NAP: TIADA PEMERIKSAAN PUSPAKOM!

DAN10

Keputusan untuk mewajibkan kereta berusia 15 tahun ke atas menjalani pemeriksaan Puspakom sekali setahun kini ditarik balik kerajaan.

“Langkah itu jelas tidak popular. Kerajaan amat prihatin terhadap masalah rakyat, dan pada masa yang sama kita juga akan tetap mengutamakan keselamatan rakyat.” Umum Menteri Perdagangan Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Mustapa Mohamad.

Untuk itu, MITI akan berbincang dengan Jabatan Pengangkutan Jalan [JPJ] bagi mencari jalan bagaimana untuk memastikan kereta-kereta tersebut dipastikan selamat di atas jalan raya tanpa membebankan pengguna.

P1190414

Keputusan yang dibuat MITI ini memang tepat kerana dengan keadaan ekonomi sekarang  pastinya rakyat akan berkira untuk mengeluarkan kos bagi perkara yang mereka rasakan tidak perlu. Selain dari itu fasiliti Puspakom sediada memang tidak mencukupi untuk menampung ledakan bakal-bakal kereta ‘lama’ dan jika ini berlaku pastinya rakyat akan marah berganda.

Kereta yang berusia 10 tahun ke atas saja ada 2.7 juta unit, kalau kita fikir logik pun boleh jadi pelik, maknanya dalam sebulan Puspakom kena periksa paling kurang pun katalah 100 ribu unit. 100 ribu unit dibahagi dengan 26 hari maknanya 3846 buah kereta sehari kena periksa di seluruh negara. Saya tak pasti pula ada berapa Puspakom di seluruh negara sebab laman web Puspakom tak boleh diakses semalam. Itu saya tak kira terperinci lagi tapi senang kata mustahil kalau nak periksa semua kereta-kereta tu.

Cuma satu hal lagi ialah jika kereta-kereta ‘lama’ ini tidak diwajibkan pemeriksaan mandatori pun bagaimana  pula dengan survival bilamana import alatganti terpakai diharamkan? Sebabnya kereta lama ni datang dengan pakej, kalau dah berusia perlukan alat ganti, alat ganti baru untuk kereta lama memang susah nak cari, sebab itu banyak kedai jual yang terpakai, kalau nak buat yang baru pun dah tidak ekonomikal. Kalau ada yang baru pun tidak ekonomikal juga sebab pastinya mahal dan tak padan dengan kereta. Tak kan Proton Saga harga RM5 ribu nak tukar kotak gear yang berharga RM5 ribu juga?

Boleh jadi, barang ‘baru’ dari China pula yang akan membanjiri pasaran.

Apapun saya nak ucapkan terima kasihla kepada Tok Pa dan diharapkan Tok Pa dapat kaji juga dasar alatganti terpakai tersebut, sekurang-kurangnya benarkan import alatganti yang mahal nak dibuat dan tiada kilang tempatan yang mampu buat.

Semoga pasukan bolasepak negeri Tok Pa juga menang esok.

🙂

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

42 comments

Skip to comment form

    • kyuu juu nana on November 6, 2009 at 11:19 pm
    • Reply

    assalamualaikum.klo tgk pn yg byk xcident kete bru. klo pkai 86, 32,33, s13,s14,fd,fc, NSX, jza80 dan yg seangkatan nye xpo la kaya.tp mcmana yg pkai saga lama,b11,ae80,ke70 dan yg seangkatan dgn nya?xke mnyusahkan?xkan nk pkai cherry?baik jln kaki dr pkai cherry……… lps ni brtambah kaya lg puspakom dan brtambah miskin golongan brpendapatan rendah……pikir la…… san kyuuuuuuu

  1. Gua 1st ke? haha.. Bagus la macam tu. Keputusan yang tidak popular. perkataan “keputusan popular” iitu sendiri dahulunya pernah diperhangatkan di era PRU dahulu..eheh.. Banyak lagi yang perlu dikaji berkenaan dengan DAN/NAP ini. Kebanyakkannya serba tak kena dengan taraf kehidupan kita sekarang.

    • on November 6, 2009 at 11:29 pm
    • Reply

    Kyuu juu nana
    Ws. Apa kena pula ni? Baca ke tidak artikel saya, kan dah kata Tok Pa dah batalkan dasar tu. Haih.

    Prodigy
    Iye betul, saya harap yang alatganti tu kena kaji balik. Memang industri automotif penting tapi pada masa yang sama kena pastikan kalau betul nak guna alatganti baru biar harga dia murah macam barang terpakai. Saya rasa tak mustahil sebab harga mahal kerana margin untung yang tinggi.

    • Han on November 6, 2009 at 11:34 pm
    • Reply

    bagos la ditarik balik dasar tuh..
    cuma jangan la industri halfcut pun nak dikacau sekali..

