Tun Dr. Mahathir Rasmikan Kilang Lotus Racing!

Tun Dr. Mahathir

Tun Dr. Mahathir pada Isnin lepas merasmikan pembukaan kilang Lotus Racing di Hingham, Norfolk. Beliau turut disertai oleh Prinsipal Tim Lotus Racing, Tony Fernandes, 2 Timbalan Prinsipal Tim, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin dan Ketua Pegawai Teknikal, Mike Gascoyne.

Lotus Racing Factory

Sepanjang lawatannya, beliau diberi taklimat terperinci tentang pelbagai aspek kilang Formula 1. Beliau juga turut diberi peluang untuk duduk didalam kokpit Lotus T127 semasa enjin dihidupkan. Tun Dr. Mahathir adalah individu yang bertanggungjawab mewujudkan sukan permotoran skala besar dalam negara dengan pembinaan Litar Sepang dan penganjuran pelbagai sukan permotoran antarabangsa.

Lotus Racing Factory

Tony Fernandes dan pemegang saham Lotus Racing lain, Kamarudin Meranun dan SM Nasarudin berbangga dengan kehadiran Tun Dr. Mahathir bagi menyaksikan peristiwa bersejarah tersebut. “Ianya sangat mengujakan untuk kami dan tim bila mana Tun Dr. Mahathir dapat datang ke Norfolk dan merasmikan kilang kami. Beliau adalah Bapa sukan permotoran di Malaysia, dengan visinya melahirkan Litar Antarabangsa Sepang dan Grand Prix Malaysia dan menginspirasikan kami untuk menggapai langit dan mencapai impian – dan ini satu penghormatan yang hebat untuk kami menyambutnya di sini dan kami sangat berbangga beliau telah membuka kilang kami hari ini,” katanya.

Lotus Racing Factory

Lotus Racing Factory

Tim Lotus Racing menghabiskan ujian rasmi minggu lepas di Jerez dan sekarang ini bergerak ke Barcelona untuk ujian terakhir sebelum pusingan sulung F1 di Bahrain daripada 12 hingga 14 Mac kelak.

Sumber: Lotus Racing

-Mak Uia-

Silakan kongsi:

Leave a Reply to jual air soya Cancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.