Pentas podium Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sudah lama tidak dijejaki oleh anak tempatan untuk acara perlumbaan antarabangsa. Kini kekosongan itu sudah dipenuhi apabila Zulfahmi Khairuddin memenangi tempat kedua perlumbaan World SuperSport (WorldSSP) pada lewat petang semalam.
Perlumbaan yang ditunda selepas acara WorldSBK akibat cuaca itu nyata berbaloi buat pelumba negara yang bermula ditempat kelima. Beliau menamatkan perlumbaan hanya 0.050 saat di belakang Aryton Badovini. Perlumbaan juga sengit apabila beliau silih berganti mendahului perlumbaan dengan Aryton yang nyata mendebarkan penonton yang setia menyokong.
Ternyata sokongan itu dibalas dengan kejayaan Zulfahmi. Kali pertama Zulfahmi menduduki podium antarabangsa di SIC ialah pada tahun 2012 semasa beliau berlumba di MotoGP.