VW Passat 2016 Dilancarkan – RM159,990, RM179,990 dan RM198,990

vw-passat-2016-03

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) berbangga untuk mengumumkan pelancaran model utamanya, Passat serba baharu. Passat serba baharu kini hadir dalam tiga varian dan ditawarkan pada harga RM159,990 untuk varian Trendline, RM 179,990 bagi varian Comfortline; dan RM198,990 untuk varian Highline.

Generasi kelapan model ini kini merupakan yang terlaris di seluruh dunia, ia menampilkan reka bentuk yang unggul, enjin yang ekonomikal dan dilengkapi oleh teknologi tercanggih masa kini.

“Passat serba baharu merupakan ekspresi sempurna tentang gaya dan prestasi. Reka bentuknya menggabungkan aspek eksklusif dan dinamik yang luar biasa. Pretasinya pula merangkumi keseimbangan yang sempurna antara praktikaliti dan kuasa. Dengan mengunakan kaedah kejuruteraan terkini, Passat serba baharu telah mendefinisikan semula segmennya,” menurut Florian Steiner, Pengarah Urusan Volkswagen Passenger Cars Malaysia.

Passat mula diperkenalkan di pasaran Malaysia pada tahun 2006. Kemudian pada tahun 2011, Passat generasi ketujuh menjadi model pemasangan tempatan pertama Volkswagen di Malaysia yang dikilangkan di DRB-Hicom di Pekan.

Enjin dan Prestasi

Passat adalah sebuah kereta yang amat berkuasa yang menggabungkan enjin TSI pengecas turbo bersesaran 2.0 liter dengan kotak gear direct shift (DSG) 6-kelajuan yang menawarkan ouput kuasa mengagumkan pada 220PS dan tork 350Nm di antara putaran enjin 1,500 hingga 4,400rpm. Ia menawarkan pecutan luar biasa, iaitu 6.7 saat dari 0 hingga 100km/j dengan bacaan penggunaan bahan api sekitar 6.2l/100km.

vw-passat-2016-02

Ciri hiburan yang dipertingkatkan

Sistem infotaimen Passat menawarkan pemandu dengan pilihan ketersambungan yang luas dan navigasi lebih mudah. Sistem Paparan Info Aktif adalah satu kluster instrumen sepenuhnya digital yang beresolusi tinggi, interaktif dan boleh diubah suai menggantikan instrumentasi tradisional.

Terdapat lima tema yang telah ditetapkan serta mod pemanduan berbeza untuk memenuhi keperluan tersendiri pemandu – Classic, Eco Mode, Driving Assistance Mode, Fuel Consumption Mode dan Navigation Mode.

Ciri-ciri lain termasuklah pilihan ketersambungan yang luas menerusi satu paparan skrin sentuh. Unit utama ini juga menyokong paparan kamera undur, menu kereta yang lengkap dan sistem infotaimen. Sistem MirrorLink pula memudahkan operasi telefon pintar untuk pemanduan yang lebih menyenangkan.

Kecekapan

Passat kini lebih efisien dengan fungsi start/stop, brek dengan penjanaan semula tenaga dan rekaan badan yang aerodinamik untuk menawarkan penjimatan bahan api luar biasa.

Fungsi start/Stop akan mematikan enjin apabila kereta berada dalam keadaan pegun dan menghidupkannya kembali apabila anda mula bergerak. Manakala ciri brek dengan janaan tenaga pula mengitar semula tenaga yang hilang, menyimpan dan menggunakannya untuk memecut. Tayar yang mempunyai tahap halangan pusingan rendah digunakan untuk memberikan Passat kecekapan tenaga dan penjimatan bahan api secara keseluruhannya.

vw-passat-2016-04

Ciri-ciri Keselamatan

Keselamatan adalah satu aspek penting bagi semua kenderaan Volkswagen. Passat dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan utama seperti Lane Assist, Dynamic Chassis Control (DCC), Automatic Post-Collision Braking System dan Electronic Differential Lock (XDS). Ciri lain termasuklah enam beg udara, Electronic Stability Control (ESC), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Brake Assist (BA), Intelligent Crash Response System (ICRS) dan Hill-hold Control.

Menyedari tentang keperluan keselamatan kanak-kanak, Passat dilengkapi dengan tingkap kuasa anti-pinch dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak.

Kemudahan

Untuk kali pertama di dalam sebuah kenderaan Volkswagen di Malaysia, Passat dilengkapi dengan ciri Easy Open – alat pengesan tanpa/bebas kunci yang mengawal dan membuka ruang kargo belakang secara automatik apabila mengesan pergerakan kaki pemandu. Ketinggian bukaannya juga boleh diubah suai mengikut keperluan.

Ruang dalaman

Ruang kabin Passat dilengkapi pelbagai ciri astetik dan fungsi seperti sistem kemasukan tanpa kunci dan butang penghidup enjin KESSY. Selain stereng multi-fungsi yang dibalut kulit bersama paddle shifter untuk memudahkan pengendalian bagi pemandu ketika memandu. Ciri-ciri lain termasuklah cermin pandang belakang anti silau automatik, kawalan pelayaran, tingkap kuasa automatik, kawalan suhu 3 zon dan Park Assist. Ruang dalaman diserlahkan lagi dengan kemasan kayu “Brilliant Pine” yang mewah. Passat dipasang dengan upholsteri tempat duduk separa kulit. Di samping perehat tangan yang boleh dilaras dan corong pendingin hawa bagi tempat duduk belakang, tempat duduk pemandu yang boleh dilaras 12-cara serta sistem pendingin hawa “Climatronic” dengan kawalan suhu 3 zon untuk keselesaan semua penumpang.

vw-passat-2016-01

Luaran

Passat dipasang dengan rim aloi “Dartford” bersaiz 18 inci dan lampu utama LED adaptif. Ciri ini meningkatkan tahap penglihatan pemandu dalam apa jua kondisi cuaca. Satu lagi penambahan pada Passat ialah sistem cucian lampu utama untuk memberi kemudahan dan menambah baik tahap penglihatan.

Ketenangan minda

Semua kereta Volkswagen yang didaftar baru bermula 1 September 2016 kini berserta jaminan pengeluar berserta bantuan tepi jalan selama lima tahun.

Warna

Passat serba baharu boleh didapati dalam tujuh warna – putih (Pure White), hitam (Deep Black), perak (Reflex Silver), kelabu (Indium Grey), merah (Crimson Red), coklat (Black Oak Brown) dan biru (Harvard Blue).

Muhammad

Kata Anda//