Volkswagen Group Malaysia (VGM) telah melancarkan VW Polo 1.6 iaitu model ketiga yang dipasang di Pekan, Pahang selepas Passat dan Polo Sedan. Pemasangan tempatan itu membolehkan Polo 1.6 atau yang sebelum ini dibekalkan dengan enjin 1.2 TSi dijual dengan harga lebih murah iaitu RM87,888. Lebih menarik, 500 pembeli terawal bakal menikmati harga istimewa iaitu RM85,888. …
Category: Penulis GT
Jan 27
Dasar Automotif Nasional 2014
Pada 20 Januari lepas YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014). Dasar baharu itu merupakan semakan kepada NAP 2009 dan telah mengambil masa selama 18 bulan untuk dikaji dan diumumkan. NAP 2014 yang ditunggu-tunggu itu memberi perhatian besar dan memberi indikasi ke mana …
Jan 25
Proton Melancarkan Inspira Super Premium dan Satria Neo 4AT
Proton Holdings kelihatan agresif dalam melancarkan varian baharu untuk model sedia ada mereka. Baru sahaja memperkenalkan Proton Suprima S Super Premium, pengeluar automotif nasional itu melancarkan pula Proton Inspira Super Premium. Varian baharu itu adalah versi naik taraf Inspira 2.0P yang dibezakan dengan aksesori R3 seperti kit badan, pelekat sisi dan roda aluminium 18 inci. …
Jan 23
UMW Toyota Motor Melancarkan Toyota Corolla Altis Baharu
UMW Toyota Motor, pengeluar dan pengedar kenderaan Toyota di Malaysia, mengumumkan pelancaran model serba baharu Toyota Corolla Altis hari ini. Dengan pelbagai penambahbaikan dan peningkatan, Toyota Corolla Altis serba baharu menawarkan pelanggan “Generasi Terbaharu Gaya dan Keseronokan”. Toyota Corolla Altis serba baharu merangkumi penambahbaikan gaya, teknologi automotif maju dan ciri-ciri dikemaskini bagi semua varian, memberikan …
Jan 22
Nissan GT-R Nismo 2014 – Dari Litar Lumba Ke Jalan Raya!
Nismo adalah singkatan nama Nissan Motorsports yang merupakan penala prestasi untuk kenderaan Nissan. Secara amnya Nismo menawarkan produk aksesori dan talaan untuk kegunaan kereta jalanan dan turut terlibat di dalam perlumbaan skala besar. Nismo menyertai perlumbaan di serata dunia seperti Super GT Jepun dan World Endurance Championship (WEC). Nismo juga adalah pembekal enjin kepada pasukan …
Jan 19
Perodua Alza 2014 – Lebih Nilai, Lebih Murah!
Perodua memulakan tahun 2014 dengan melancarkan Alza wajah baharu. Kelengkapan dan penampilan model MPV kompak yang popular itu telah disemak semula dan menariknya dijual pada harga yang lebih rendah. Di antara penambah baikan yang telah dibuat ialah poin ISOFIX pada kerusi kedua, kerusi barisan ketiga yang boleh dilipat secara berasingan dan perehat lengan untuk varian automatik. Terdapat …
Jan 18
Proton Suprima S Super Premium (SP) – RM88 Ribu!
Proton Holdings telah melancarkan varian baharu model hatchback yang dikenali sebagai Suprima S Super Premium (SP). Akronim Super Premium adalah tambahan baharu kepada Super Value (SV) yang digunakan pada Saga dan Persona. Proton Suprima S Super Premium adalah varian paling tinggi selepas Suprima S Premium dengan penambahan kit R3 yang terdiri daripada lips depan, skirt …
Jan 17
Honda Malaysia Membuka Fasiliti Produksi No.2 – 100 Ribu Unit Kenderaan Setahun!
Melaka, 16 Januari 2014 – Honda Malaysia Sdn Bhd hari ini mengukuhkan komitmen terhadap perniagaannya di Malaysia dengan pembukaan kilang produksi No.2 di Pegoh, Alor Gajah, Melaka, 11 tahun selepas pembukaan produksi No.1 pada Januari 2003. Pembinaan produksi No.2 yang berkeluasan 49,190 meter persegi hanya mengambil masa kurang dari 12 bulan dan dijangka mampu menggandakan …