APRC New Caledonia 2011: Proton Mendominasi Podium

APRC New Caledonia 2011.04

Proton mencatat kejayaan ulangan seperti di Malaysia apabila berjaya menduduki podium tempat pertama dan ketiga keseluruhan Rally De Nouvelle Caledonie yang berlangsung pada 17 hingga 19 Jun lepas. Kemenangan ini adalah yang kedua setakat tiga pusingan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC].

Mencatat kemenangan kedua selepas memenangi pusingan pembukaan APRC di Malaysia pada April lepas, Chris Atkinson dan pemandu arah Stephane Prevot dengan Satria Neo S2000 menamatkan perlumbaan tiga hari itu di hadapan Rifat Sungkar yang memandu untuk Pertamina Cusco Racing dengan jentera Mitsubishi Lancer Evolution X. Seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae melengkapi dominasi podium Proton dengan menduduki tempat ketiga.

APRC New Caledonia 2011.02

Kemenangan di New Caledonia melonjakkan Atkinson di tangga teratas kategori pemandu APRC dengan 58 mata, hanya 2 mata di hadapan rakan sepasukan, McRae. Turut terkena tempias ialah kedua-dua orang pemandu arah Proton dengan Stephane Prevot dan Billy Hayes masing-masing di tempat pertama dan kedua kategori pemandu arah. Proton turut mendominasi kategori APRC Teams Trophy dengan 128 mata apabila pasukan MRF gagal untuk menamatkan perlumbaan.

APRC New Caledonia 2011.01

Proton juga turut mendapat bonus apabila Karamjit Singh memenangi kategori 2WD dengan kereta Satria Neo 1600cc. Karamjit pada perlumbaan itu menduduki tempat ke-9 keseluruhan.

Silakan kongsi:

6 comments

Skip to comment form

    • jabroni on 27/06/2011 at 8:46 AM
    • Reply

    Tahniah Proton… baru semalam gua berjumpa dan bersembang dgn Dato’ Syed Zainal… Cool!

    • fairi on 27/06/2011 at 10:17 AM
    • Reply

    wow~ tahniah.. siap ada masuk top gear lagi kereta ni…

  1. Syabas Proton

    • belalang_kontot on 29/06/2011 at 9:07 AM
    • Reply

    tahniah lagi dari gua…terasa bangga lak gua ngan proton…tak sia-sia pelaburan besar untuk develop satria nyiur ni..

  2. prestasi satria neo mmg tidak boleh dipertikaikan lagi.well done neo…

    • vtec standard on 01/09/2011 at 10:43 AM
    • Reply

    body je satria neo ni.. dalam tu smua mitsubishi pnya part.. perestasi mitsubishi mmg x boleh di pertikaikan lg..hee

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.