Feb 10

Proton R3 Satria Neo, RM79,797!

Proton R3 Satria Neo01

Dibina oleh peminat untuk peminat, Proton kini menawarkan edisi terhad Proton R3 Satria Neo. Dijuruterakan untuk pemanduan yang berprestasi oleh staf R3 kereta ini dilengkapi pakej modifikasi stage 2 dengan kuasa 145 bhp pada 7,000 rpm dan tork 168 Nm pada 5,000 rpm.

Hanya boleh didapati dengan transmisi 5 kelajuan close ratio, Proton R3 Satria Neo dilengkapi beberapa peralatan yang ditala semula seperti camshaft, sistem pengurusan enjin Siemens, kotak penapis udara gentian kaca, manifold ekzos 4-2-1 dan pulley camshaft aluminium boleh laras.

Berat Satria R3 hanya 1,200 kg dengan pemanduan dan pengendalian [r&h] kereta turut ditambah baik untuk membezakannya dengan Neo biasa. Spring R3 dipasangkan pada keempat-empat sudut kereta ini yang 10mm lebih rendah daripada Neo CPS yang dapat mengurangkan olengan serta penjajaran yang ditala semula untuk lebih cengkaman dan ketepatan stereng. Melengkapi r&h ialah roda ringan edisi R3 berwarna gunmetal dengan kombinasi tayar Bridgestone Potenza RE001R 205/45 R16 yang mempunyai kompaun lembut. Kelajuan kereta ini dihentikan lebih berkesan dengan pad brek yang mampu menahan suhu sehingga 500 darjah selsius.

httpv://www.youtube.com/watch?v=7JxV0dten30&feature=player_embedded

Luaran Satria R3 dihiaskan dengan warna eksklusif iaitu Fire Red dengan bumbung warna hitam. Aksesori lain ialah penambahan peralatan kepada kit badan CPS sedia ada iaitu spoiler belakang R3 dan spoiler bampar depan yang menambahbaik down force dan mengurangkan turbulens udara bawah kereta.

Skema warna garang pada luaran diteruskan pada interior dengan warna dwi warna iaitu merah matte dan hitam. Kerusi yang digunakan ialah jenis bucket edisi terhad R3 yang dibalut kulit nappa dengan micro fiber, papan pemuka berwarna merah matte yang diteruskan pada konsol gear dan brek tangan, trim pintu dwi warna dan karpet R3. Aksesori lain ialah butang menghidupkan enjin, pedal kaki aluminium, tombol gear dan cermin yang dilekatkan filem penebat cahaya. Untuk sistem hiburan, Satria R3 dipasangkan head unit 2 Din dan menariknya mempunyai perisian GPS 3 Dimensi [3D]. Ciri-ciri keselamatan standard ialah 2 beg udara, ABS dan EBD.

Dengan wang tempahan sebanyak RM2 ribu, mereka yang berminat boleh memiliki kereta ini dengan harga kurang RM3 dari RM79,800. Pembeli awal akan dijemput ke majlis pelancaran dan bergambar bersama pemandu handalan Proton iaitu Tengku Djan Ley dan Faidzil Alang.

Sumber: Proton

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

19 comments

Skip to comment form

    • Abangbro on February 10, 2011 at 8:25 am
    • Reply

    cantik btul hargadia rm 79,797 hehe

  1. Mak UIA…apsal smlm takde posting langsung?

  2. ohhhhhhh ensemnyaaa neo ni

  3. terbaik dari ladang proton?…

  4. gambar interior takde ke

    • kete_hitam on February 10, 2011 at 12:56 pm
    • Reply

    huh.. lawa..

  5. Sesungguhnya skru GT sibuk semalam, samala gua paling sibuk sekali. Ekekekekeke.

    • bos on February 10, 2011 at 3:02 pm
    • Reply

    proton mkin maju skg.btw ni mungkin kesan dr kjsama ngan jnama len.xsalah nk nek nme MALAYSIA mcm ni.harap sgt proton kuarkan model fr drive.(ngah review proton juara nk wat drift.xtahan tgk kt jpun lori kecik ngesot)

    1. Sepat

      Skema dashboard macam Neo Lotus Racing, warna hijau ganti merah, gear punya konsol pun merah, kulit pintu separuh merah, kerusi semi bucket hitam merah, touch screen monitor, stereng balut suede

    • belalang_kontot on February 10, 2011 at 3:14 pm
    • Reply

    terbaek…..

    • AGB on February 10, 2011 at 10:41 pm
    • Reply

    mmg berprestasi tinggi..

    • megat putra kuning on February 11, 2011 at 12:23 am
    • Reply

    Awat satria R3 yg dulu xdak abs,airbag,ebd?di jwb oleh org@jurutera proton ialah..sbb R3 kete racing…sng je..dh tu yg ni ada abs plak?xpaham aku.

    • megat putra kuning on February 11, 2011 at 12:26 am
    • Reply

    Satria GTI,terbaek..!aci kerat jari joo…sori ek kengkawan…aku xnk hipokrit…handling,hrg pun xjtuh lg…bucket recaro,airbag,abs..cun what..

  6. Muhammad aka org Kaya IT

    gua saspek satu hari nanti proton mesti nak keluarkan kereta sport mampu milik 4 pintu supaya family man mcm gua ni mampu merasa kereta yg ada G spot.. kalau boleh rega biar abwah 100K laa. tp laju mcm skyline r35 kekeek

    • azwan nbs on February 11, 2011 at 11:27 pm
    • Reply

    memang terbaik…

    • pendita_gila on February 12, 2011 at 2:35 am
    • Reply

    mula sungguh permintaan mu itu en sepat ekekekeke

    • megat putra kuning on February 12, 2011 at 3:01 pm
    • Reply

    ntahnye sepat ni..baek ko mintak family car proton tp horsepower buggati…

    • tatik on June 13, 2011 at 12:43 am
    • Reply

    idaman hati..paling berbaloi dlm kelasnye=)79k x pyh nk modify. truz pkai je hehe

    • Rahmat hensem boyz on July 16, 2011 at 7:15 pm
    • Reply

    Harap satria neo r3 akn kluarkan colour kuning,putih dan hijau……..garenti lebih ramai org minat nak beli…..kalau buat enjin neo ni Ada supercharge cam mercedes slk 55amg pun bgus juga…..proton terbaik……handling pun bagus….

Kata Anda//