Category: Muhammad

Untuk Dijual: Proton Satria 1.3 SE

Proton Satria SE 1.3 Manual untuk dijual! Kereta kat atas tu gua punya, dulu gua pakai untuk ulang alik kerja. Sekarang Satria SE ni langsung tak gerak sebab gua dah pandu kereta lain. Kadang-kadang Abah gua naik, kadang-kadang Adik gua naik. Daripada gua simpan saja-saja ada baik gua jual pada insan yang sudi mengambil alih …

Continue reading

Audi RS 6 Avant: Wagon 4.0 liter V8!

Mereka yang berada di Eropah mengambil serius mengenai kereta wagon. Pasaran di sana besar hinggakan wajib untuk kebanyakan pengeluar kenderaan mempunyai model wagon. Kebanyakan kereta jenis itu dibangunkan berasaskan model sedan tetapi dengan bumbung yang dipanjangkan menjadikan ruang bonet lebih besar. Baru-baru ini saya sempat memandu uji sebuah wagon buatan Sweden dan ya, wagon sememangnya …

Continue reading

Galeri: Proton Satria Neo R3 2012

Ramai yang tanya perbezaan Proton Satria Neo R3 yang baru dengan Proton Satria Neo R3 berwarna merah api (fire red). Untuk informasi anda semua, model merah api dilengkapkan dengan modifikasi mekanikal seperti set ekzos, ecu, penapis udara dan transmisi nisbah singkat (close ratio). Tema warna interior juga berbeza dan paling penting sekali edisi merah api …

Continue reading

Kia Forte 2013: Penerus Kecemerlangan Kia!

Hampir sedekad lepas, pengguna dalam negara ditawarkan opsyen kereta sedan yang menarik iaitu Kia Sephia dan model penggantinya iaitu Spectra. Kedua-dua model tersebut menerima sambutan hangat mungkin dek kerana rakyat mahukan sesuatu yang baharu berbanding pilihan kebanyakan iaitu Proton Waja atau Gen.2. Harganya pula tidaklah murah setara kereta nasional namun tetap berjaya menawan hati pengguna …

Continue reading

Enjin 1.6 liter i-DTEC: Inovasi Baharu Honda!

Enjin bukan sahaja merupakan komponen penting di dalam sebuah kenderaan malahan untuk pengeluarnya juga. Boleh bayangkan Toyota tanpa enjin VVT-i? Subaru tanpa enjin Boxer? Proton tanpa enjin CamPro atau Honda tanpa enjin i-VTEC? Ibarat kasut tanpa tali, hendak berjalan pun tidak boleh. Daripada segi penjenamaan kesemua akronim itu penting untuk ‘menangkap’ imej pengguna tentang kelebihan …

Continue reading

VAUXHALL ADAM: Pesaing Baharu Kereta Bandar!

Baru-baru ini seorang sepupu perempuan bertanya mengenai sebuah kereta. Beliau menuntut di IPT dan sekarang ini sedang menjalani latihan amali di Klang, Selangor. Tidak silap saya, sudah hampir setahun atau lebih beliau meminta komen mengenai kereta yang disenarai pendek dan sehingga kini masih gagal untuk membuat pilihan atau dalam erti kata yang lain masih tidak …

Continue reading

NISSAN ALMERA PEROLEH 7,000 TEMPAHAN SELEPAS 2 MINGGU DILANCARKAN

KUALA LUMPUR, 19 November 2012 – Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa model yang baru dilancarkannya pada hujung Oktober lalu, Nissan ALMERA, sedan global Nissan paling laris telah menerima lebih 7,000 tempahan daripada pelanggan. Para pelanggan nyata tertarik dengan harga mampu milik Nissan ALMERA yang bermula dari RM66,800.00 seunit. ALMERA …

Continue reading

SEAT Ibiza CUPRA: Dikuasakan oleh VW!

Mungkin ramai yang tidak pernah mendengar pengeluar kereta bernama SEAT. Cara sebutan yang betul ialah “siyat” dan bukan seat seperti sebutan bahasa Inggeris. SEAT berasal dari Sepanyol yang merupakan satu-satunya syarikat yang mempunyai kapasiti penuh untuk merekabentuk, membangunkan, mengilangkan dan memasarkan kereta di negara itu. Lebih menarik, SEAT sebenarnya adalah salah satu jenama yang dinaungi …

Continue reading