Jenama Mazda di negara kita masih tidak berapa popular. Jika ditanya bakal pembeli kereta, entah tersenarai atau tidak jenama itu di dalam senarai pendek mereka. Padahal Mazda mempunyai produk untuk hampir semua segmen dan produk mereka jauh sekali daripada teruk dan layak untuk dikategorikan sebagai cemerlang. Mazda2 misalnya pernah memenangi anugerah World Car of the Year 2008. Mazda6, Mazda5 dan Mazda3 pula mempunyai rekabentuk yang tersendiri berbanding pesaing di dalam segmennya. Mungkin jika dikira dari segi harga, produk Mazda lebih mahal berbanding jenama Jepun lain tetapi harus tahu kesemua produknya kecuali Mazda3 (CKD) dan Mazda2 (Thailand) diimport dari Jepun sepenuhnya. Bahkan ada dilaporkan bahawa Mazda hanya mempunyai satu standard sahaja di dalam pengilangan produk di mana kesemuanya mengikut standard Jepun. Selain daripada itu, boleh jadi Mazda kurang popular di pasaran tempatan adalah kerana promosi yang tidak berapa kuat seterusnya menyingkirkan terus daripada senarai pendek bakal pembeli kereta.
Namun senario seperti itu dijangka bakal berubah dengan pengenalan model CX-5 di pasaran tempatan. Ini kerana Mazda CX-5 2.0 liter FWD menawarkan penggunaan minyak hanya 6 liter untuk 100km perjalanan (Kitaran gabungan EU). Jika dikira secara rambang model itu hanya memerlukan RM12 untuk berulang-alik dari Ampang ke Bandar Baru Nilai. Jika fakta itu betul, Bermaz selaku pengedar Mazda hanya memerlukan sedikit sahaja usaha untuk memperkenalkan CX-5 kepada umum dan selebihnya pasti akan dihebahkan dari mulut ke mulut. Barang baik pasti orang cari. Di tanah kelahiran CX-5 itu sendiri di Jepun, tempahan yang diterima untuk bulan pertama adalah sebanyak lapan ribu unit iaitu lapan kali ganda yang disasarkan Mazda. Di United Kingdom pula sasarannya adalah sebanyak empat ribu unit untuk tahun pertama jualan. Apa yang menjadi tarikan sangat kepada CX-5 ini ialah teknologi SKYACTIV dan bahasa rekabentuk baharu iaitu KODO Soul of Motion Design.
“Kenderaan pertama Mazda dengan teknologi inovatif SKYACTIV ini bakal mengubah segmen SUV kompak di Britain,” kata Peter Allibon, Pengarah Jualan Mazda UK. “Teknologi SKYACTIV mempunyai pembahagiannya sendiri pada setiap elemen kereta membolehkan Mazda menghasilkan SUV kompak yang menerajui kelas emisi dan penggunaan minyak. Kesemua itu ditawarkan tanpa mengorbankan ciri pemanduan dinamik atau harga, tidak seperti jenama lain yang dengan label eco (ekologi) atau kenderaan hibrid dan elektrik,” tambah Allibon.
Teknologi SKYACTIV tertumpu kepada tiga bahagian utama iaitu teknologi casis yang ringan, enjin dengan nisbah mampatan tinggi dan transmisi enam kelajuan manual dan automatik yang efisyen. Di UK, CX-5 bakal ditawarkan dengan tiga varian kuasa enjin iaitu 2.0 liter SKYACTIV-G petrol 165ps, 2.2 liter SKYACTIV-D turbo disel berkuasa 150ps atau 175ps. Opsyen transmisi yang ditawarkan pula ialah enam kelajuan manual SKYACTIV-MT dan SKYACTIV automatik. Kedua-dua transmisi itu direka dan dibangunkan dari awal untuk memaksimumkan potensi enjin SKYACTIV-D dan SKYACTIV-G.
Transmisi SKYACTIV-Drive automatik menggabungkan ciri-ciri transmisi automatik konvensional, continuously variable transmissions (CVT) dan transmisi klac berkembar di dalam pakej yang kompak dan ringan dengan hasilnya penggunaan minyak lebih efisyen, rasa gear yang lebih ‘engage’ serta pertukaran gear yang lancar dan cepat. Transmisi SKYACTIV-MT pula direkabentuk supaya pemandu merasa setiap pertukaran gear lebih kemas seperti yang dirasai oleh pemandu model sporty iaitu MX-5. Kotak gear enam kelajuan itu dibina dengan teliti dan inovatif supaya pergerakan alat dalaman dikurangkan secara signifikan seterusnya menyumbang kepada pengurangan berat keseluruhan kepada 3kg dan satu peratus di dalam penggunaan minyak. Harus juga diketahui bahawa setiap Mazda CX-5 didatangkan dengan Smart City Brake Support (SCBS) yang mana jika kenderaan bergerak di dalam kelajuan rendah, brek akan diaktifkan secara automatik dan kuasa enjin dikurangkan jika sistem mengesan kereta akan berlanggar dengan objek di hadapan. Di dalam bahasa mudah, kereta akan berhenti sendiri jika hendak terlibat di dalam kemalangan!.
