VW Eos Convertible Coupe

VW Eos Convertible.09

VW memperkenalkan rupa baru Eos Convertible Coupe mendahului kemunculan umum Pameran Kereta Los Angeles yang dijadual pada 17 November akan datang. Rupa baru ini adalah selari dengan bahasa desain terkini VW seperti yang kita boleh lihat pada model Polo, Passat dan Sharan. Garisan horizontal mendominasi bahagian depan kereta dan gril baru dengan penonjolan krom menghasilkan pandangan yang lebih lebar dan rendah berbanding model terdahulu. Pandangan depan dikemaskan lagi dengan lampu depan dengan bentuk sama seperti model Golf dan mempunyai lampu LED siang hari.

VW Eos Convertible.07

Bamper depan turut diberi perhatian dengan pengempang udara [air dam] dan lampu kabus baru berserta bonet yang diprofail semula. Bahagian belakang turut disemak juga dengan menggunakan lampu baru. Seperti Eos terdahulu, bumbungnya terdiri dari lima bahagian boleh lipat yang turut didatangkan dengan cermin suria. Operasi buka dan tutup bumbung pula hanya memakan masa 25 saat.

Eos terbaru ini ditawarkan dengan dua jenis enjin iaitu petrol dan diesel dengan varian 1.4 liter TSI berkuasa 122ps, 2.0 liter berkuasa 210ps dan 2.0 liter TDI berkuasa 140ps.

Sumber: Newspress

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

7 comments

Skip to comment form

  1. kalau model ni yg buat kat pekan 1.4TSI 160bhp mcm enjin GTi ..pehtu rega lak dalam 125K ..kompom next 3 year myvi gua dapat teman baru di garaj rumahku hahaha

    • cb400vtec on 08/10/2010 at 11:18 AM
    • Reply

    nasib baik en sepat de garage..
    buatnyer time bukak bumbung,ujan lak lupe nk tutup bumbung,lgsung banjir..pdn muka..

    • C27 on 08/10/2010 at 2:01 PM
    • Reply

    gua mmg dh agak..sepat mmg suka tajuk kereta VW ni

  2. C27

    ahh gua minat aje tp kemampuan belum sampai situ.. myvi pun dah syukur dulu gua saspek maybe gua tak mampu beli kereta pun..

    cb400vtec

    dari gaya intonasi huruf lu.. pompuan ker ni? keh keh keh

    • C27 on 08/10/2010 at 4:23 PM
    • Reply

    kehkehkeh..sepat ni kalau pompuan bukan main lagi ek.. mujur Kak Ros tak reti nak buka GearTinggi ni…

    • belalang_kontot on 08/10/2010 at 5:36 PM
    • Reply

    vw ni reger pasaran seken die cam peugout,renault,citroen dll tak?

  3. nnt gua dh jadik manager kot baru mampu nak beli kete ni

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.