WRC: New Zealand 2010: Akhirnya Latvala Juara!

363296_60561cit

Pasangan pemandu BP Ford Abu Dhabi World Rally Team, Jari-Matti Latvala dan Miikka Antilla akhirnya memecahkan dominasi Sebastien Loeb di Rali New Zealand hujung minggu lepas. Kemenangan Latvala menjadikan Ford pembuat paling berjaya dalam sejarah WRC dengan 75 kemenangan.

Perlumbaan penuh drama menyaksikan 4 jagoan WRC mempunyai peluang menjadi juara,  namun satu persatu tumpas. Petter Solberg terlanggar tiang telefon manakala Sebastien Loeb berpusing kurang 10km dari penamat. Sebastien Ogier yang mendahului perlumbaan pula terbabas hanya 3 selekoh sebelum garisan laser penamat. Di celah-celah keributan, Latvala meninggalkan pemanduan gelojohnya seperti sebelum ini dan memandu dengan konsisten untuk menjadi juara.

“Saya tak sangka perkara ini boleh berlaku, ianya kemenangan yang menakjubkan dan indah,” kata Latvala. “Pantai Whaanga menunjukkan taringnya. Saya menghampiri penghabisan perlumbaan dan saya nampak bumper kereta di atas jalan dan saya tidak tahu ianya kepunyaan siapa. Saya tak tahu pun kami menang sehinggalah 3 minit lepas perlumbaan dan Miikka membuat pengiraan. Ini adalah kemenangan terbaik saya dan mengubat kekecewaan saya,” tambah beliau.

Rakan sepasukan Latvala, Mikko Hirvonen dan Jarmo Lehtinen pula menamatkan perlumbaan di tempat keempat.

Keputusan Rali New Zealand 2010:

1. J-M Latvala/M Anttila, Ford Focus RS

2. S Ogier/J Ingrassia, Citroen C4

3. S Loeb/D Elena, Citroen C4

4. M Hirvonen/Jarmo Lehtinen, Ford Focus RS

5. D Sordo/M Marti, Citroen C4

Foto: Citroen. Gambar Ford gua tak dapat lagi bos – website diaorang ada masalah problem ok. Nanti gua post. Jgn marah – Matpon.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

    • pendita_gila on May 11, 2010 at 8:39 am
    • Reply

    gua ada gak ikot2 ckit…itu pon faidzal yang bagi tau

    • jelapangPadi on May 11, 2010 at 8:51 am
    • Reply

    WRC skrang ni,hanya ford dgn citroen aje ke yg join? mane pembuat kete yg lain?…

    cam x best jer xder subaru/evo…..

    • on May 11, 2010 at 9:20 am
    • Reply

    Pasni suh team Perodua masuk …

    • h369 on May 11, 2010 at 10:10 am
    • Reply

    aku rasa boringlah skrg nie dlm wrc sbb mcm dah tkde pencabar leob sbb asik leob je yg menang. ape kata suruh mat pon masok wrc mintak tajaan kilang kicap tamin ke, keropok kak kiah ke, amcm bernas tk idea aku

    • Joule on May 11, 2010 at 2:11 pm
    • Reply

    Ken Block ngan Kimi Raikkonen apa cite..

    • azwan nbs on May 11, 2010 at 4:08 pm
    • Reply

    tak maen lagi kot…da bersara…

  1. Huuu huuu huuuu gua tak buh lagi gambo Ford. Jgn marah bosss….

  2. ahh…akhirnya orang lain menang selain Loeb….

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.