50 Tahun Jaguar E-Type

Jaguar E Type.01

Tahun ini menandakan ulang tahun ke 50 kereta ikonik iaitu Jaguar E-Type. Semasa dilancarkan di Geneva pada tahun 1961, E-Type menerima sambutan hangat kerana rekabentuknya yang cantik dan sehingga kini masih lagi mempunyai pengaruh pada rekaan, prestasi, keselesaan dan teknologi terkini dalam kereta Jaguar moden.

E-Type mampu mencapai kelajuan 241 km/j dan dijual pada separuh harga kereta pesaing menjadikannya kereta berprestasi mampu milik dan berjaya kekal di pasaran selama 14 tahun. Kereta ini dijual pada harga GBP 2,256 dengan nilai semasa bersamaan GBP 38,000 dan selama di pasaran sebanyak 70 ribu unit terjual menjadikannya kereta sport pertama di Eropah yang dihasilkan pada skala besar.

Jaguar E Type.02

Rekabentuk E-Type diakui sendiri oleh Enzo Ferrari sebagai kereta paling cantik di dunia dan rekaan ini hasil kerja Malcolm Sayer, seorang jurutera aeronautikal dan beliau menggunakan kemahiran aerodinamiknya dalam menghasilkan kereta lumba C dan D Type yang memenangi perlumbaan Le Mans.

Enjin straight-six yang digunakan berjaya melonjakkan nama Jaguar dengan memenangi lima kejuaraan Le Mans pada tahun 50 an dan pada tahun 1969, enjin 3.8 liter berkuasa 265bhp dengan tork 260lb ft menjadikannya sebagai kereta produksi terpantas di dunia.

Yang ini memang super rare.

Sumber: Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

4 comments

Skip to comment form

    • belalang_kontot on 26/01/2011 at 3:45 PM
    • Reply

    i like…

    • luicapwaicaptoo on 26/01/2011 at 5:59 PM
    • Reply

    i like u belalang_kontot

  1. rare giler ar kete ni…kat mesia ade ke?

    • azwan nbs on 27/01/2011 at 9:49 PM
    • Reply

    hebat

Leave a Reply to azwan nbsCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.