Nissan Latio Baharu Untuk Pasaran Tempatan

Kuala Lumpur (29 September 2011) – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) memperkenalkan Nissan Latio baharu yang telah dipertingkatkan untuk kedua-dua varian iaitu hatchback lima pintu dan sedan empat pintu. Ia menawarkan penampilan baru dan pengalaman pemanduan yang memuaskan kepada semua pelanggan Nissan.

Latio baharu dikuasakan oleh enjin petrol empat silinder aluminium sepenuhnya keluaran Nissan yang sudah terbukti, iaitu MR18DE 1.8L (93kW/126ps pada 5,200rpm; 174Nm pada 4,800rpm) untuk model hatchback dan enjin HR16DE 1.6L (80kW/109ps pada 6,000rpm; 153Nm pada 4,400rpm) bagi model sedan yang menawarkan penjimatan bahan api mengagumkan tanpa menjejaskan aspek prestasi, iaitu 7.1L/100km bagi model sedan dan 7.8L/100km bagi model hatchback.

Dianugerahkan taraf enam bintang dalam aspek keselamatan oleh Program Penilaian Kereta Baru Jepun (Japanese New Car Assessment Program, JNCAP), Latio dijangka mampu mengukuhkan reputasinya melalui keluasan kabin dan keselesaan yang mengagumkan.

“Latio baharu ini akan memberi lebih banyak nilai kepada para pelanggan kami dengan penampilan dan ciri-ciri yang telah diperbaharui,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Dato’ Dr Ang Bon Beng.

Secara visualnya, Latio baharu dapat dibezakan menerusi rekaan baru gril dan bampar hadapan yang memberikan kesan mewah dan moden. Nissan Latio Hatchback baharu juga menampilkan reka bentuk bampar belakang yang memberikan rasa berkaitan pergerakan dan tenaga. Lampu utamanya yang baru dengan gaya kontemporari unik dilihat sepadan dengan lampu belakang model hatchback untuk menawarkan impresi kemas serta sporty.

Untuk ruang dalaman, Latio Hatchback baharu kini tampil dengan kawalan audio pada stereng dan unit pemain audio bersama input Auxiliary untuk peranti audio mudah alih. Di samping meter berwarna putih dengan bacaan purata penggunaan bahan api. Latio Hatchback turut dilengkapi dengan sistem penghawa dingin automatik bersama paparan digital.

Harga di atas jalan (termasuk insurans, cukai jalan, yuran pendaftaran dan yuran tuntutan pemilikan) untuk Semenanjung Malaysia adalah seperti berikut:

Nissan Latio (Sedan) : 1.6 AT – RM89,800.00 (Comfort)

Nissan Latio (Hatchback) : 1.8 AT – RM99,800.00 (Comfort)

Latio baharu mempunyai jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000km (yang mana tiba dahulu). Selain itu, pembeli-pembeli Latio juga akan menerima pakej filem cermin Solar Gard Armorcoat bernilai RM1,400.00.

Silakan kongsi:

19 comments

Skip to comment form

    • yuri on 02/10/2011 at 9:32 AM
    • Reply

    harge x comfort…

    • encikpadil on 02/10/2011 at 9:38 AM
    • Reply

    ha ha ha

    • azwan nbs on 03/10/2011 at 1:08 AM
    • Reply

    murah lagi myvi..x pon saga,..lagi shiok…buatan malaysia…

    • pok mat on 03/10/2011 at 11:04 AM
    • Reply

    huduh….hehe

    • epi on 03/10/2011 at 11:23 AM
    • Reply

    nissan makin merapu…buat kete mcm lpskan batuk di tngga…langsung xde soul…

  1. Lantui…kekekekekeh

    • mahdi on 03/10/2011 at 4:05 PM
    • Reply

    mahal lah nissan ni..keter basic jer..tak canggih pong..memang lantoi dia punya halega…perodua jugak tempat mengadu….

