Category: Gambar Risikan

Spyshot: Ujian Jalan Raya Suzuki Ertiga, Proton Persona dan Proton Perdana?

Di sebalik jualan yang merudum, Proton tidak mengalah dan terus galak membuat ujian untuk melancarkan produk-produk baharu bagi meneruskan kelangsungan bisnesnya dan menjamin masa depan syarikat R&D dan automotif terulung negara. Kebelakangan ini, foto beberapa buah kereta yang dikatakan model-model baharu Proton banyak disiarkan di beberapa blog automotif. Terkini, beberapa model ujian jalan raya berjaya dirakamkan oleh …

Continue reading

Bayangan Proton Perdana 2016?

Adalah menjadi kelaziman untuk pengeluar kenderaan menggunakan tayangan filem sebagai platform memperkenalkan model baharu atau membuat kajian pasaran sebelum memasarkannya. Honda dan Chevrolet misalnya menggunakan kaedah tersebut dengan menampilkan model baharu mereka di dalam filem pecah panggung antarabangsa. Syarikat kenderaan nasional Proton turut tidak ketinggalan menggunakan kaedah itu di mana hangat diperkatakan sekarang ini Perdana …

Continue reading

Gambar Risikan: Sebuah Sedan Mirip Honda Civic 2016?

Honda jarang gagal di dalam menghidangkan sesuatu yang menarik kepada konsumer. Cakap-cakap yang sering kita dengar ialah model baharu seperti Civic terasa baru sahaja dilancarkan namun sudah ada model pengganti. Senario itu sebenarnya biasa sahaja memandangkan Civic adalah model global dan mengambil masa 12 hingga 18 bulan selepas pelancaran perdana sebelum dijual di pasaran Malaysia. Mengikut amalan industri, kitaran suatu model global …

Continue reading

Gambar Risikan: Nissan Sylphy 2014?

Nissan Sylphy sudah lama berada di dalam pasaran tempatan dan di beberapa negara utama model gantiannya sudah pun dilancarkan. Sylphy adalah saingan dan alternatif antaranya kepada Honda Civic, Toyota Corolla Altis, Kia Forte dan Hyundai Elantra. Foto terdedah tanpa sebarang penutup di atas treler pengangkut ini mungkin indikasi kepada tarikh pelancaran yang semakin hampir.

Gambar Risikan: Kia Forte? Mitsubishi Evo 11? Hummer H3? Bugatti Veyron?

Helo helo helo Lammmeee betul gua tak masuk sini biasala sibuk mencari harta kekayaan dunia. Kah kah kah. Cer teka cer teka ni kereta apa? Kia Forte? Mitsubishi Evo 11? Bugatti Veyron ke apa ni? Tapi paling power turunkan harga kereta!!! Gua tak sabar nak beli Reventon ni der Veyron gua simpan. Sekian. Babai. -Matpon-

Gambar Risikan: Proton Preve Hatchback?

Seperti yang kita sedia maklum terdapat dua varian Proton Preve iaitu model sedan dan hatchback. Dikhabarkan Proton Preve Hatchback akan dipasarkan pada tahun hadapan. Gambar ini dirakamkan sekitar Kuala Lumpur oleh 5Dzal. @muhd_gt

Gambar Risikan: Peugeot 408?

Hi geng, ni gambar apa ni der? Inikah Proton P3-21A atau adakah ini Veyron terbaru? Atau apa ni der? Mengikut info bos gua ni Peugeot 408. Sekian. Sampai jumpa lagi. Babai. -Matpon-

Gambar Risikan: Proton Persona R? Perodua Myvi? Bugatti Veyron?

Wow! Lama gila gua tak menaip. Gua bukan apa, gua tak ada bahan sejak 2 menjak ni der. Nah dia bos gua bagi bahan. Gua pun tak taw ler kereta apa yang sebenar-benarnya ni. Adakah Proton Persona R? Adakah Perodua Myvi baru? Adakah Bugatti Veyron 4 pintu? Atau adakah Proton Tiara? Sekian. Sapa teka betul …

Continue reading