiah dia i bg rim myvitec ok

      babai.

    • azwan nbs on 15/07/2010 at 4:59 PM
    • Reply

    interior tak menahan….

    • belalang_kontot on 15/07/2010 at 11:02 PM
    • Reply

    ape yg lu ngarot ni matpon….

  6. Sepat…gua pun 1.3 gak…tapi lu ade Vtec kat blkg ..keih..kih..

  7. mmg style kete ni…….heh

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.