Volkswagen Passenger Cars Malaysia Umum Pelantikan Pengarah Urusan Baharu

erik-winter-joins-florian-steiner-as-managing-director-at-vpcm

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) mengumumkan pelantikan Erik Winter sebagai Pengarah Urusannya yang baharu berkuat kuasa serta-merta. Winter menggantikan Pengarah Urusan sebelumnya, Alin Tapalaga yang kembali ke Eropah berikutan masalah kesihatan dan memantau operasi Jenama dan Sumber Manusia Syarikat. Winter akan menyertai Pengarah Urusan VPCM untuk Selepas Jualan, Teknologi Maklumat dan Kewangan, Florian Steiner.

Tidak asing dalam dunia peruncitan automotif, Winter membawa bersama pengalaman dan kepakaran yang diperolehinya selama 16 tahun berkhidmat di pelbagai unit perniagaan Porsche Holding Salzburg (PHS) di seluruh dunia. Winter sebelum ini bertugas di China di mana beliau bertanggungjawab ke atas operasi peruncitan salah satu jenama yang diwakili oleh PHS.

Bersama-sama dengan Steiner, Winter akan memberi fokus ke atas strategi VPCM untuk meningkatkan perkongsian pasaran, mengukuhkan rangkaian pengedar Volkswagen serta meningkatkan kualiti perkhidmatan selepas jualannya.

Dengan barisan produk yang semakin mantap berikutan pelancaran model utama Volkswagen baru-baru ini iaitu Passat serba baharu, komitmen VPCM untuk mengembangkan lagi jenama Volkswagen di Malaysia semakin kukuh, biarpun di sebalik landskap automotif di Malaysia yang sangat kompetitif.

Sebagai sebahagian daripada strategi untuk menambah baik pengalaman pemilikan produk Volkswagen, VPCM telah memperkenalkan jaminan pengeluar selama lima tahun ke atas semua kereta Volkswagen yang dibeli mulai 1 September 2016. Passat serba baharu yang dibeli dan didaftarkan sebelum 31 Disember 2016 turut hadir bersama penyelenggaraan percuma selama lima tahun.

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.