13 Februari 2014, Shah Alam – Toyota Eco Youth (TEY) 2014 dilancarkan hari ini sekaligus menandakan bermulanya kalendar aktiviti alam sekitar bagi 16 buah sekolah yang terlibat dari seluruh negara. Memasuki tahun ke-14 kini, program berkenaan yang menjadi satu daripada tiga tunggak penting bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat UMW Toyota Motor disempurnakan perasmiannya oleh Ketua …
Category: Muhammad
Feb 13
Kempen Servis Khas Untuk Toyota Prius 1.8
12 Februari 2014 – Toyota Motor Corporation (TMC) mengumumkan kempen servis khas bagi menangani isu perisian yang mengawal pengubah galak (boost converter) Toyota Prius 1.8. Kesan yang dikenal pasti ialah pelbagai lampu amaran akan menyala dan seterusnya kereta berada di dalam fail safe mode yang mengakibatkan kereta kehilangan kuasa. Pembaikan yang dilakukan ialah dengan menala …
Feb 12
Honda City Modulo 2014
Pada 23 Januari lepas Honda Automobile (Thailand) Co., Ltd., telah melancarkan Honda City baharu. Model generasi keempat itu dibina berdasarkan konsep “Advanced Cool Stunner”. Reka bentuk bahagian depan hinggalah ke belakang adalah lambang ekspresi kemewahan dengan ruang kabin yang luas. Honda City dikuasakan oleh enjin 1.5L SOHC i-VTEC yang berkuasa 117 hp pada 6,000 rpm dan tork …
Feb 08
Proton Suprima S Malaysian Touring Car – Eksklusif Untuk Pasukan Proton R3!
Proton sejak dari mula ditubuhkan sememangnya memberi perhatian serius di dalam sukan permotoran bagi mengangkat jenama dan membuktikan keupayaan produk nasional negara. Proton terlibat di dalam pelbagai perlumbaan di dalam dan luar negara seperti touring, litar, tahan lasak dan yang paling menonjol ialah sukan rali. Bermula dari Proton Saga, Wira, Satria, Putra, Waja, Tiara, Satria …
Feb 06
Tiada Kenaikan Kadar Tol Untuk Tahun 2014!
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kabinet telah bersetuju untuk tidak menaikkan kadar tol pada tahun ini. Keputusan tersebut melegakan ramai pihak namun kerajaan perlu membayar pampasan sebanyak RM400 juta kepada pelbagai pemegang konsesi. Menurut beliau, terdapat 29 konsesi tol di dalam negara dan kebanyakan yang terlibat di dalam kenaikan kadar tol adalah …
Feb 03
Lamborghini Huracán LP 610 – 4: ‘Lembu Laga’ 610 Kuasa Kuda!
Pada bulan Disember 2013, Automobili Lamborghini telah memperkenalkan model baharu Huracán LP 610 – 4. Model baharu itu bukan sahaja menggantikan model ikonik Gallardo malah diberi tugas untuk memberi sempadan baharu di dalam segmen kereta berprestasi mewah. Dengan reka bentuk yang unik, pakej teknologi inovatif, kedinamikan dan kualiti tinggi, Huracán menawarkan pengalaman baharu di dalam …
Jan 27
Dasar Automotif Nasional 2014
Pada 20 Januari lepas YB Dato’ Sri Mustapa Mohamed, Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri (MITI) telah mengumumkan Dasar Automotif Nasional 2014 (NAP 2014). Dasar baharu itu merupakan semakan kepada NAP 2009 dan telah mengambil masa selama 18 bulan untuk dikaji dan diumumkan. NAP 2014 yang ditunggu-tunggu itu memberi perhatian besar dan memberi indikasi ke mana …
Jan 25
Proton Melancarkan Inspira Super Premium dan Satria Neo 4AT
Proton Holdings kelihatan agresif dalam melancarkan varian baharu untuk model sedia ada mereka. Baru sahaja memperkenalkan Proton Suprima S Super Premium, pengeluar automotif nasional itu melancarkan pula Proton Inspira Super Premium. Varian baharu itu adalah versi naik taraf Inspira 2.0P yang dibezakan dengan aksesori R3 seperti kit badan, pelekat sisi dan roda aluminium 18 inci. …