Tun Dr Mahathir Mohamad Melawat Kilang Lotus, Kali Kedua Selepas Setahun

Tun Dr Mahathir Visit To Lotus 2015.01

Tun Dr Mahathir Mohamad, Pengerusi Kumpulan Lotus dan Proton Holdings Berhad baru-baru ini melawat kilang Lotus di Hethel, United Kingdom. Beliau diberi penerangan mengenai pelan perniagaan Lotus dan barisan model baharu oleh Jean-Marc Gales, CEO Kumpulan Lotus sebelum melawat jaluran produksi Lotus Evora 400.

Menurut Tun Dr Mahathir, “Sejak melawat kilang ini setahun yang lalu, saya berasa kagun dengan perubahan yang dilakukan oleh pengurusan Lotus. Perniagaan telah mencapai banyak kemajuan dan sememangnya jelas proses perubahan sedang berjalan. Saya sentiasa gembira untuk datang ke sini dan dengan kemajuan yang dicapai serta model akan akan datang menjadikan saya lebih semangat dan teruja mengenai masa depan Lotus.”

Tun Dr Mahathir Visit To Lotus 2015.02

Jean-Marc Gales pula berkata, “Ianya satu penghormatan buat kami untuk menyambut Tun Dr Mahathir ke sini dan kami sangat menghargai maklum balas yang diberikan beliau. Kami telah berkerja keras untuk sampai ke tahap ini. Dengan pelancaran Lotus 3-Eleven dan penghantaran Evora 400 ke pasaran Eropah kami yakin untuk berada di landasan yang betul untuk kembali membuat keuntungan pada tahun kewangan ini yang semestinya pencapaian yang membanggakan.”

Mengakhiri lawatan, Tun Dr. Mahathir memandu uji Lotus Evora 400 di Litar Ujian Lotus di mana beliau kagum dengan kebolehan model baharu dari Lotus seterusnya mengesahkan lagi prestasi model sports itu yang diperakui oleh jurnalis antarabangsa.

Silakan kongsi:

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.