    • gunners on November 6, 2009 at 11:49 pm
    • Reply

    tau jugak kerajaan, rakyat marah….
    btw,ayat terakhir mak uia tu manisnye…. ade ape-ape ker???
    hehehe…..

    • wiradohc1.7 on November 7, 2009 at 12:21 am
    • Reply

    lega siut.. mintak2 laa, half cut pun diorang tak usik ape2..

  2. okla 2..alatganti 2 pn kna kaji balik gak..

    • satria_standard on November 7, 2009 at 1:06 am
    • Reply

    betul gak ckp ko sal estimation puspakom kne cek kete…. klu x menangis la diorang kne bt kje haha ;p … masalah gak klu halfcut kne kacau..

    • V100 on November 7, 2009 at 1:10 am
    • Reply

    bab cek kat pupakom dah cancel..tang sprepart seken plak camne ni?kacau-kacau…

    • pelug on November 7, 2009 at 1:25 am
    • Reply

    biasa la tuu….kita sentiasa berubah-ubah

    • jawas on November 7, 2009 at 1:26 am
    • Reply

    MUJUR LA KRAJAAN TARIK BALIK…KLU TAK MAU TERCABUT KPALA BAPAK GUA NAK MEMIKIRKN TIAP2 TAHUN KENA ANTAR KETA DIA G CEK PUSPAKOM…

    • on November 7, 2009 at 5:06 am
    • Reply

    bagus2,keta aku x pyh msuk puspakom..horeyyy

    • kete_hitam on November 7, 2009 at 6:48 am
    • Reply

    macam ni la….

    • kereta nasional on November 7, 2009 at 8:10 am
    • Reply

    dan aku harap tokei2 halfcut pasni akn insap..kalo xde kita2 yg nk bela halfcut,kompom la 2-3thn pasni tokei halcut dah kena plan nk wat bisnes apa lak..

    tp pasal insuran…sapa2 ada info?? kn bising pasal insuran xnk cover keta yg umo 10thn dan keatas..dan guna 3rd party punya insuran??

    kalo still nk pakai..kena menajalani ujian puspakom jugak..bila lulus baru bleh proceed.kalo btul la yg aku dengar…pi mai..pi mai tang tu jugak..apa2 pn still kena masuk puspakom jugak..

    • shah_mivec on November 7, 2009 at 8:11 am
    • Reply

    syukur alhamdulillah…..

    • lesen_L on November 7, 2009 at 8:34 am
    • Reply

    ok le takde pemeriksaan,takat jln2 kat kg,tak masuk longkang ok le…tapi dah bile takde alat ganti kedai potong,maknanya lepas ni dah rosak kena buang je le…ape2 pun kena ganti keta lama ngan baru,cuma cepat ngan lambat je…

    • kete kite on November 7, 2009 at 8:34 am
    • Reply

    kereta nasional;
    Aku pun dgr mcmtu gak.. emmm

    Bagus la.. satu bab dah selesai… tggl satu bab lagi.. bab barang terpakai… emmm.

  3. Haaaaa?????? Batal?????????

    Gua baru cadang nak jual cucur udang masa orang dok ramai-ramai beratur tunggu kat puspakom.

    Hah, rosak habis plan geliga gua!

    • carragher27 on November 7, 2009 at 10:27 am
    • Reply

    gua pun sama mcm matpon..baru plan nak jual air jagung.. hampeh.. (inilah kerajaan..suka sgt buat keputusan tak konsisten..)

    • KumbangKhayal on November 7, 2009 at 12:16 pm
    • Reply

    ok la tak konsisten asalkan yang untungnya orang bawahan.
    jangan tak konsisten menyusahkan.

    macam dulu, kata tak naik minyak, sekali naik kaw-kaw.

    kucar-kacir satu malaysia.
    stesyen minyak beratur panjang macam ada minyak free.

    • beesixslow on November 7, 2009 at 12:35 pm
    • Reply

    2 la buat benda x pikir rakyat..dah org bantah br kelam kabut..
    nampak sangat masa buat dasar 2 x fikir dalam2…takut la tuuu…

    • dedi on November 7, 2009 at 1:59 pm
    • Reply

    ni la dia… buat dulu baru kaji… ape la.. nak tunggu org marah dulu baru nk kaji balik… tak paham denyutan nadi rakyat langsung…
    harap2 tokey halfcut wat demo lawan dasar haramkan halfcut.. tokey cina ramai tu.. MCA/Gerakan harap ambil perhatian

    • ford on November 7, 2009 at 2:16 pm
    • Reply

    aku dalam dilema dinegara sendiri….macam2 ada…barang naik x reti nak turun2…puspakom la…insuranla….kenapa…mengapa?sebab kita xdapat kemudahan percuma…

