Proton Saga FLX 1.3

Proton Saga FLX 1.3 2011.02

Proton Holdings Berhad pada semalam melancarkan Proton Saga FLX 1.3L; model yang ditambah baik yang memberikan penjimatan bahan api yang lebih dan pemanduan lebih lancar hasil daripada penggunaan teknologi Continuosly Variable Transmission [CVT].

Proton Saga merupakan model paling laris di Malaysia daripada Januari hingga Jun 2011 seterusnya menjadikan Proton sebagai peneraju pasaran di Malaysia pada separuh pertama 2011. Sejak diperkenalkan Proton Saga telah diterima baik oleh orang ramai dan memenangi beberapa anugerah seperti

Proton Saga FLX 1.3 2011.08

Frost & Sullivan’s Best Model of the Year 2009, Best Passenger Car of the Year 2010 dan baru-baru ini Best People’s Car Award iaitu anugerah utama Asian Auto – Auto Industry Awards 2011. Saga juga mencatat jualan yang membanggakan dengan 250,000 telah didaftarkan dan lebih 300,000 unit tempahan sejak pelancarannya pada Januari 2008 hingga 2011.

“Proton Saga FLX baru adalah hasil daripada komitmen berterusan dalam memberi kereta dengan prestasi yang lebih baik kepada pelanggan kami. Ini adalah satu lagi pencapaian dalam misi kami untuk menambah baik produk dalam memenuhi kehendak pasaran semasa,” kata Dato’ Sri Haji Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Pengarah Urusan Grup Proton Holdings Berhad.

“Disebabkan enjin yang kini lebih ringan dan dengan penggunaan CVT yang lancar, Saga FLX lebih jimat bahan api dengan 4 peratus dalam pemanduan urban serta 10 peratus dalam pemanduan lebuh raya,” tambah Dato’ Sri Haji Syed Zainal.

Proton Saga FLX 1.3 2011.03

Selain daripada CVT, Proton Saga FLX varian Executive menerima beberapa peralatan lain seperti beg udara untuk pemandu dan penumpang, Anti-lock Braking System [ABS] dan Electronic Brake-force Distribution [EBD].

Proton Saga FLX didatangkan dengan warna baru iaitu Elegant Brown selain daripada warna sedia ada seperto Tranquility Black, Genetic Silver, Solid White dan Blue Rock. Harganya bermula daripada RM 38,598 hingga RM 44,998.

Proton Saga FLX 1.3L

Variant

Peninsular Malaysia

East Malaysia

Labuan

Langkawi

Standard MT

RM 38,598

RM 41,378

RM 38,298

RM 36,448

Standard CVT

RM 41,598

RM 44,378

RM 41,298

RM 39,448

Executive MT

RM 42,398

RM 45,198

RM 41,648

RM 40,098

Executive CVT

RM 44,998

RM 47,798

RM 44, 248

RM 42,698

*Prices are based on Metallic colour

Muhammad

17 Comments

  1. Kereta yg menarik pada harga RM45K… Tapi gua x berkenan plastik dashboard dia…. krappy patty… haha

  2. Mungkin teknologi CVT ni mahal sikit kot walaupun dah lama diguna oleh pengeluar lain (cth, Nissan), tu pasal harga lebih. Macam biasa, dengan tawaran penjimatan yg diperkatakan oleh MD Proton, kena kira jugak kemunasabahan jika harga dibandingkan dengan penjimatan. Tapi, sebab banyak kerja, aku tangguhkan dulu pengiraan ni. Mungkin hari nurani Mat Pon mampu menyelesaikan masalah ni

  3. nak tanye sket.. kalu die pakai cvt jadi system die same la mcm ade dlm skuter.. die pakai belting gak ke mcm dlm skuter? experience aku pakai skuter.. kalu lanyak ari2, setaun dua putus la belting tuh.. mcm timing belt kete pon same.. kalu camtuh.. asik kene ganti ajela belting cvt nih? ntah brape rm lah sekali buat?

  4. cayalah proton..kereta yg leh potong jualan my v..
    kalau gua ada duit yg lebih2 gua nak bli gak satu bg anak gua.

  5. Hati nurani gua kata Veyron tak guna CVT so gua tak berapa into dengan CVT ni. Boleh jadi CT tu sama dengan City. V tu mungkin Vanila. Maka jadilah Bandar Vanila. Sekian.

  6. harga patut proton tu gua setuju tapi kenapa bank2 msia ni charge bunga melampau sangat.. gua ingin mencadangkan agar utk menarik pembelian kereta nasional ni elok laa charge bunga sekitar 2% sure lah ramai nak membeli punya..

  7. Kali terakhir aku beli kereta NAsional 8 tahun lepas & masih pakai lagi. Betul, interestnya agak tinggi jika dibandingkan dgn kereta2 mahal & terkenal dr luar. Cuma, pengguna sendiri kena tahu hak mereka. Cuba dapatkan info utk interest terendah yg ditawar oleh bank. So, bila beli fight utk yg terendah tu. Cuma, yang terendah utk kereta Nasional, masih tinggi dibanding utk kereta dari luar.

  8. Totally agreed with it..especially after seeing this..wow..

    http://says.my/greenlife/proton-saga-cvt

    The Proton Saga has been a part of our Malaysian heritage with multiple innovations over the past years. Take a look at the new features in the ProtonSaga has this year. Find out what CVT, ABS+EBD and Proton Ride & Handling means, and how it would benefit your drive.

  9. Yes proton saga is a historical breakthrough in Malaysia in which we launched the first Malaysia-made car. After 20 years, now we have the new version of proton saga, still economy, and versatile. Easily modified. 🙂

Kata Anda//