Nissan Latio Baharu Untuk Pasaran Tempatan

Kuala Lumpur (29 September 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Latio baharu yang telah dipertingkatkan untuk kedua-dua varian iaitu hatchback lima pintu dan sedan empat pintu. Ia menawarkan penampilan baru dan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada semua pelanggan Nissan.

Latio baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aluminium sepenuhnya keluaran Nissan yang sudah terbukti, iaitu MR18DE 1.8L (93kW/126ps pada 5,200rpm; 174Nm pada 4,800rpm) untuk model hatchback dan enjin HR16DE 1.6L (80kW/109ps pada 6,000rpm; 153Nm pada 4,400rpm) bagi model sedan yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan tanpa menjejaskan aspek prestasi, iaitu 7.1L/100km bagi model sedan dan 7.8L/100km bagi model hatchback.

Dianugerahkan taraf enam bintang dalam aspek keselamatan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (Japanese New Car Assessment Program, JNCAP), Latio dijangka mampu mengukuhkan reputasinya melalui keluasan kabin dan keselesaan yang mengagumkan.

“Latio baharu ini akan memberi lebih banyak nilai kepada para pelanggan kami dengan penampilan dan ciri-ciri yang telah diperbaharui,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Secara visualnya, Latio baharu dapat dibezakan menerusi rekaan baru gril dan bampar hadapan yang memberikan kesan mewah dan moden. Nissan Latio Hatchback baharu juga menampilkan reka bentuk bampar belakang yang memberikan rasa berkaitan pergerakan dan tenaga. Lampu utamanya yang baru dengan gaya kontemporari unik dilihat sepadan dengan lampu belakang model hatchback untuk menawarkan impresi kemas serta sporty.

Untuk ruang dalaman, Latio Hatchback baharu kini tampil dengan kawalan audio pada stereng dan unit pemain audio bersama input Auxiliary untuk peranti audio mudah alih. Di samping meter berwarna putih dengan bacaan purata penggunaan bahan api. Latio Hatchback turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin automatik bersama paparan digital.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

Nissan Latio (Sedan) : 1.6 AT – RM89,800.00 (Comfort)

Nissan Latio (Hatchback) : 1.8 AT – RM99,800.00 (Comfort)

Latio baharu mempunyai jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu). Selain itu, pembeli-pembeli Latio juga akan menerima pakej filem cermin Solar Gard Armorcoat bernilai RM1,400.00.

Muhammad

19 Comments

  1. mahal lah nissan ni..keter basic jer..tak canggih pong..memang lantoi dia punya halega…perodua jugak tempat mengadu….

  2. harga dh la mahal kete dah lah huduh besar mcm gampang huduh huduh huduh….kesian salesman nissan…jd mgsa keadaan….
    myvi xtreme gak best……….lagi best,ow ow ow…

  3. myvi xtreme>rm61000+auto+toyota passo+halfcut belambak+2nd value tinggi+nilai estetika+best

  4. nissan malaysia bagaikan made in china…. colour bumper x match dgn body, material komponen bagaikan sampah, harga mahal meraban… tahniah TAN CHONG!

  5. En. Sepat mesti bangga nih… pujian melampau utk Myvi walaupun dia dah mula nak beralih angin kepada Mazda…

  6. tan chong nak untung je lebih….tu yg meroyan tu…kete zaman ape ntah…mamat n minah skema kot pakai kete ni…

  7. korang ni tau mengutuk jer, korang dh pakai ke nissan latio ni, korang ni designer kereta ke, jgn dok fikir cetek sgt, klu korang trlalu pndai sgt korang wtla kete kluaran korang sendiri, gua gerenti confirm org kn ramai kutuk kete korang sendiri trmasuk ETCM pon kutuk, jgn dok kondemn sgt, fikir ckit, bukak minda korang tu, jgn tgk nissan ni sebelah mata je

  8. diorang cakap x serba bikin cik CM, besa la tu, jenis cakap ikut hati je, x selidik, nk condemn sesuka hati jer, klu korang kata kete nissan hampeh, x bgus, x kualiti pasal ape nissan grand livina bersepah di atas jalan, nissan sylphy, teana pon dh mula bersepah di atas jalan, bukak ckit pemikiran korang tu, jgn jadi katak di bawah tempurung, klu aku diberi pilihan amik proton dgn nissan bek aku amik nissan, proton kualiti tah ape2, aku dh guna proton aku tau la, rosak sana rosak cni, x larat nk tanggung azab dgn proton ni, nissan walaupun design simple tp ada kualiti, kualiti jauh lebih baik dgn proton

  9. Nissan klu kt Jepun no.2 lepas toyota…org Jepun sndiri iktiraf..aku study n keje kt sana 6 tahun lebih…budak2 muda kaki race kt sana x pandang Honda n Mitsubishi beb…diaorg layan NISSAN SKYLINE/ NISSAN FAIRLADY / NISSAN SYLVIA….biasa org Mesia lbih pentingkan rupa bentuk dari kualiti enjin sb tak reti nak nilai semua tuh…ckp jer pandai..tp hakikatnyer bodoh serba serbi…

  10. ak dh try nissan bapak ak pnye handling serius fail peesona adik ak lg bes intrio latio lg bes than vios r performence pn same

  11. polo sedan same harge dgn hactbek wo……………bonet lagi luas wo…….plastik german bes wo……..sedap lemak berkrim wo…..

  12. morning, i think this time i will order nissan almera, love it.
    aerodynamic car and sophisticated design.
    inside..large space and good for family.

Kata Anda//