    • on November 7, 2009 at 2:18 pm
    • Reply

    mase buat dasar terburu2 tanpa kajian…biler rakyat da mengamuk tarik balik dasar..sesuke hati diorang jer..diorang x pikir ke perkara2 sensitif mcmni akan menaikan kemarahan rakyat.buat dasar harini besok tarik balik..lusa umum buat blk..tah hape2 tah…tgk la mcmne isu minyak kt diperbodoh2kn..mase umum myk nk naik rm1.75..bile time tarikh naik rm1.80…lepas ni tah ape pulak yg diumumkn…rakyat kite ni sentiase dikejutkn dgn kejutan2 yg menyentak jiwa rakyat…pastu kat parlimen ramai2 sebut SUPPPRRRIIIISSSEEEE……..!!!hahahaha

    • dedi on November 7, 2009 at 2:50 pm
    • Reply

    [img]http://img.alibaba.com/photo/101597246/Toyota_Halfcut_Engine_And_Parts_.jpg[/img]

    dimana ku ingin mencarimu selepas 2011…

    • lesen_L on November 7, 2009 at 3:17 pm
    • Reply

    mcm april fool la plak,buat org glabah je….tak gitu advan_gsr,so mari le ramai2 sebut SUPPPRRRIIIISSSEEEE,muahahaha

    • lancer ck2 on November 7, 2009 at 5:41 pm
    • Reply

    emmm masa mula2 dgr kabar knderaan yg lbih 15thn kena bt pemeriksaan,aku dah dpt pkir ramai yg tak stuju…lu dpt pkir tak matpon dak2 sekolah lama mcm aku akan bt ape klu keta lebih 15 thn kena bt pmeriksaan??? jeng jeng huahuahua…

    • karipap on November 7, 2009 at 7:50 pm
    • Reply

    Adal benda ni kensel aku dah x kisah.

    • Jamil Butang on November 7, 2009 at 9:55 pm
    • Reply

    skang mintak2 la kensel pasal import alat ganti plak. Bapak gua pakai lagi merc c200 taun 95. kalu rosak pape kan naya tu..

  4. Cuba tgk kat blog Che Det psl Proton. Ikhlas drpd – http://sue-sygckit.blogspot.com

  5. Cuba tgk ulasan Che Det kat blognya…

    • papan on November 8, 2009 at 5:23 pm
    • Reply

    downg yg kayo2 buleh la nk ckp itu ini, golongn yg sderhana nie?? jd ape sey kalo spare part import kne blok…. hmmm… hope phak krjaan prtmbngkn la bnde2 nie…..

    • avtomat kalashnikov on November 9, 2009 at 10:25 am
    • Reply

    pergh… nasib baik x jd dasar ni.. mls gua nk anta iswara jongkit motosepot gua g puspakom. hahahahahahancing!

    • tambest on November 9, 2009 at 8:40 pm
    • Reply

    selamat kancillution gua…takyah g ngadap puspakom…

    • shukz on November 10, 2009 at 5:55 am
    • Reply

    Hye ape nak jadi la kerajaan mesia ney..1 mesia la sgt.
    1 mesia tok mu!

  6. Half cut batal sbb nk paksa pengeluar2 besar buat@manufacture parts kat Malaysia. Tp, nk kena fikir gak. Mana nak carik parts2 utk kereta2 lama? So cadangan teman, tukarkan halfcut jadi macam junkyard kat negara2 maju tu.

    • kete kite on November 11, 2009 at 12:50 pm
    • Reply

    emmm apepe saje la..

    • VTECburuk on November 12, 2009 at 10:06 pm
    • Reply

    jangan tiba tiba tukar dasar lagi udah..

    • VTECstdrd on November 14, 2009 at 9:25 am
    • Reply

    snng hati ku. nnti x yah nk pk2 tukar2 keta lg
    blh lh upgrid enjin plk ps ni
    vtec selama2nya

    • Han on November 14, 2009 at 10:55 am
    • Reply

    kalo tukar lagi dasar automotif ni, mari kita sama2 benam mereka ke dasar yang sebenar..

    biar mereka rasa apa itu suara rakyat!!

    • awang ribut on January 8, 2011 at 2:47 pm
    • Reply

    naik kan jgk pendapatan rakyat..
    asyk brg ja naik..
    hapuskan brg tiruan..
    brg halfcult lg bgus sbb kita tau dah dia punya status..hahaha

    • spero kuning on April 6, 2011 at 12:03 am
    • Reply

    Cuba kita baca betul2 sbb apa gov batalkan cadangan ni.. sbb TAK POPULAR… ini je yang gov pentingkan.. POPULAR.. tak popular maknanyer undi kurang, mcm mana nak kekal berkuasa kat Putrajaya..
    Bukan sbb keperihatinan untuk rakyat sebenarnye..
    Jd marilah kita tunjukkan kat diorang, langkah menyekat kemasukan half cut juga adalah langkah yang TAK POPULAR.. Payah dpt gov mind mcm artis ni…

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.