Suka juga untuk saya kongsi, Mazda CX-5 akan dilancarkan di dalam minggu ini (Syuk sedang pandu uji) dan untuk pasaran Malaysia model yang ditawarkan ialah SKYACTIV-G petrol versi AWD dan FWD. Harganya pula bermula dari RM159 ribu dan diimport sepenuhnya dari Jepun. Mungkin tinggi, tetapi ini adalah teknologi baharu dan justifikasi lain sudah saya terangkan di awal perenggan tadi. Untuk mereka yang skeptikal dengan teknologi hibrid, teknologi SKYACTIV adalah solusinya! Zoom-zoom Mazda!
Newspress
-Md Uia-
10 comments
Skip to comment form
kenapa mazda tak berapa menarik perhatian sangat utk msian consumer?
meh gua jawab.. ini semua salah Bermaz.. diroang ni reti tak niaga.. eloknya bagi Sime aje import masuk mazda dan promo gila2.. cuba tgk ada tak iklan mazda kat tv mcm honda toyota nissan buat.. ?? yillek..
sebetulnya cx-5 ni adalah new generation suv.. penanda aras teknologi baru semacam hybrid.. gua dah tgk pamphlet cx5 mmg ciri2 sporty suv dia no 1 kat msia ni.. siapa beli pasti tak nyesal.. dan jgn risau pasal re-sale value.. harga mazda skrg tak macam dulu .. kita mesti pecah monopoli honda and toyota.. tapi itulaa gua harap bermaz ni kasi proaktif sikit.. honda 3s kalau servis ada proper waiting room tapi mazda 3s kat guthrie tu punya kedekut kerusi.. servis slow.. gua komplen ni sebab gu abengang tau kawan gua nak alignment tayar dia dkt 3 jam.. sib baik dia ni beriman orangnya kalau tak habis kena tembak branch manager tu..
apa pun vote for cx5 ..pada sesiapa yang minat cx7 and cx9..ini alternatif terbaik utk anda.. berkuasa pada kelasnya ..hensem pada rupanya ..mcm saya
sekian! -i lovey myviteki-
err.. gua baru perasan… gua cakap macam salesman Mazda jepun lak kehkehkeh
Gua risau sepat menyesal je sebab tak tunggu lama sikit nak order CX-5 ni
Gua x nyesal, cukuplah bersederhana …ngehngehnbeh
Ya cm punk
Lousy bermaz, taulaa vincent tan byk business lain kali x minat niaga kereta serahkan la AP mazda kepada yg minat. Selama ni gua di input mazda x laku sebab kualiti x se cun T dan H tp setelah melihat sendiri kat showroom, oh my goodness… This is the brand msian should buy, drive and race. One thing shit is abt the price but who cares, it’s CBU and JDM all rounder so i dont waste my time swapping bodikit until my skin melekit kehkehkeh
My point is buy car because of the quality and looks not thinkof resale value and decide to buy which will benefit back ur investment..hello.. U think T and H would remain same as the 1st day you buy it? U might get unlucky coz nowadays it’s not handcrafted but more robotics build so dont expect it will stay handsome and youngster like me in 7 years coming ok
Dont get me wrong i drove mira but talk shitty thing that i dont own at all. My brain keeps telling me, preach this msian to be more open to the industry …see things as new challenge dont afraid to try coz you wont regret
I rest my speech
Sepat
Republican candidate for next PRU – vote me for the future of our nation…
gua cuba memahami ape lu org sembang,…..
sesungguhnya naik moto lagi jimat n boleh cilok2
giler kentang RM12 100km!!!!
waje gua pun dekat RM17 sumthing untuk 100km!!!
seb baik mahal..
kalo tak dah beli…
huhu…..
salam…serius ke cx-5 ni jimat petrol? design not bad. aku rasa teruja je ni…igt kalo loan lps, nak proceed je
Thx bro2 yang mengagumi cx 5 ni. Saya alhamdullilah mengorder cx 5 kaler merah (bini pilih)dunhill tu. dalam dia mmg spacious and its cockpit the most ergonomics one. U have very nice informative blog. Good luck.
hai..bro2 klau minat nk tgok dri dkt..meh la dtg kt showrrom ttdi dmnsara ni..dkt jer tmn tun tu..tgok dn feel sndiri..bru best..klau msuk book ..nak dpt kete cx5 tu tggu la dlm 4-5 bulan..sbb stok dh habis bro..demand tggi sgt..chinese suke giler kete ni..waiting list skrg dh msuk dkt 2 ribu org tggu..ni memg tgh top!! klau tk caya tyelah mana2 dealer mazda..hii..klau nak info..rebate/freegift bole nego….pm la..