Category: Penulis GT

Honda CR-Z Mugen RR: Not For Sale!

Honda CR-Z adalah sebuah kereta yang menarik dan walaupun berada di dalam kategori kecil (niche) model itu tetap mendapat sambutan. Walaupun kereta sport dikaitkan dengan sifat maskulin dan berprestasi namun CR-Z mempunyai pengikut tersendiri di kalangan golongan wanita. Mungkin mengecewakan untuk sesetengah peminat Honda apabila syarikat itu hanya membekalkan hanya satu opsyen enjin iaitu hibrid. …

Continue reading

Previu Media KLIMS 2013

Pameran Kereta Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 (KLIMS13) membuka tirainya kelmarin untuk previu media. Pameran dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan YB Dato’ Hasan Bin Malek. KLIMS dianjurkan oleh Persatuan Automotif Malaysia (MAA) dan diuruskan oleh Interexpo (M) Sdn Bhd. KLIMS Edisi ke-8 bertema “Kecekapan Mobiliti” pasti akan membawa momentum baharu ke dalam …

Continue reading

Pandu Uji Honda CR-V 2.0 2013: SUV Urban dan Praktikal!

Honda tidak pernah kalah dalam mengeluarkan model-model hits antaranya Civic, Accord, Jazz, dan CR-V. Model-model tersebut jika ditanya di ceruk mana pun pasti akan dikenali, digemari dan diidam-idamkan. Baru-baru ini saya memandu uji Honda CR-V baharu yang dilancarkan pada Mac lepas. Mungkin ada yang tertanya apakah maksud di sebalik nama CR-V yang sebenarnya merujuk kepada …

Continue reading

Toyota Menduduki Tangga Tertinggi dalam Kepuasan Jualan di Malaysia – JD Power Asia Pacific

  Walaupun kepuasan pelanggan secara keseluruhan terhadap proses jualan kenderaan bertambah baik di Malaysia pada 2013, jurang kepuasan di antara pengeluar kereta domestik dan import telah bertambah besar, mengikut Kaji Selidik Indeks Kepuasan Jualan (SSI) J.D. Power Asia Pacific Malaysia 2013 (SM) yang diterbitkan pada September lepas. Kini dalam tahun ke-11, kaji selidik tersebut mengkaji …

Continue reading

Saga SV Bantu Lonjakkan Jualan Proton dan Suprima S Kini Dijual Di Indonesia

Disokong oleh jualan Exora, Persona, Prevé, Suprima S dan khususnya Saga SV, prestasi jualan Proton pada suku ketiga 2013 melonjak 27 peratus berbanding suku yang sama pada 2012. Bukan setakat itu, prestasi suku ketiga juga meningkat 42 peratus berbanding suku kedua sebelumnya. Peningkatan jualan itu disumbangkan oleh Proton Saga SV yang dilancarkan pada Jun lepas. Model …

Continue reading

VW Polo Sedan Kini RM85,888!

Volkswagen Group Malaysia baru-baru ini menganjurkan majlis pelancaran media bagi Polo Sedan 2014, German Engineered Malaysian Assembled yang turut disaksikan oleh rakan usahasama mereka, DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) di Pusat Konvensyen Setia City. Melambangkan komitmen berterusan Volkwagen di dalam usaha untuk menyemai inovasi dan teknologi Jerman di dalam pasaran tempatan, pelancaran Polo Sedan 2014 hari ini …

Continue reading

Hyundai i10 2014: Gelombang Kedua Hyundai!

Rasanya tidak perlu diulas panjang mengenai kehebatan kereta buatan Korea seperti Kia dan Hyundai kerana buktinya banyak boleh dilihat di atas jalan raya. Promosi yang dilakukan juga hebat dan paling penting produk yang mereka ada boleh jual, apa guna kalau promosi hebat tetapi produk yang ditawarkan lemah. Sesuatu yang pengeluar perlu dan sentiasa ingat ialah, …

Continue reading

Proton Preve Limited Edition (LE) & Warna Baharu Soft Lilac

Baru-baru ini di pelancaran Peraduan Pandu & Menang, Proton telah melancarkan varian baharu Prevé LE. Model itu dikeluarkan di dalam produksi terhad iaitu sebanyak 100 unit sahaja dengan warna tunggal iaitu putih solid. Membezakan Prevé LE dengan model standard ialah kit badan R3, kerusi kulit, roda R3 17 inci dan paling ketara ialah enam beg udara seperti …

Continue reading