Bergaya Dengan MINI by PUMA

Sesuai untuk sesiapa sahaja yang masih belum mampu membeli kereta MINI tetapi suka bergaya, jenama premium itu baru-baru ini memperkenalkan rangkaian aksesori yang merupakan hasil kerjasamanya dengan jenama sukan terkenal, PUMA.

Dikenali sebagai MINI by PUMA, ia terdiri daripada pelbagai aksesori seperti kasut, beg, baju serta jaket. Harganya pula bermula dari RM199 sehingga RM359 setiap satu. Boleh tahan juga harga dia!

 

Koleksi produk MINI by PUMA sebenarnya merupakan hasil daripada satu perjanjian perlesenan di antara kedua-dua belah pihak sejak pertengahan tahun lalu. Disasarkan kepada pengguna lelaki dan wanita muda, ia mengambil inspirasi fesyen British.

Bagi yang berminat, aksesori-aksesori tersebut sudah pun berada di pasaran sejak Jumaat lalu. Menurut Pengurus Besar PUMA Malaysia, Sheryl Wong, koleksi terbaharu itu boleh didapati menerusi semua cawangan PUMA Store  dan pengedar terpilih di seluruh negara mulai Oktober 2012.

Untuk makluman semua, sebelum ini PUMA pernah menawarkan aksesori dan pakaian bagi empat pengeluar automotif iaitu Mercedes AMG Petronas, BMW Motorsport, Ferrari dan Ducati.

 

Ihsan gambar: Shawkath Azde

-Syuk-

Ahmad Syukran

2 Comments

Kata Anda//