    • megatputrakuning on 03/10/2011 at 4:16 PM
    • Reply

    harga dh la mahal kete dah lah huduh besar mcm gampang huduh huduh huduh….kesian salesman nissan…jd mgsa keadaan….
    myvi xtreme gak best……….lagi best,ow ow ow…

    • megatputrakuning on 03/10/2011 at 4:20 PM
    • Reply

    myvi xtreme>rm61000+auto+toyota passo+halfcut belambak+2nd value tinggi+nilai estetika+best

    • jabroni on 04/10/2011 at 9:52 AM
    • Reply

    nissan malaysia bagaikan made in china…. colour bumper x match dgn body, material komponen bagaikan sampah, harga mahal meraban… tahniah TAN CHONG!

    • Alteja on 05/10/2011 at 9:18 AM
    • Reply

    En. Sepat mesti bangga nih… pujian melampau utk Myvi walaupun dia dah mula nak beralih angin kepada Mazda…

    • megatputrakuning on 12/10/2011 at 8:59 AM
    • Reply

    tan chong nak untung je lebih….tu yg meroyan tu…kete zaman ape ntah…mamat n minah skema kot pakai kete ni…

    • mahdi on 17/10/2011 at 3:12 PM
    • Reply

    bli nissan..lu pensan lo…

    • kd on 09/04/2012 at 6:20 PM
    • Reply

    korang ni tau mengutuk jer, korang dh pakai ke nissan latio ni, korang ni designer kereta ke, jgn dok fikir cetek sgt, klu korang trlalu pndai sgt korang wtla kete kluaran korang sendiri, gua gerenti confirm org kn ramai kutuk kete korang sendiri trmasuk ETCM pon kutuk, jgn dok kondemn sgt, fikir ckit, bukak minda korang tu, jgn tgk nissan ni sebelah mata je

    • kd on 10/04/2012 at 6:14 PM
    • Reply

    diorang cakap x serba bikin cik CM, besa la tu, jenis cakap ikut hati je, x selidik, nk condemn sesuka hati jer, klu korang kata kete nissan hampeh, x bgus, x kualiti pasal ape nissan grand livina bersepah di atas jalan, nissan sylphy, teana pon dh mula bersepah di atas jalan, bukak ckit pemikiran korang tu, jgn jadi katak di bawah tempurung, klu aku diberi pilihan amik proton dgn nissan bek aku amik nissan, proton kualiti tah ape2, aku dh guna proton aku tau la, rosak sana rosak cni, x larat nk tanggung azab dgn proton ni, nissan walaupun design simple tp ada kualiti, kualiti jauh lebih baik dgn proton

    • eagle on 04/05/2012 at 10:40 PM
    • Reply

    Nissan klu kt Jepun no.2 lepas toyota…org Jepun sndiri iktiraf..aku study n keje kt sana 6 tahun lebih…budak2 muda kaki race kt sana x pandang Honda n Mitsubishi beb…diaorg layan NISSAN SKYLINE/ NISSAN FAIRLADY / NISSAN SYLVIA….biasa org Mesia lbih pentingkan rupa bentuk dari kualiti enjin sb tak reti nak nilai semua tuh…ckp jer pandai..tp hakikatnyer bodoh serba serbi…

    • aretick on 06/05/2012 at 12:02 AM
    • Reply

    ak dh try nissan bapak ak pnye handling serius fail peesona adik ak lg bes intrio latio lg bes than vios r performence pn same

    • aretick on 06/05/2012 at 12:31 PM
    • Reply

    polo sedan same harge dgn hactbek wo……………bonet lagi luas wo…….plastik german bes wo……..sedap lemak berkrim wo…..

    • marissa mikael ferer on 08/05/2013 at 11:24 AM
    • Reply

    morning, i think this time i will order nissan almera, love it.
    aerodynamic car and sophisticated design.
    inside..large space and good for family.

Leave a Reply to megatputrakuningCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.