Toyota FT-Bh Concept: Ringan dan Efisyen

Model konsep terbaharu Toyota iaitu FT-Bh adalah sebuah kereta yang dibina untuk membawa teknologi hibrid pada tahap yang lebih tinggi. Membuat penampilan pertama di Geneva baru-baru ini, kereta itu mempunyai berat yang ringan iaitu kurang daripada 800kg yang mana sifir tepat untuk meraih penjimatan bahan api. Kata Toyota, model itu mampu meraih 134.5mpg (2.1l/100km) dengan emisi C02 sebanyak 49g/km. Dan pencapaian itu disumbangkan oleh angka berat dan rintangan pemanduan yang rendah, aerodinamik serta sistem enjin yang efisyen. Jika dibuat penanda aras, angka-angka tersebut bersamaan dengan Toyota Yaris pada ukuran 3,985mm panjang, 1,695mm lebar, 1,400mm tinggi dan 2,570mm jarak titik roda. Emisinya pula kira-kira separuh yang dikeluarkan oleh enjin 1.0 liter Yaris.

Bagi mencapai sasaran untuk mendapatkan penjimatan bahan api dan pengeluaran emisi terbaik, pasukan pembangunannya menfokuskan kerja mereka kepada lima aspek utama iaitu mengurangkan berat, rintangan pemanduan seperti aerodinamik dan prestasi tayar, sistem enjin yang efisyen, pengurusan tenaga terma (thermal energy) dan penjimatan elektrik. Paling penting untuk dikongsi, Toyota ‘sedar diri’ bahawa untuk mengurangkan emisi C02 secara besar-besaran di dunia adalah melalui kenderaan yang mampu dimiliki oleh rata-rata pengguna. Oleh itu, amat penting untuk sesebuah kereta hibrid tidak menggunakan peralatan yang eksotik, mahal dan melalui proses pembuatan yang kompleks dan hanya memadai jika menggunakan peralatan yang mudah didapati di dalam industri kenderaan.

Walaupun FT-Bh bentuknya kelihatan seperti ikan puyu namun dakwa Toyota tema rekaannya adalah Ecomotion yang mendemonstrasikan pendekatan baharu dalam rekabentuk badan kereta. Panel utama seperti bumbung seolah-olah kain fabrik yang boleh ditarik mengalun bagi melambangkan beratnya yang ringan. Bahagian depannya pula adalah gaya rekaan terkini Toyota dengan gril bawah yang rendah dan besar dengan bonet mengelembung serta lampu utama yang bersekali dengan fender sisi. Tiang A dan C yang ultra slim pula memaksimumkan saiz cermin untuk penglihatan yang lebih jelas dan rasa kabin yang luas. Bahagian belakang yang ‘senada’ dengan rekabentuk badan dan tepian berbentuk chevron (lekukan V) pula membantu dalam mencapai prestasi aerodinamik sebaik mungkin dan hasilnya ialah pekali seretan sebanyak 0.235. Konsep fabrik yang ditarik atau direnggangkan diteruskan di bahagian interior yang minimalis dengan konsol tengah yang cekung (concave) supaya fokus kepada pemandu di samping mengekalkan keluasan ruang.

Sasaran berat FT-Bh adalah 25 peratus kurang daripada berat badan Yaris 1.0 liter iaitu 1,030kg. Dengan material binaan seperti kombinasi besi tegangan tinggi, aluminium dan magnesium maka berat FT-Bh hanyalah 786kg iaitu satu angka yang rendah dan sangat ringan untuk sebuah kereta keluarga. Walau bagaimanapun, tugas meringankan berat keseluruhan bukanlah kerja yang mudah kerana pakej sistem hibrid yang lebih berat berbanding Yaris (kira-kira 60kg) dan untuk itu, berat kerangka badan, peralatan interior dan elektronik, chasis harus dikontrakan kepada kira-kira 340kg iaitu satu per tiga daripada berat Yaris. Secara teorinya, penjimatan pada bahagian kabin mempunyai kesan berangkai pada keseluruhan berat kereta. Bebanan pada struktur badan dan suspensi berkurangan seterusnya membolehkan saiz perkakasan lain dikecilkan. Berat yang kurang bermakna enjin yang lebih kecil boleh digunakan dan hasilnya boleh dilihat pada penjimatan berat dan kehilangan tenaga terma.

Sistem Hybrid Synergy Drive Toyota yang digunakan pada FT-Bh 60kg lebih ringan berbanding sistem yang digunakan pada Prius terkini. Enjin yang digunakan bersesaran 1.0 liter petrol kitaran Atkinson 2 silinder. Hasil daripada berat badan yang ringan juga menjadikan FT-Bh lincah dan responsif pada pedal dan brek. Motor elektriknya juga turut menyumbang kepada kelincahan kereta hibrid itu.

Walaupun FT-Bh hanyalah kereta konsep tetapi jika difikir lebih, seolah-olah Toyota hendak memberitahu kepada umum inilah Prius akan datang. Bentuk badannya terang-terang merupakan evolusi Prius. Suka untuk saya ulang seperti di awal perenggan tadi bahawa Toyota sedar objektif kenderaan mesra alam hanya benar-benar dapat dicapai jika majoriti orang mampu memilikinya. Syukurlah mereka bergerak ke arah itu dan semoga hasrat murni Toyota menjadi realiti, untuk kebaikan kita bersama.

Newspress

-Md Uia-

Silakan kongsi:

8 comments

Skip to comment form

  1. Apsal tak lawa langsung pada pandangan gua?

    • epi on 21/03/2012 at 11:29 AM
    • Reply

    pelik

    • perdanaburuklglawa on 21/03/2012 at 8:24 PM
    • Reply

    Hampeh punya design x lawa lgsg. Harap rim sukan aje yg beso gedabak.

    • belalang_kontot on 21/03/2012 at 10:54 PM
    • Reply

    ada menda yg perlu dikorbankan untuk mencapai sesuatu kebaikan…
    dlm konteks kenderaan mesra alam -> kelajuan dan rekabentuk.
    aerodinamik no 1.cantik no 2..

  2. @GH

    Gua rasa komen macam lu ni boleh buat semua designer tersedak dan tersedar yang design mereka memang hodoh. Designer semua, jangan abstrak sangat dan syok sendiri!

    • epi on 22/03/2012 at 9:09 AM
    • Reply

    gua stuju pendapat Goku Handsome…

  3. kadang2 designer pikir rekaan diorang i frest and adapting future design where else gua still rasa datsun sekolah memandu tu sentiasa cantik even tahun 2050 nanti kehkeh

  4. 1 lagi idea busuk dari jepun. huduh, bungol tambok
    nyak jutera toyota ni.

Leave a Reply to sepatCancel reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.