Aston Martin Cygnet: Kereta Kompak Hartawan!

Aston Martin Cygnet.03

Kita biasa tengok kereta ini di media massa, kereta kompak mewah yang asalnya daripada Toyota iQ. Apa yang Aston Martin buat ialah mewahkan kereta Jepun ini dan caj berlipat kali ganda sebab bila kita bercakap pasal segmen premium ini golongannya adalah yang jenis duit berkepuk. Jenis duit tak habis makan. Cygnet ini memang popular dan ianya bakal diproduksikan pada 2011 selepas pertama kali dipertontonkan pada umum Mac lepas.

Spesifikasi penuh Cygnet masih belum dikeluarkan jadi nak cerita panjang pun tak boleh. Yang Aston Martin maklumkan ialah kereta ini adalah keluaran kelapan daripada kilang canggih mereka sejak tahun 2004. Tak apa, kita layan gambar saja, Matpon punya stail.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Muhammad

8 Comments

  1. naza ada bawa masuk keta smart talaan brabus iaitu smart fortwo brabus ultimate 112 harganya RM530ribu.gila keta kcil lebih baik gua bli evo.

  2. tu lah psal..SMART lagi la sesuai utk org duit bekepok tpi xtau nak buat ape,amal jariah da bnyak sngat..baik amik Civic..

Kata Anda//