VW Polo GTI: Versi Kecil Golf GTI

VW Polo GTI 2011.03

Harus diakui apabila pengeluar kenderaan terkemuka Eropah iaitu Volkswagen gagal untuk berkerjasama dengan pengeluar kenderaan nasional Proton, tidak sedikit yang berasa kecewa. Peluang untuk merasai teknologi Eropah pada harga mampu milik kini tinggal mimpi. Ironinya daripada pemerhatian saya, masalah yang sinonim dengan kereta buatan Eropah seperti khidmat lepas jualan yang lemah serta susut nilai yang tinggi seolah-olah dilupakan bila bercakap mengenai VW. Saya tidak pasti puncanya, lebih aneh model yang paling sinonim dengan rakyat Malaysia hanyalah Beetle klasik dan selepas itu hayat VW di Malaysia hidup segan mati tak mahu. Saya fikir VW harus berterima kasih kepada Tan Sri Tengku Mahaleel, mantan Ketua Pegawai Operasi Proton kerana beliau adalah pencetus kepada kerjasama ini dan secara tidak langsung mempopularkan kembali jenama VW di pasaran tempatan.

Selepas berpuluh tahun VW bersandarkan kepada Beetle, rakyat tempatan sejak beberapa tahun lepas boleh mengaitkan jenama itu dengan model Golf GTI. Tiada angin dan tiada ribut tiba-tiba sahaja Golf GTI menjadi popular dan banyak dibawa masuk oleh pengimport kenderaan bebas. VW tidak boleh membiarkan keuntungan yang sepatutnya masuk ke poket mereka terlepas begitu sahaja dan mereka kini membawa masuk beberapa model global dan pada masa akan datang akan mengeluarkan model pemasangan tempatan dengan kerjasama DRB Hicom. Buat masa ini, antara model yang bersungguh-sungguh dipromosikan oleh VW Group Malaysia ialah Polo. Kereta bandar dengan enjin 1.2 liter TSI yang dipadankan dengan transmisi 7 kelajuan DSG. Spesifikasinya hebat dan begitu juga dengan harganya iaitu sekitar RM110 ribu yang juga merupakan model VW paling murah boleh dibeli di pasaran.

VW Polo GTI 2011.01

Walau bagaimanapun, harus tahu bahawa Polo turut mempunyai model berprestasi seperti abangnya Golf GTI iaitu Polo GTI. Model itu dikatakan sebagai Polo paling pantas, lebih fokus serta dengan prestasi paling bersih pernah dikeluarkan setakat ini. Sejarah model prestasi Polo bermula pada tahun 1986 dengan pengenalan model G40 Coupe iaitu kereta yang dijanakan oleh enjin rev tinggi dan berkuasa 113ps dengan pengecas lampau (supercharge). Enjin itu juga ringan dan mempunyai tindakbalas yang hebat. Maju pada tahun 2010, Polo GTI diperkenalkan dengan karakter yang sama seperti model G40. Enjin yang digunakan pada Polo GTI bersesaran 1.4 liter dengan TSI iaitu gabungan pengecas lampau dan pengecas turbo. Kedua teknologi canggih itu berfungsi dengan pengecas lampau digunakan daripada kelajuan enjin melahu hinggalah kepada 3000 rpm sebelum diambil alih oleh pengecas turbo. Kuasa puncak enjin ialah 180ps pada 6200 rpm dan kesemua kuasa itu hanya digunakan untuk menarik beban badan yang hanya seberat 1184 kg. Hasilnya pecutan daripada pegun hingga 100 km/j hanya mengambil masa 6.9 saat dengan kelajuan maksimum sepantas 229 km/j. Falsafah nisbah kuasa kepada berat (power to weight ratio) memang tidak pernah salah.

