VW Tawar Program Tukar Beli Jetta Baharu dan Passat Serba Baharu

vpcm-trade-in-programme

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) meraikan tahun baru 2017 dengan program tukar beli (trade in) yang eksklusif untuk model Jetta dan Passat serba baharu. Program itu bermula sekarang hingga 31 Mac 2017.

Pemilik kenderaan Volkswagen kini boleh menukar kenderaan lama pada harga menarik untuk membeli model Jetta baharu yang bermula dari RM108,990 atau Passat serba baharu yang berharga dari RM159,990 seunit. Tawaran ini turut terbuka kepada pemilik kenderaan jenama lain dengan harga penukaran yang cukup menarik.

vw-jetta-facelift-2016-03

VW Jetta

Jetta baharu merupakan salah satu sedan saiz sederhana yang terbaik di pasaran dan paling berkuasa dalam kelasnya. Ia menawarkan gabungan pemanduan yang sporty dan selamat. Jetta baharu dikuasakan oleh enjin generasi baru 1.4L TSI dengan pengecas turbo tunggal yang dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) 7-kelajuan yang telah ditambah baik.

Enjin tersebut mampu menjana kuasa yang mengagumkan iaitu 150PS dan tork setinggi 250Nm di antara 1,500 hingga 3,500rpm. Tiga varian ditawarkan; Highline, Trendline dan Comfortline.

BACA: VW Jetta Facelift Dilancarkan – RM109K Hingga RM129K

BACA: VW Passat 2016 Dilancarkan – RM159,990, RM179,990 dan RM198,990

vw-passat-2016-02

VW Passat

Passat serba baharu menampilkan gabungan sempurna di antara gaya dengan prestasi bersama reka bentuk mengagumkan serta pelbagai teknologi canggih. Passat telah memenangi pelbagai anugerah di seluruh dunia dan menerima rebiu memberangsangkan sejak dilancarkan pada November 2016 yang turut mendefinisikan semula segmen kelas D.

Varian Highline menggunakan enjin TSI dengan sistem pengecas turbo bersesaran 2.0L yang dipadankan bersama kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan. Ia menawarkan kuasa mencecah 220PS dan tork 350Nm di antara 1,500 hingga 4,400rpm. S

Varian Comfortline dan Trendline pula hadir dengan enjin 1.8L TSI yang dipadankan bersama kotak gear (DSG) 7-kelajuan untuk menjana kuasa mencecah 180PS dan tork 250Nm.

Program Tukar beli

Program tukar beli ini sah untuk pemilik kenderaan dengan minimum pemilikan selama enam bulan mulai tarikh pendaftaran. Kenderaan yang ditukar tertakluk kepada pemeriksaan dan penilaian oleh pengedar-pengedar sah Volkswagen yang mana berhak membuat keputusan akhir untuk menerima penukaran kereta tersebut atau sebaliknya.

Maklumat lanjut mengenai program ini boleh didapati di bilik pameran Volkswagen berhampiran.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.