Ferrari Cakap Jepun.

59583fer-

Percaya atau tidak saya pernah menghantar emel kepada Datuk Syed Zainal mencadangkan supaya laman web Proton dibuat dalam dwi bahasa. Sekarang ini laman web tersebut sepenuhnya dalam bahasa Inggeris. Kebanyakan laman web automotif antarabangsa yang bukan berasal dari negara Inggeris mempunyai 2 versi iaitu dalam bahasa ibunda dan juga Inggeris. Bukalah laman web Peugeot, Toyota, Honda dan lain-lain saya yakin anda dapat sahkan benar atau tidak kenyataan saya ini.

Saya yakin DSZ tidak menerima emel saya kerana alamatnya diperolehi dari Encik Google dan bukan dari sumber sah.

Pada 21 Januari, Ferrari secara rasminya melancarkan versi bahasa Jepun di laman web sediada mereka, Ferrari.com. Versi bahasa Jepun tersebut merupakan tambahan kepada bahasa Inggeris dan ITALI. Tujuan kemudahan terbaru tersebut adalah supaya Ferrari lebih dekat dengan peminat dan bakal pelanggannya. Ferrari di Jepun memang kuat dengan kehadiran sulung sejak 1965 lagi. Mereka ada 5 pengedar iaitu di Tokyo, Nagoya, Osaka, Hiroshima dan Fukuoka dan satu lagi yang bakal dibuka pada tahun ini. Kelab Pemilik Ferrari Jepun pula ada 600 keahlian. Satu lagi perkara yang menarik adalah Ferrari kini sedang membangunkan versi bahasa Cina pula.

Akhir sekali untuk pengetahuan sekutu, bukan Proton sahaja yang tiada laman web versi BM tetapi semua laman web pembuat/pemasang/pengedar automotif tempatan memang tiada versi BM!

Yeahhh…1Malaysia!

Sumber: Newspress/Ferrari

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

23 comments

Skip to comment form

    • kete_hitam on 24/01/2010 at 12:07 AM
    • Reply

    chokia sgt ke nahasa melayu nih hah…..
    damm proton.

    • smut liar on 24/01/2010 at 12:27 AM
    • Reply

    apa la yg pak menteri wat kat m,sia ni..
    isu mcm ni pun wat tak tau jee…
    nasib mat UIA jenis peka..
    wa tabik sama lu MAT..

    • carragher27 on 24/01/2010 at 7:41 AM
    • Reply

    apa nak heran..kat Putrajaya tu pun banyak guna istilah omputeh..

    • pelug on 24/01/2010 at 11:23 AM
    • Reply

    1malaysia…erkk

    • pendita_gila on 24/01/2010 at 1:08 PM
    • Reply

    wat r u all taking about…..dam…..

    • belalang_kontot on 24/01/2010 at 2:10 PM
    • Reply

    bahasa jiwa bangsa…
    patutla kite slalu kne kutuk dek org luar…
    bahase sendiri pon dianak tirikan…
    1malaysia…yeah!!!

    • ala lingkup on 24/01/2010 at 4:16 PM
    • Reply

    apa benda awak cakap ni ….empangan……..(alih bahasa untuk teks dari pendita_gila)

    • Han on 24/01/2010 at 4:29 PM
    • Reply

    1malaysia pala dia..
    bahasa sendiri pon malu nak guna..

    • on 24/01/2010 at 6:10 PM
    • Reply

    Achtung! Das isk perfect. I came from New Zealand can talk Kiwi and also play All Blacks. I also can dance Haka. All of you want see me?

    • eteng on 24/01/2010 at 6:12 PM
    • Reply

    lawak laaa!

    • Joule on 24/01/2010 at 7:58 PM
    • Reply

    Apa la matpon..

  1. hoh….nippon…!

    • slimershine on 24/01/2010 at 11:47 PM
    • Reply

    ada jugak orang japan beli ferrari ye.. ingat kan T,H,N dah cukup bagus..

    • on 25/01/2010 at 12:01 AM
    • Reply

    kalau ferrari buat bahasa melayu lagi la malu…apada…

    • 6posen on 25/01/2010 at 10:53 AM
    • Reply

    argghhh…..ckp kt paper nk nek kan bhse melayu, tp yg kt atas berebut nk speking….. parking sheet a…

    • Nabila on 25/01/2010 at 1:19 PM
    • Reply

    cam drama melayu la nak campur aduk inggeris… sengal je pelakon2 skang…

    • gunners on 25/01/2010 at 11:36 PM
    • Reply

    orang-orang ‘pandai’ mane pakai bahasa melayu… untuk puak-puak ni,hanya bahasa inggeris sahaja yang digunapakai… sebab bahasa inggeris kan bahasa antarabangsa… haiii… apalah nasib bahasa melayu…

    • azliskacinta on 27/01/2010 at 1:20 PM
    • Reply

    MELAYU…

    • pon2 on 29/01/2010 at 9:07 PM
    • Reply

    wat je bhs pasar senang citer..

    • shafiqalias on 31/01/2010 at 10:40 PM
    • Reply

    tu la psl. Produk tempatan sndri xmau angkat BAHASA MELAYU.cmnner?
    SPEAKING bru ade STANDARD kut.
    huhu

    • odie on 23/02/2010 at 1:32 AM
    • Reply

    koya pandai org putih…. bahasa melayu lg bez…

    • apis on 19/05/2010 at 2:18 PM
    • Reply

    camne org kite nk beli brg buatan malaysia, tp bahasa kite….??
    pikir`h sndri…

    • ayam on 18/09/2010 at 3:57 PM
    • Reply

    nk kene proton ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.