Enjin 1.4 TSI tersebut kemudiannya dipadankan dengan transmisi canggih iaitu 7 kelajuan DSG yang memacu tayar hadapan. Selain daripada itu, Polo GTI turut dilengkapi dengan Electronic Slip Differential [EDL] standard dan XDS differential iaitu sistem kawalan cengkaman elektronik yang menyilangkan kuasa untuk memberi lebih cengkaman serta pengendalian yang lebih baik. Sistem XDS adalah merupakan lanjutan fungsi kepada EDL yang merupakan sebahagian daripada Electronic Stability Program (ESP) standard pada model ini. Selain daripada itu, bagi menambah ramuan pemantanpan pengendalian Polo GTI, VW menggunakan spring dan damper baru yang mana menjadikan kereta ini 15mm lebih rendah berbanding Polo biasa.

VW Polo GTI 2011.02

Seperti model Golf GTI, Polo GTI turut mempunya beberapa perubahan astetik. Antaranya ialah bampar depan baru yang mempunyai ruang kemasukan udara yang dalam serta jeriji sarang lebah dengan jaluran merah horizontal dan lencana ringkas GTI. Lampu depannya dipasangkan lampu LED siang hari yang menonjolkan lagi imej model ini. Pada bahagian belakang, bamparnya mempunyai peresap kecil dan sepasang muncung ekzos berwarna krom. Lencana Polo kemudiannya digantikan dengan ayat GTI. Rodanya pula bersaiz 17 inci dengan rekaan yang serupa seperti model GTI dengan angkup brek berwarna merah.

Pada saya Polo yang dijual di dalam pasaran tempatan sekurang-kurangnya harus mempunyai rekabentuk begini yang nampak lebih muda dan eksklusif berbanding Polo standard dengan harga jualan tinggi tetapi nampak seperti ‘Mat Skema’. Paling parah nampak seperti tidak padan dengan harga. Lagi pula, Polo adalah model Golf paling mampu milik dan sekurang-kurangnya dapat mengubat hati mereka yang kecewa dengan kegagalan projek Proton VW. Pada saya, Proton Satria GTI sudah memadai untuk diri sendiri.

Newspress

-Mak/d Uia-

Silakan kongsi:

10 comments

Skip to comment form

    • Alteja on 22/08/2011 at 8:06 AM
    • Reply

    Pasni aku akan berpindah kat Pajam Nilai & dok berulang KL. Aku dah mula mencongak nak pakai kelisa balik…
    POLO GTi??? tungguuu

  1. Gua mampu mkn gula2 POLO Mint jer…hahaha

  2. jangan-jangan ada Polo Sedan lepas ni

    • Alteja on 22/08/2011 at 2:34 PM
    • Reply

    Kasut POLO, kalau pakai, korang boleh lari selaju Usain Bolt masa dikejar anjing…

    • gemuk sgt resing on 22/08/2011 at 6:28 PM
    • Reply

    ford fiesta & sujuki swift sport tetap dihatiku…
    polo pun okey ape…cuma wa xpandai gune DSG derr….

  3. hati nurani gua yakin gua agak ZzzzZZzzz. sekian. ish lama lu orang tak tanye gua ni tak rindu ke ni. sekian.

    • vtec standard on 24/08/2011 at 1:18 PM
    • Reply

    cun2.. tunggu 2nd 10thn bru mmpu beli

    • mahdi on 11/09/2011 at 12:07 PM
    • Reply

    keter cun..tapi halega lagi cun..gua mampu pakai baju polo jer…tu pong yang cap’jalan petaling k.l.’

    • vtec standrd on 01/04/2012 at 4:33 PM
    • Reply

    minyak jimat dr viva ni.. tp power nk sama dgn civic

    • kn on 17/08/2012 at 3:40 PM
    • Reply

    wa..memang tak dinafikan polo punya performance memang mantap..kalu di beri pilihan samada golf atau polo…saya akan pilih polo 1.2L..engine power plus minyak jimat…

Leave a Reply to mahdiCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.