Cygnet adalah kereta mewah bandar dengan pakej kompak dan emisi rendah, kedua ciri ini dipersembahkan melalui skil dan seni pembuatan Aston Martin yang teliti dan boleh dilihat melalui interior yang bermutu tinggi.
Untuk meraikan penjualannya di UK, Aston Martin memperkenalkan Cygnet White dan Black, kedua model istimewa ini didatangkan sama ada dengan transmisi manual atau CVT dan hanya ditawarkan tempoh terhad.
Luaran Cygnet White dilayangkan warna Snow White dengan campuran warna perak serta roda aluminium berwarna White Diamond. Interiornya pula dilengkapi kerusi kulit jahitan tangan berwarna Pearl White dengan sulaman Alcantra serta satin chrome. Melengkapi hasil kerja yang terperinci ialah logo sayap Aston Martin berwarna putih sedondon dengan warna badan kereta.
Cygnet Black pula disudahi warna metalik Magic Black dengan bayangan warna hijau laut dalam dan dikontrakan dengan perkakasan-perkakasan badan berwarna krom. Pada bahagian interior pula kerusinya dibalut dengan kulit hitam dengan corak berlian dan juga peralatan berwarna krom. Seperti edisi White, logo sayap juga diwarnakan sedondon dengan warna kereta iaitu hitam. Cygnet edisi istimewa turut didatangkan set bagasi lima unit yang dibuat khas, melengkapi kemewahannya.
Produksi Cygnet akan dimulakan pada bulan April 2011 dan harganya ialah GBP30,995.
Sumber: Newspress
-Mak/d Uia-
6 comments
Skip to comment form
buleh buat kete jems bon….
mahal nak mati
cam ne nk pronounce ni si kenit ke
cikenet…. hee..
lawa lg Toyota IQ…pekata lu srikandi matpon?
mmg same ngan Toyota iQ…hampeh