Category: Penulis GT

Kia Sportage dan Optima Terima Anugerah Rekabentuk Red Dot

Melalui model-model terkini Kia isyarat yang dihantar kepada pasaran global sangat jelas, mereka mahu berjaya dan sebaris dengan pengeluar kereta antarabangsa lain. Selain daripada itu, kejayaan bukan setakat diukur daripada meriahnya respon pasaran tetapi juga melalui perakuan pakar industri. Dan baru-baru ini Kia memenangi dua anugerah di dalam pertandingan rekabentuk red dot di Jerman. Kia …

Continue reading

APRC Malaysia 2011: Proton Cusco Rally Team

Seperti yang diketahui umum, pasukan Proton Motorsports menjuarai Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] pusingan pertama di Johor pada Ahad lepas. Selepas 3 tahun berhempas-pulas baru kini pasukan pengeluar kereta nasional menjadi juara. Dimulakan oleh Karamjit Singh pada tahun 2009 kemudian oleh Alister McRae dan Chris Atkinson pada tahun 2010 dan 2011. Walaupun Proton Satria Neo …

Continue reading

APRC Malaysia 2011: Proton Mendominasi Podium!

Pasukan Proton begitu menyerlah di dalam Rali Malaysia 2011 di Estet Tai Tak, Kota Tinggi, Johor. Chris Atkinson dengan kereta Proton Satria Neo S2000 menerajui perlumbaan dan berada di podium juara di dalam pusingan pembukaan Kejohanan Rali Asia Pasifik [APRC] ini. Menambah kegembiraan pasukan Proton apabila seorang lagi pemandu, Alister McRae berada di posisi ketiga, …

Continue reading

MR11: Chris Atkinson Mendahului Hari Kedua Perlumbaan!

Chris Atkinson kini mendahului Rali Malaysia yang berlangsung di Estet Tai Tak di Kota Tinggi, Johor. Beliau yang memandu Proton Satria Neo S2000 mencatat masa 2 jam 06:29.4 saat di hadapan Guarav Gill yang memandu Mitsubishi Evo X dengan masa 2 jam 08:09.8 saat. Di tempat ketiga ialah seorang lagi pemandu Proton iaitu Alister McRae …

Continue reading

APRC Malaysia 2011: Aksi Bermula di Johor Bahru

Pemandu dari Jepun, Yuya Sumiyama dan Rifat Sungkar adalah pemandu terpantas di kalangan peserta lain pada hari pembukaan Rali Malaysia 2011 di Johor Bahru semalam. Bersaing di atas litar berjarak 2.5km di dalam peringkat perlumbaan khas [super special stage], kedua-dua mereka daripada pasukan sama iaitu Cusco Pertamina, berlumba dengan kereta yang sama iaitu Mitsubishi Evo …

Continue reading

Proton Bersedia Untuk Bersaing Di Dalam Rali Lokal

Tiada yang lebih manis apabila meraih kemenangan di tanah air dan Proton berazam untuk mencatat keputusan cemerlang di dalam Rali Malaysia yang bermula hari ini. Berbekalkan kuasa yang dipertingkatkan dan set suspensi baharu, Alister McRae dan Chris Atkinson akan menggalas tugas memandu dua buah Proton Satria Neo S2000 di Johor sepanjang minggu ini yang juga …

Continue reading

Alat Ganti Terpakai Diharamkan Secara Berfasa Mulai 1 Jun 2011

Kerajaan sudah membuat keputusan yang mereka akan meneruskan pengharaman mulai 1 Jun 2011, cuma dengan kaedah berbeza. Bermula tarikh tersebut kerajaan akan mengharamkan alat ganti terpakai secara berperingkat dimulakan dengan pelapik brek, pad brek dan bateri. Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Rebecca Fatima Sta Maria, pihak kerajaan telah mengadakan rundingan dengan …

Continue reading

Honda Accord Kemasan Baharu

Honda Malaysia baru-baru ini melancarkan Accord yang diperkemaskan untuk tahun 2011. Accord mempunyai sejarah yang panjang, dijual sejak 35 tahun lepas dan merupakan salah satu model terlaris Honda dengan jualan kumulatif sebanyak 18 juta unit sehingga 2010. Di Malaysia sebanyak 7,322 unit Accord dijual pada tahun lepas mewakili 16.5% jualan total Honda seterusnya menjadikan negara …

Continue reading