Category: Teknologi Hijau

Mitsubishi i-MiEV Spesifikasi Amerika

Amerika mempunyai pasaran yang luas dan citarasa pembeli tersendiri membolehkan negara tersebut mempunyai varian kereta yang tidak ditawarkan di tempat lain. Bahkan pengeluar kereta membina jenama kedua khusus bagi meraih pembelian dari pasaran yang skeptik dengan jenama asal mereka. Maka lahirlah Infiniti, Acura dan Lexus. Walaupun demikian, Mitsubishi masih lagi mengguna pakai jenama asal berbeza …

Continue reading

Honda CRZ Menang Tiga Anugerah Dalam Seminggu!

Honda CRZ – kereta sport hibrid pertama dunia berjaya memenangi tiga anugerah berlainan iaitu majalah Stuff, Japan Car of the Year dan RAC Future Challenge dalam masa tujuh hari. Pada Sabtu lepas CRZ menyertai pertandingan perlumbaan pertama RAC Brighton to London Future Car Challenge dan dianugerahkan Most Economical & Environment Friendly Sports HEV. Kemudian pada …

Continue reading

Proton Exora Hibrid Menang Anugerah di UK!

Pada Sabtu lepas tiada angin dan ribut tiba-tiba sahaja kita dikhabarkan Proton memenangi anugerah perlumbaan rali kereta masa hadapan dari Brighton ke London. Sekutu yang tonton Buletin Utama mungkin ada perasan mengenai kemenangan ini. Secara spesifiknya Proton Exora Extended Range EV memenangi anugerah “the best range extended electric vehicle” yang mana telah meningkatkan moral dan …

Continue reading

Mean Green: Kepala Lori Volvo Hibrid!

Mean Green adalah nama gelaran untuk kepala lori yang dibina oleh staf Volvo Trucks. Paling menarik kepala lori ini menggunakan enjin hibrid dan dirancang untuk memecahkan rekod kelajuan dunia. Pemandunya bukan calang-calang iaitu Boije Overbrink, beliau adalah pelumba lori popular Eropah. Untuk info sekutu, Overbrink adalah pemegang rekod dunia pada tahun 2001 dan 2007. Pada …

Continue reading

Kereta Lumba Toyota di SEMA 2010

Sekarang ini di Las Vegas sedang berlangsung SEMA, pameran peralatan kereta yang katanya nombor satu di Amerika. Senang cerita pameran kereta-kereta modifikasi dan paling menarik bukan sahaja disertai oleh penala tetapi juga oleh pembuat kereta. Toyota tidak ketinggalan kapal dengan mempamerkan model yang telah diubahsuai seperti Urban Cruiser, Yaris dan Prius.

Continue reading

Honda Civic Hybrid RM109k je der!

RM109k je der Honda Civic Hybrid. Gua kasi post sama lu orang. Lagi murah dari Honda Freed dan macam-macam lagilah. Honda Goldwing jangan lu buat kira. Kalau lu orang beli Civic ni jangan niat mau resing sama gua. Confirm tak leh makan Veyron. Kekekekekek. Gua saspek brader yang nak beli Civic biasa mesti kucar-kacir mana …

Continue reading

Toyota Prius Generation X, SE Brader!

Entri ini disimpan sebagai draf sejak dua tiga hari lepas sebab saya sangat sibuk hendak menulis dan secara kebetulan UMW Toyota mengumumkan harga terbaru Toyota Prius semalam. Walaupun entri ini diperap lama tetapi nampaknya kini kena pada masa. Kepada yang berhajat nak beli Prius tetapi tergendala sebab harga, kini ianya disemak semula iaitu RM139,900 berbanding …

Continue reading

Toyota Prius: 10 Tahun Dalam Pasaran

Walaupun kami di GT tidak berapa gemar dan berat sebelah apabila menulis pasal Toyota tetapi hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah pembuat kereta ini satu-satunya wakil dari Asia yang boleh mengalahkan pembuat barat. Seperti juga kereta buatan China, walaupun kualitinya tidak sempurna tetapi China tidak bersekutu rapat dengan Amerika dan mempunyai hubungan mesra dengan negara …

Continue reading