Dec 17

Perodua Bezza: Car is Life

Perodua Bezza.01

Pembuat kereta sangat bergantung kepada kaji selidik dan kebanyakan keputusan berdasarkan kuantitatif dan bukan agak-agak atau rasa-rasa boleh berjaya. Hasilnya keputusan berpihak kepada golongan majoriti dan jarang-jarang sekali memihak kepada golongan minoriti yang sukakan kereta tarik belakang, rim besar dan bergraviti rendah. Kalau sesiapa yang bertanya kenapa sesebuah pembuat tidak menghasilkan kereta sedemikian, itu adalah antara jawapannya, jumlah tidak memadai untuk wang yang dilaburkan.

Perodua Bezza.14

Bila bercakap mengenai Perodua, perkara yang terlintas di fikiran ialah barisan modelnya yang prakital, jimat bahan api dan kompak – ciri-ciri yang memenuhi selera majoriti pembeli kereta. Perodua Bezza adalah kesinambungan daripada keperluan manusia dan kereta konsep ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan generasi Y – golongan yang segala-galanya elektronik dan peka kepada hiburan. Pada masa hadapan diramalkan kereta bukan sahaja sekadar pengangkutan atau simbol kepada status tetapi ruang peribadi bergerak, sesuai dengan tema Bezza iaitu Kereta adalah Kehidupan.

Perodua Bezza.07

Bila bercakap pasal kereta, antara yang saya suka ialah falsafah disebaliknya, menurut Muhammad Zamuren Musa, Ketua Pereka Bezza, gayaan kereta konsep ini adalah definisi Perodua tentang kompak iaitu memaksimumkan interior dan meminumkan luaran dan pasukannya mengambil masa selama lima bulan untuk menterjemahkan idea ini kepada realiti. Bezza adalah kereta sedan kompak yang ringkas tetapi mempunyai elemen sporti serta dinamik dan ini boleh dilihat melalui garisan-garisan luar, bentuk badan yang tirus ke belakang di samping bahagian depan dan belakang yang agresif.

Perodua Bezza.05

Pada bahagian dalaman, Bezza direka untuk penumpang merasa selesa, sporti dan suasana di rumah. Panel instrumen direka fokus kepada pemandu dan papan pemuka yang ‘terapung’ untuk lebih ruang kaki dan keselesaan. Uniknya Bezza adalah pada pintu belakang jenis gelongsor serta tiada tiang tengah disamping pintu depan dengan bukaan luas. Ruang bonet belakang juga besar sesuai untuk kehidupan aktif generasi Y.

Perodua Bezza adalah sekadar konsep dan projek sekali sahaja [one-off] dan berfungsi sebagai penanda aras kenderaan Perodua pada masa hadapan. Saya harus akui Bezza adalah idea yang bijak dan staf Perodua memang berkeupayaan untuk menghasilkan kereta buatan sendiri sepenuhnya, jika diberi peluang, idea seperti ini lah hasilnya.

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

16 comments

Skip to comment form

    • C27 on December 17, 2010 at 8:18 am
    • Reply

    kan molek kalau Bezza ni di produksi massa kan..takpun suruh Daihatsu amik jadikan JDM dulu..

    • Sekeru Longgaq on December 17, 2010 at 8:47 am
    • Reply

    Memang Bezza..

    • Ahli Pak Leman on December 17, 2010 at 8:53 am
    • Reply

    Apa kata Malaysia keluarkan dulu keta nih??? Harga RM50k ke bawah. So, Perodua akan terus mendahului. Sebelum ni dgn MYVI, pasni BEzza pulak.

    • Cekwang on December 17, 2010 at 9:46 am
    • Reply

    Betol gak jgn tunggu lama2 kang lapuk plak.

    • belalang_kontot on December 17, 2010 at 10:18 am
    • Reply

    kos utk bangunkan tinggi…mesti perodua tak sanggup..

    • exJAVANESE on December 17, 2010 at 12:20 pm
    • Reply

    kete ini mgg sngt gmbarkn en. zamuren itu sendri…upamah phlawan smurai jepang…

    • smut_liar on December 17, 2010 at 12:20 pm
    • Reply

    untuk atoshow leh la…
    takde makna p2 nak wat keta sndiri…

    • saga fl on December 17, 2010 at 3:14 pm
    • Reply

    tgk2 balik…mcm toyota prius..amik…toyota prius pas 2 bt concept ke???xpe2…jnji ade usaha…..

    • belid on December 18, 2010 at 12:05 pm
    • Reply

    wah perodua makin maju. dlu rebadge daihatsu kecik je. ni da rebadge prius plak. makin maju lah teknologi rebadge mereka.
    majulah rebadger 100% untuk negara.

    • luqae on December 18, 2010 at 2:10 pm
    • Reply

    kalau diorang nak buat kereta ni pun x boleh, sbb kereta yg x ada pillar B mmg x lepas safety. so kereta ini hanya la concept yg x leh pakai.

    • riz on December 20, 2010 at 12:28 am
    • Reply

    depan macam honda odyssey

  1. perhatikan betul rear tail light dia nak sama mcm maseratti…

  2. SEkali tgok, dpan die macam kepala Ironman pulak..agak-agak bile Perodua nk kuarkan kete ni??

    • ryo on January 17, 2011 at 6:23 pm
    • Reply

    sumpah smart! gaya yg begitu elit, sporty, n moden. tp aku x suke proton inspira, pasal dye mmg tiru 60% kereta mitsubishi. pape pn, perodua sume nye smart!

    • mat jiwang on April 21, 2012 at 9:25 pm
    • Reply

    waa….mcmni bru best kreta nmpak menarik trnyata gaya masa kini…bila akan di pasarkan….klau hrga brpatutan ok gak..

    • Rina Omar on April 22, 2012 at 5:14 am
    • Reply

    Aduyai! Dak2 Perodua ni suka cipta masalah ;D Keta dh cantik, tp tang harga kalah bli kereta luar negara.. Sepadankan harga kereta baru ber’bezza..

Kata Anda//