Trak yang penuh dengan besi ini ialah Ocelot, dibangunkan oleh Force Protection Europe dan Ricardo untuk Kementerian Pertahanan UK [MoD]. Trak ini boleh digunakan untuk bersiar-siar sambil meronda dalam pekan untuk membuat tinjauan masa peperangan. Memandangkan sekarang ini lokasi perang banyak berlaku dalam bandar jadinya trak macam ini lebih bersesuaian.
Ocelot telahpun menjalani ujian letupan, balistik, dan pengemudian sejak tahun lepas lagi. Menggunakan desain modular, trak ini boleh diubah dalam masa 2 jam untuk pelbagai fungsi seperti rondaan, sokongan tembakan dan perlindungan logistik.
Paling bagus, Ocelot tetap boleh bergerak walaupun satu tayar hilang.
Foto: Newspress
-Mak Uia-
ps: Kena pulak entri ini dengan musim komando lawan publik.
11 comments
Skip to comment form
trak nielah kalo masok bando buat propaganda
trak neh dah mcm kete kebal…neh bkan nak pegi ronda neh tros g perang pon boleh dah…huhuhu
Kalo ilang empat2 tayar leh jalan lagi tak?
klu ilang 1 stereng bleh jln lg tak?huhu…
gua terasa keilangan sesuatu
BODYKIT ADA JUAL KA? TARUK KAT KEMBARA GUA GEMPAK JUGAK NI..
bodykit tak ada jo, jambu batu banyak jual sekrg ni..ni ni ni ni
Matpon, sunroof mcm tu kedai mne ade jual? aku nk taruk kt avanza bapak aku.
OCELOT? lebih kurang OPOCOT je bunyinye…
omputih bunyi dia mmg camtu…
nama mcm nama character dlm metal gear solid je