Toyota Camry 2017 – Kini Dengan 2 Varian Baharu dan Harga Lebih Rendah

toyota-camry-2016-03

UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) telah melancarkan dua varian baharu Toyota Camry untuk tahun 2017 dan turut menambah baik varian sedia ada. Varian baharu kereta segmen D itu ialah Camry 2.5 Hybrid Premium dan Camry 2.0G X yang diposisikan di antara Camry 2.5 Hybrid Luxury dan Camry 2.0 E. Harga di atas jalan varian Toyota Camry bermula dari RM152,900 hingga RM174,900.

Pengenalan varian itu dan penambah baikan adalah  selari dengan falsafah kaizen yang dipegang Toyota serta untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan.

Toyota Camry Hybrid menggunakan teknologi tinggi dan diiktiraf sebagai Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) di mana model itu layak menerima insentif daripada kerajaan seterusnya membolehkan pelanggan menerima harga yang lebih rendah.

Baca: TOYOTA COROLLA ALTIS 2017 – LEBIH SEGAR, SELAMAT DAN BERNILAI UNTUK WANG

Baca: TOYOTA INNOVA BAHARU DILANCARKAN – RM109K Hingga RM126K

toyota-camry-2016-09

Peralatan Standard Toyota Camry – Ciri Keselamatan Yang Lebih Baik

Untuk kemaskini terbaru, kesemua varian Camry dilengkapi peralatan keselamatan yang sebelum ini hanya terdapat pada varian paling tinggi. Kini standard ialah Kawalan Penstabilan Kenderaan (VSC) dan Kawalan Cengkaman (Traction Control), Hill-start Assist Control (HAC) dan tujuh beg udara termasuk di bahagian lutut pemandu. Turut dilengkapkan ialah Isyarat Brek Kecemasan (ESS) yang bersambung dengan lampu isyarat kecemasan yang akan diaktifkan apabila pemandu membrek secara mengejut. Lampu isyarat kecemasan akan menyala supaya dapat menarik perhatian pemandu belakang seterusnya mengurangkan pelanggaran dari belakang.

Toyota Camry 2.5 Hybrid Luxury

Khusus untuk varian paling tinggi iaitu Camry 2.5 Hybrid Luxury ialah Monitor Titik Buta (BMS) yang dapat memberi indikator sebarang objek di kawasan titik buta. Turut khusus untuk varian ini ialah Rear Cross Traffic Alert yang dapat mengurangkan kemungkinan pelanggaran sewaktu kereta diundur keluar dari petak parkir. Ia berfungsi melalui pengesanan sensor pada bahagian kiri dan kanan kenderaan. Penggunaan teknologi BMS pada Toyota Camry Hybrid Luxury diiktiraf ASEAN NCAP di mana model itu menerima Anugerah Istimewa untuk Teknologi Keselamatan yang diadakan pada majlis Grand Prix ASEAN NCAP 2016.

Penambah baikan lain pada model paling mewah ini ialah sistem audio yang lebih premium iaitu 12 pembesar suara JBL GreenEdge dan sistem bunyi keliling saluran 5.1. Pembesar suara JBL itu menghasilkan kualiti bunyi yang baik dengan penggunaan kuasa rendah manakala posisi pemasangannya dipilih secara teliti untuk prestasi terbaik.

Tersedia pada varian Hybrid Luxury ialah pengecas Tanpa Wayar Qi pada pad konsol tengah kabin kereta. Peralatan itu mampu untuk mengecas telefon bimbit yang berpadanan tanpa menggunakan wayar dengan hanya meletakkannya pada pad konsol kereta.

Pada bahagian luaran, kedua-dua Camry Hybrid Premium dan Hybrid Luxury mempunyai lampu kabus LED.

toyota-camry-2016-05

Toyota Camry 2.0G X

Interior Camry 2.0G X berbeza dengan tiga varian Camry lain yang menerima tema warna hitam. Varian ini didatangkan dengan balutan interior berwarna coklat gelap dan kemasan kayu Jati Mughal. Varian Camry 2.0 G X turut dilengkapi pengecas Tanpa Wayar Qi yang meringkaskan proses pengecasan telefon bimbit.

Perakam Video Pemanduan (DVR)

Kedua-dua varian Toyota Camry Hybrid dipasangkan DVR sebagai peralatan standard untuk merakam pandangan sewaktu pemanduan dan sangat berguna sebagai bukti jika berlaku kemalangan dan secara automatik boleh ‘mengunci’ rakaman yang berkenaan sewaktu kemalangan.

Pelanggan Camry 2.0G X dan 2.0E boleh memesan peralatan tersebut sebagai opsyen tambahan.

toyota-camry-2016-01

Roda Aluminium

Untuk roda aluminium pula, Camry Hybrid Premium menggunakan roda bersaiz 16 inci sama seperti Camry 2.0E. Varian Hybrid Luxury menggunakan roda bersaiz 17 inci yang sama dengan Camry 2.0G X.

Kesemua varian Toyota Camry didatangkan dengan 5 tahun waranti manakala pek bateri hibrid pula selama 8 tahun.

Senarai harga varian Toyota Camry (di atas jalan) adalah seperti berikut:

Toyota Camry 2.5 Hybrid Luxury – RM 174,900.00

Toyota Camry 2.5 Hybrid Premium – RM 164,900.00

Toyota Camry 2.0G X- RM 159,900.00

Toyota Camry 2.0 E – RM 152,900.00

Galeri Gambar Toyota Camry:

Silakan kongsi:

Kata Anda//

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.