Volvo V40 T5 Kini Lebih Berkuasa Dengan Enjin Drive-E Baharu – 245HP dan 350Nm Tork

Volvo V40 T5 Drive-E.2016.02

Selepas melancarkan XC60, S60 dengan nadi kuasa Drive-E, kini tiba giliran model hatchback V40 untuk dibekalkan dengan teknologi baharu itu. Nadi kuasa itu telah banyak memenangi anugerah dunia dan ianya dikenali dengan kombinasi prestasi, emisi rendah dan penjimatan bahan api.

Dipadankan dengan transmisi 8 kelajuan automatik, V40 T5 Drive-E mampu menghasilkan kuasa maksimum setinggi 245hp dengan tork 350 Nm di antara 1,500 rpm hingga 4,800 rpm. Kuasa itu diterjemahkan kepada kemampuan memecut dari pegun hingga 100km/j di dalam 6.3 saat sahaja dengan kelajuan maksimum 240 km/j.

“Matlamat utama kami sewaktu pembangunan nadi kuasa Drive-E ialah untuk memberikan keseronokan pemanduan melalui enjin yang berkuasa tetapi jimat bahan api dengan emisi rendah,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

Penggunaan bahan api V40 Drive-E ialah 6.1l/100 km dan menariknya output kuasa meningkat kepada 32 hp dan 50 Nm berbanding enjin lama. Selain nadi kuasa baharu, V40 T5 dilengkapi ciri-ciri terbaik di dalam kelasnya seperti City Safety, BLIS, Cross Traffic Alert dan Park Assist Pilot.

Volvo V40 T5 Drive-E.2016.04

Harga di atas jalan tanpa insurans termasuk CBP Volvo V40 T5 Drive-E ialah RM192.888.00 yang didatangkan dengan waranti 5 tahun serta 5 tahun Bantuan Volvo-on-Call. Model ini boleh didapati dengan lima warna iaitu Ice White, Ember Black, Raw Copper, Bright Silver dan Osmium Grey.

Tonton 28 imej luaran dan interior Volvo V40 T5 baharu pada slaid di bawah ini.

This slideshow requires JavaScript.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.